KUALA LUMPUR: Lapan individu yang terlibat dalam nahas Transit Aliran Ringan (LRT) aliran Kelana Jaya pada Mei 2021, memfailkan saman terhadap Rapid Rail Sdn Bhd dan Prasarana Malaysia Berhad atas dakwaan cuai kerana gagal memastikan pengangkutan awam itu beroperasi dengan selamat sehingga menyebabkan mereka mengalami kecederaan.
Kesemua plaintif iaitu Tengku Amalie Tengku Alauddin Shah, 47, Marvena Jitol, 28, Riezariel Haeqal, 23, Rozita Che Rus, 28, Ng Siow Nee, 36, Siti Nuraliah Hashim, 26, Nurul Athirah Mohd K Jabayee, 36, dan Muhammad Firdaus Mohd Saleh, 35, memfailkan saman itu menerusi Tetuan Vin Partnership di Mahkamah Tinggi di sini, pada 9 Mac lepas dengan menamakan Rapid Rail dan Prasarana Malaysia sebagai defendan pertama dan kedua.
Berdasarkan pernyataan tuntutan, kesemua plaintif yang sebelum kejadian sihat tubuh badan dan mental, berkata mereka telah menaiki tren laluan LRT Kelana Jaya sebelum tren itu melanggar sebuah lagi tren antara Stesen LRT Kampung Baru dan Stesen LRT KLCC.
Mereka mendakwa kemalangan dan pelanggaran tren yang dinaiki berlaku akibat kecuaian daripada defendan pertama dan kedua sepenuhnya dan kesemua plaintif mengalami pelbagai kerugian selain kecederaan pada tubuh badan.
"Defendan pertama dan kedua pada masa pelanggaran telah gagal dan cuai dalam memastikan keselamatan plaintif pertama hingga kelapan selain gagal memastikan kereta api selamat digunakan oleh penumpang.
"Selepas kemalangan pada 24 Mei 2021 tersebut, Pengerusi Bukan Eksekutif syarikat defendan kedua iaitu Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman telah membuat jenaka ketika sidang media dengan berkata kedua-dua tren itu 'bercium antara satu sama lain' selain dilihat ketawa pada sidang media sama yang diterbitkan pelbagai saluran televisyen," dakwa kesemua plaintif dalam pernyataan tuntutan itu.
Menurut plaintif, kedua-dua defendan antara lain telah gagal memastikan kereta api selamat untuk bergerak ke hadapan dan tiada sebarang halangan oleh kereta api lain, gagal melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) yang menyebabkan pelanggaran tersebut serta gagal memberhentikan, memperlahankan atau mengawal kereta api supaya kemalangan dapat dielakkan.
Oleh itu, mereka menuntut lebih RM860,000 sebagai ganti rugi khas, am dan teladan serta faedah sebanyak lima peratus atas kesemua jenis ganti rugi tersebut, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.
Berdasarkan semakan di laman web kehakiman, pengurusan kes ditetapkan di hadapan Timbalan Pendaftar Mohamad Hafizul Awang pada 11 April ini.
Dalam insiden kemalangan pada 8.45 malam, 24 Mei 2021 itu, seramai 47 penumpang tren dilaporkan parah manakala 166 mengalami kecederaan ringan apabila sebuah tren yang membawa penumpang dan sebuah tren rosak yang sedang dipandu uji bertembung antara satu sama lain.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 27 2023
Dalam insiden kemalangan pada 8.45 malam, 24 Mei 2021 itu, seramai 47 penumpang tren dilaporkan parah manakala 166 mengalami kecederaan ringan. - Gambar fail
Tidak berasas dakwa kerajaan Melaka tidak serius tangani banjir kilat - Exco
Kerajaan negeri dengan kerjasama kerajaan pusat melaksanakan pelbagai langkah komprehensif untuk mengatasi masalah banjir kilat.
COP29 setuju perjanjian AS$1.3 trilion untuk negara miskin atasi perubahan iklim
Dana itu bertujuan membantu negara membangun meningkatkan perlindungan iklim dan menyesuaikan diri dengan kesan buruk pemanasan global, seperti kemarau, ribut dan banjir yang semakin kerap.
13 terbunuh, 18 cedera akibat tanah runtuh, banjir kilat di wilayah Sumatera Utara
Di Deli Serdang, enam orang terbunuh dan sembilan lagi cedera selepas arus deras menghanyutkan empat rumah dan sebuah bangunan keagamaan.
Tiga maut terkena tembakan polis ketika pegawai buat "tinjauan" di masjid bersejarah di India
Polis berkata "tinjauan" dilakukan atas perintah mahkamah selepas seorang peguam mendakwa masjid itu dibina di atas tapak peninggalan Hindu.
Badan Peguam Malaysia buka pusat mediasi di Bar Auditorium, Tanjong Mas
Mohamad Ezri berkata Pusat Mediasi Kelantan akan mengendalikan sesi mediasi dengan pilihan kaedah penyelesaian pertikaian sedia ada.
Hyundai panggil balik 42,000 kereta di AS kerana risiko pergerakan spontan - Laporan
Pergerakan spontan berlaku disebabkan masalah pendawaian, menurut laporan itu.
Kerajaan Australia batal cadangan undang-undang kawal maklumat salah
Kerajaan Australia secara rasmi menolak cadangan undang-undang yang akan mewajibkan syarikat media sosial untuk mengawal maklumat salah dan palsu di platform mereka.
Lebih 1,000 doktor, jururawat terbunuh dalam serangan Israel di Gaza
Tentera Israel didakwa menyasarkan hospital sebagai sebahagian rancangan terancang untuk meruntuhkan sistem penjagaan kesihatan di Gaza.
Penambahbaikan birokrasi kurangkan kos projek pembangunan
Penambahbaikan birokrasi melalui Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) mampu mengurangkan kos dalam pelaksanaan sesuatu projek pembangunan.
Tumpuan Isnin – 25 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
8 individu cedera nahas LRT pada Mei 2021 saman Rapid Rail, Prasarana
Lapan individu yang terlibat dalam nahas Transit Aliran Ringan (LRT) aliran Kelana Jaya pada Mei 2021, memfailkan saman terhadap Rapid Rail Sdn Bhd dan Prasarana Malaysia Berhad.
LRT bertembung: Lima gerabak terlibat nahas berjaya dinaikkan- Prasarana
Kerja-kerja mengeluarkan gerabak berkenaan telah dilakukan sejak semalam dan fokus hari ini ialah untuk mengeluarkan gerabak terakhir daripada laluan trek nahas tersebut.
Nahas LRT bertembung: Ini kronologi dan laporan awal APAD
Tr40 yang sepatutnya bergerak ke arah south bound menuju ke stesen Dang Wangi telah bergerak ke arah north bound (different orientation).
Laporan awal: Nahas 2 LRT bertembung disebabkan kecuaian manusia - MOT
Pengendali atau 'hostler' tren TR40 yang ketika itu tidak membawa penumpang, telah memandu tren tersebut secara lawan arah.