Menurut kenyataan yang dikeluarkan UPNP, dalam operasi yang dijalankan kira-kira 1 tengah hari itu, rondaan dan pemantauan menggunakan dron telah dilakukan di satu kawasan yang disyaki menjalankan aktiviti pemindahan tanah dengan menggunakan tiga buah jengkaut dan tiga buah lori hantu.
"Aktiviti pemindahan tanah yang dilakukan telah berjaya dirakam sebelum pegawai penguatkuasa bergegas ke lokasi berkenaan untu melakukan pemeriksaan dan serbuan.
"Pengusaha warga tempatan yang ditemui di lokasi berkenaan gagal menunjukkan sebarang kelulusan bagi aktiviti pemunggahan tanah di kawasan tersebut sebelum menahan pengusaha berkenaan bersama tujuh lelaki warga Indonesia yang berada di lokasi tersebut ," katanya dalam kenyataaan yang dikeluarkan, di sini, pada Khamis.
Tambah kenyataan itu, UPNP juga telah merampas tiga buah jengkaut dan empat buah lori hantu yang digunakan dalam aktiviti haram berkenaan selain menyerahkan lima PATI kepada Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Pahang bagi tindakan selanjutnya.
Pemindahan bahan batuan secara tidak sah merupakan satu kesalahan dan kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 426 (1) Kanun Tanah Negara (Akta 828) bagi tindakan selanjutnya.
