ISU peluang pekerjaan, kualiti perkerjaan, cabaran dalam pertumbuhan inklusif yang dihadapi dunia ketika ini adalah bertitik tolak daripada kelembapan ekonomi global sejak 2016, jelas Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).
“Ekonomi dunia berhadapan dengan dua cabaran yang dihadapi secara serentak, (pertama) untuk memulihkan kesan kelembapan ekonomi dunia dan (kedua) mewujudkan peluang pekerjaan baru dalam persekitaran buruh yang berubah,” menurut ILO.
Keadaan itu juga tidak jauh berbeza berbanding Malaysia.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Sumber Manusia hari ini, lebih 72,000 pekerja dibuang kerja pada 2016 dan 2017, kebanyakan daripada sektor pembuatan terutamanya ketegori pekerja operator, pemasang loji dan mesin.
Ia adalah tambahan kepada lebih 183,000 penganggur yang sedang mencari pekerjaan yang mana 31 peratus adalah lepasan siswazah.
Laporan Bank Negara Malaysia pada tahun lalu pula menyatakan Malaysia adalah antara ekonomi yang paling terjejas akibat pengangguran belia di rantau ini, dengan jumlah pengangguran belia mencecah 10.7 peratus pada 2015.
Begitupun, bukan semuanya suram dalam sektor buruh.
Kerajaan melalui Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) mensasarkan peningkatan 1.5 juta peluang pekerjaan baharu bagi tempoh 2016 ke 2020 dengan purata 300,000 pekerjaan baharu diwujudkan setiap tahun.
Negara juga memerlukan 35 peratus pekerja mahir menjelang 2020 berbanding hanya 28 peratus pada 2015.
Peningkatan peluang pekerjaan tersebut didorong peningkatan pelaburan terutamanya sektor swasta yang mencecah RM113.5 bilion seperti yang dilaporkan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menerusi Laporan Ekonomi 2017/18.
Sementara itu, berdasarkan Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia bagi tahun 2017 pula menunjukkan lebih daripada 90 peratus peluang pekerjaan baharu diwujudkan adalah daripada sektor perdagangan borong dan runcit.
Dalam hal ini, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot berpendapat, penting untuk bakat-bakat dalam negara untuk mempunyai daya keanjalan dalam menyesuaikan diri dengan perubahan keperluan kerja masa hadapan (future jobs) selain memastikan mereka sentiasa relevan dalam persekitaran global yang semakin kompetitif dan dinamik.
“Antara initiatif yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan termasuk penubuhan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA), menyediakan kemudahan pinjaman melalui Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK), mengukuhkan dan memperkasakan Program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) dan menubuhkan 1Malaysia Outplacement Centre (1MOC) di bawah Pembangunan Sumber Manusia Bhd,” jelasnya.
Shafizan Johari
Mon Jan 08 2018

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Sumber Manusia, sejumlah lebih 72,000 pekerja dibuang kerja pada 2016 dan 2017, kebanyakannya terdiri dari sektor pembuatan terutamanya kategori pekerja operator, pemasang loji dan mesin. - FotoBERNAMA
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

72,000 dibuang kerja sejak 2016. Ini sebab mengapa anda tidak perlu risau!
Isu peluang pekerjaan, kualiti perkerjaan, cabaran dalam pertumbuhan inklusif yang dihadapi dunia ketika ini adalah bertitik tolak daripada kelembapan ekonomi global sejak 2016, jelas ILO.

Kerajaan lulus peruntukan RM77 juta latih individu diberhentikan kerja
HRDF di bawah Kementerian Sumber Manusia dijangka membantu kira-kira 8,000 individu yang diberhentikan kerja memperoleh kemahiran melalui pelbagai latihan.