Sejumlah 72 anggota polis dibuang kerja atas pelbagai kesalahan termasuk rasuah dalam tempoh Januari hingga September tahun ini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.
Beliau berkata ada dalam kalangan mereka berpangkat Superintendan dan Deputi Superintendan selain anggota berpangkat rendah.
Menurutnya, setakat ini 1,484 anggota polis dikenakan tindakan tahun ini.
"Mereka melakukan pelbagai kesalahan seperti salah laku kuasa, cuai, gagal hadir bertugas dan terbabit dengan aktiviti jenayah," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan seminar pemantapan integriti di sini pada Isnin.
Beliau turut berkata 3,096 kes kesalahan tatatertib melibatkan kakitangan polis direkodkan tahun lalu, namun ia dapat dikurangkan tahun ini.
Dalam perkembangan lain, Mohamad Fuzi berkata polis masih menunggu laporan lengkap daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penahanan 12 anggota polis di Sabah kerana disyaki menerima rasuah sejak 2014.
Beliau berkata mereka belum digantung tugas memandangkan siasatan baru bermula.
"Kami perlu bertindak adil kepada mereka," kata Mohamad Fuzi.
Menurut laporan media, mereka yang ditahan semalam terdiri daripada lima anggota berpangkat Koperal, tiga Lans Koperal, dua Sarjan dan dua Inspektor.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 09 2018

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun (dua, kiri) melakukan gimik Pelancaran Jurnal Integriti PDRM 2018 pada Seminar Pemantapan Integriti di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur pada Isnin. - Foto BERNAMA

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

31 pegawai, anggota polis dibuang kerja - Allaudeen
Seramai 31 pegawai dan anggota polis Kontinjen Kuala Lumpur dikenakan tindakan dibuang kerja sejak Januari hingga November lepas.

130 pegawai, anggota polis Terengganu dikenakan tindakan tatatertib, 5 ASP dipecat
Secara keseluruhan, sebanyak 72 kertas siasatan telah dibuka dan pihaknya tidak akan melindungi mana-mana pegawai atau anggota yang melakukan kesalahan.

16 pegawai, anggota polis Kedah dibuang kerja tahun 2020
Secara keseluruhan sebanyak 192 kertas siasatan dibuka dalam tempoh Januari hingga Disember 2020.

46 anggota polis Johor dibuang kerja, 22 dikesan jadi 'wanted', ada rekod lampau
Sehingga kini terdapat seramai 45 pegawai kanan dan anggota yang ditahan kerja dan 14 anggota digantung kerja.

Dibuang kerja, kini berniaga di Tamu Donggongon
Akibat dibuang kerja susulan pandamik COVID-19, para belia ambil tindakan berniaga di Pasar Tamu Donggongon.

72 anggota polis dibuang kerja - Ketua Polis Negara
Sejumlah 72 anggota polis dibuang kerja atas pelbagai kesalahan termasuk rasuah dalam tempoh Januari hingga September tahun ini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Digantung kerja gara-gara tak kenal bos
Dua pegawai polis di Noida digantung kerja kerana didakwa mengabaikan etika kod pakaian ketika mereka menahan sebuah kenderaan yang membawa ketua polis Uttar Pradesh.

Pegawai Imigresen kasari warga asing berdepan tindakan buang kerja
Pegawai Imigresen yang bertindak kasar ke atasseorang warga asing ketika berurusan di kaunter jabatan tersebut di Johor boleh dikenakantindakan disiplin termasuk dibuang kerja.

5,000 wanita menangis diberhentikan kerja, siapa nak bela? - MTUC
Siapakah yang akan membela pekerja yang diberhentikan tanpa sebarang alasan kukuh mahupun pampasan?