Sebanyak 75 peratus penyumbang kepada penularan HIV adalah daripada aktiviti seksual.
Ketua Penolong Pengarah Kanan Unit HIV/STI/Hepatitis C Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, Dr Sharifah Mahani Syed Mahar Affandi berkata, ini diikuti dengan aktiviti perkongsian jarum suntikan oleh penagih dadah sebanyak 20 peratus, manakala lain-lain seperti transmisi dari ibu ke bayi dalam kandungan atau menerusi susu, sebanyak lima peratus.
Menurutnya, trend tersebut berubah sejak 2014 yang lalu di mana tahun-tahun sebelumnya, perkongsian jarum suntikan menyumbang kepada 90 peratus dalam punca penularan, diikuti aktiviti seksual dan lain-lain.
"Para penagih dadah dah ada kesedaran untuk tidak berkongsi jarum suntikan, tapi yang sedihnya aktiviti seksual ini pula yang meningkat.
"Saya minta maaf jika perlu bercakap soal ini tapi kita sebagai masyarakat perlu ambil tahu dan cakna mengenainya. Tiga cara utama yang menyebabkan HIV berjangkit adalah seksual, perkongsian jarum dan transmisi ibu ke bayi semasa hamil atau menerusi susu ibu.
"Seksual pula bukan bermakna daripada lelaki dan perempuan sahaja tetapi juga daripada lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan dan mereka yang mengamalkan hubungan seks dengan kedua-duanya sekali," katanya pada sesi Sinar Live di Facebook Sinar Harian Edisi Pahang.
Beliau menjelaskan enam golongan yang berisiko dijangkiti HIV adalah kumpulan manusia yang mengamalkan aktiviti seks bebas, homoseksual; penagih dadah yang berkongsi jarum suntikan; kumpulan pekerja seks; kumpulan mak nyah atau pelacur; pelanggan kepada pelacur serta remaja berusia 13 hingga 30 tahun.
Dalam pada itu beliau turut menasihati ibu bapa untuk memantau aktiviti dan pergerakan sosial remaja masa kini kerana dunia kini terdedah dengan pengaruh luar serta aplikasi sosial dengan mudah.
Mengulas mengenai pencapaian Kementerian Kesihatan Malaysia dan JKNP dalam mengejar matlamat Cities To Zero HIV, beliau berkata Oktober lalu, Malaysia mendapat pengiktirafan dan pensijilan sebagai negara ke 12 di dunia dan pertama di Asia Pasifik, kerana berjaya menghapuskan transmisi HIV daripada ibu ke bayi.
"Pada 2014 Pahang sudah menetapkan mana-mana pasangan Islam yang ingin berkahwin perlu menjalani ujian saringan HIV di mana saya kira ia menyumbang banyak kebaikan ke arah mengekang penularan jangkitan HIV.
"Pasangan HIV ada yang berkahwin dan mempunyai anak. Kita tidak ada masalah dan halangan untuk mereka yang mengetahui mengenai penyakit itu untuk meneruskan perkahwinan. Malah keputusan ujian itu menjadi kerahsiaan JKNP. Dengan adanya syarat menjalani saringan tersebut, JKNP akan memberikan nasihat dan panduan perkahwinan yang selamat kepada pasangan HIV.
"Mereka juga mendapat maklumat yang tepat dalam menjalani kehidupan berumah tangga dan hubungan suami isteri yang selamat, mendapat bekalan ubatan mencukupi sekali gus mengelakkan jangkitan terhadap bayi dalam kandungan serta anak yang lahir," katanya.
Sinar Harian
Sun Nov 18 2018
![75 peratus penularan HIV berpunca aktiviti seksual 75 peratus penularan HIV berpunca aktiviti seksual](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/71455436933_Sexual.jpg)
Sebelum ini, perkongsian jarum suntikan menyumbang kepada 90 peratus dalam punca penularan, tetapi kini trend telah berubah. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![124 kes HIV baharu di Johor - Exco 124 kes HIV baharu di Johor - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81638409011_HIV.jpg)
124 kes HIV baharu di Johor - Exco
Sebanyak 313 kes HIV dilaporkan di Johor sejak Januari hingga hari ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri, Ling Tian Soon.
![Johor catat 494 kes HIV, 244 kes AIDS sehingga minggu epid 24/2022 Johor catat 494 kes HIV, 244 kes AIDS sehingga minggu epid 24/2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61643593201_VACCINE.jpg)
Johor catat 494 kes HIV, 244 kes AIDS sehingga minggu epid 24/2022
Johor Bahru melaporkan kes HIV baharu tertinggi iaitu 122 kes.
![Jangkitan baharu HIV menurun 70 peratus dalam tempoh 20 tahun - KKM Jangkitan baharu HIV menurun 70 peratus dalam tempoh 20 tahun - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/71638354906_pesakitHIV.jpg)
Jangkitan baharu HIV menurun 70 peratus dalam tempoh 20 tahun - KKM
Rawatan ubat antiretroviral kepada orang yang hidup dengan HIV telah dipertingkatkan kepada 66 peratus pada tahun lepas.
![Hapuskan ketidaksamaan untuk lenyapkan AIDS -Dr Adeeba Hapuskan ketidaksamaan untuk lenyapkan AIDS -Dr Adeeba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61669810397_TBAIDS.jpg)
Hapuskan ketidaksamaan untuk lenyapkan AIDS -Dr Adeeba
Stigma dan diskriminasi menjadi penghalang yang tidak diperlukan kepada perkhidmatan rawatan, pencegahan dan penjagaan HIV.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61648036783_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Sebanyak 90 peratus penghidap HIV/AIDS adalah lelaki Sebanyak 90 peratus penghidap HIV/AIDS adalah lelaki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61653227693_TBanitasuleiman.jpg)
Sebanyak 90 peratus penghidap HIV/AIDS adalah lelaki
Sebanyak 90 peratus penghidap HIV/AIDS di negara ini adalah terdiri daripada golongan lelaki, kata Ketua Sektor HIV/AIDS dan Hepatitis C Kementerian Kesihatan Dr Anita Suleiman.
![MAF, Perkeso jalin kerjasama bantu pencarum HIV/AIDS MAF, Perkeso jalin kerjasama bantu pencarum HIV/AIDS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/41638793088_MAFPERKESO.jpg)
MAF, Perkeso jalin kerjasama bantu pencarum HIV/AIDS
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeson) dan Yayasan Aids Malaysia (MAF) jalin kerjasama bagi memperkasakan ODHA dalam kalangan pencarum.
![Pesakit AIDS juga manusia, dekati mereka. Agenda AWANI 9 malam ini Pesakit AIDS juga manusia, dekati mereka. Agenda AWANI 9 malam ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/51638354973_AGENDA.jpg)
Pesakit AIDS juga manusia, dekati mereka. Agenda AWANI 9 malam ini
Akhiri ketidaksamaan layanan terhadap pesakit AIDS untuk kita bersama menangani penyakit tersebut.
![Usaha tangani HIV/AIDS berdepan tekanan tatkala COVID-19 berlanjutan - Prof Adeeba Usaha tangani HIV/AIDS berdepan tekanan tatkala COVID-19 berlanjutan - Prof Adeeba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/71622812886_TBHIVjpg.jpg)
Usaha tangani HIV/AIDS berdepan tekanan tatkala COVID-19 berlanjutan - Prof Adeeba
Antara cabaran lain termasuk kekuatan fizikal dan mental mereka yang menggerakkan inisiatif tersebut.
![Agong bangga atas pelantikan Dr Adeeba sebagai anggota Majlis Sains WHO Agong bangga atas pelantikan Dr Adeeba sebagai anggota Majlis Sains WHO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-04/61586512706_DatukDrAdeebaKam.jpg)
Agong bangga atas pelantikan Dr Adeeba sebagai anggota Majlis Sains WHO
Pakar penyakit berjangkit negara Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman atas pelantikan menjadi anggota Majlis Sains Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).