KUALA LUMPUR: Sebanyak 70 klinik daif di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) di seluruh negara telah siap dinaik taraf menerusi inisiatif Bitara MADANI.
Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni berkata pada masa sama, sejumlah 366 klinik daif lagi sedang dalam fasa pelaksanaan.
"Kita (KKM) menjangkakan mampu menyiapkan (naik taraf) keseluruhan 436 klinik daif pada Disember 2023. Kejayaan 2023 ini amat penting bagi KKM untuk meyakinkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menambah lagi peruntukan naik taraf klinik daif ini pada masa hadapan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara bertajuk 'Membangun Klinik Daif, Memacu Perkhidmatan Efektif' terbitan Bernama TV malam tadi.
Menurut Lukanisman kos untuk menaik taraf sebuah klinik daif adalah sekitar RM50,000 hingga RM800,000.
"436 klinik yang sedang kita (KKM) laksanakan ini tidak mempunyai nilai kos menaik taraf yang sama rata. Nilai ini berbeza kerana ia mengikut keperluan dan tempat sesebuah klinik tersebut malah kita juga harus menjaga kualiti klinik kesihatan di negara ini," katanya.
Lukanisman yang juga Ahli Parlimen Sibuti berkata antara kriteria diambil kira dalam menaik taraf klinik daif itu ialah bangunan yang mempunyai kerosakan serta mempunyai struktur kayu atau separa kayu.
"Selain itu, kita juga melihat klinik yang mempunyai masalah seperti perpaipan atau pendawaian serta isu yang berhubung kait dengan keselamatan dan keselesaan pesakit yang hadir. Masalah ini berlaku di kebanyakan klinik di seluruh negara, tidak kira klinik kesihatan mahupun klinik desa yang telah beroperasi 50 tahun," katanya.
Inisiatif Bitara MADANI memberi fokus kepada penyelesaian terhadap kesulitan dan masalah yang dihadapi rakyat meningkatkan kualiti, kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam dalam memastikan kesejahteraan rakyat.
Pada 3 Julai lepas, Anwar ketika mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Malaysia MADANI (MTMM) mengumumkan kerajaan akan memberi tumpuan kepada dua projek Bitara MADANI iaitu usaha menaik taraf fasiliti daif di bawah KKM dan memperluas pelaksanaan Gerai MADANI.
"Di bawah projek menaik taraf fasiliti, kerajaan sedang mengambil langkah segera bagi menambah baik 436 fasiliti dan klinik kesihatan di bawah KKM dengan sasaran kesemua fasiliti akan memasuki peringkat pelaksanaan menjelang akhir 2023," kata Perdana Menteri.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 27 2023
![70 klinik daif siap dinaik taraf menerusi Inisiatif Bitara MADANI - Lukanisman 70 klinik daif siap dinaik taraf menerusi Inisiatif Bitara MADANI - Lukanisman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41690421430_HariTibi.jpg)
Menurut Lukanisman, kos untuk menaik taraf sebuah klinik daif adalah sekitar RM50,000 hingga RM800,000. - Foto fail/BERNAMA
![Taufan Beryl: Lapangan terbang Mexico dibuka semula Taufan Beryl: Lapangan terbang Mexico dibuka semula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720314248_Tourists.jpg)
Taufan Beryl: Lapangan terbang Mexico dibuka semula
Pelancong dilihat sanggup beratur dalam barisan yang panjang sementara lapangan terbang perlahan-lahan kembali ke mod operasi.
![Hamas terima cadangan AS runding tebusan - Laporan Hamas terima cadangan AS runding tebusan - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720223563_tbIsraelimilitary.jpg)
Hamas terima cadangan AS runding tebusan - Laporan
Hamas telah menggugurkan tuntutan agar Israel terlebih dahulu melakukan gencatan senjata kekal sebelum menandatangani perjanjian itu.
![PM baharu Britain mansuh rancangan hantar migran ke Rwanda PM baharu Britain mansuh rancangan hantar migran ke Rwanda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720312434_KeirStarmer.jpg)
PM baharu Britain mansuh rancangan hantar migran ke Rwanda
Dasar Rwanda akan dibatalkan kerana hanya kira-kira 1 peratus pemohon suaka akan dikeluarkan dan ia akan gagal bertindak sebagai penghalang.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [07 Julai 2024]
Fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- PM seru umat Islam istiqamah, hayati hijrah Rasulullah
- Analisis pasca PRK Sungai Bakap
- Fahmi jumpa penyedia platform media, tangani isu buli siber
#AWANInews #AWANIPagi
- PM seru umat Islam istiqamah, hayati hijrah Rasulullah
- Analisis pasca PRK Sungai Bakap
- Fahmi jumpa penyedia platform media, tangani isu buli siber
#AWANInews #AWANIPagi
![Kerajaan MADANI insafi keputusan PRK Sungai Bakap - PM Anwar Kerajaan MADANI insafi keputusan PRK Sungai Bakap - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718699837_AnwarIbrahim.jpg)
Kerajaan MADANI insafi keputusan PRK Sungai Bakap - PM Anwar
Negara sedang meniti fasa penyesuaian dengan gelombang perubahan yang sedang giat dilaksanakan di bawah hala tuju baharu Kerajaan MADANI.
![Tergamak pukul ibu kandung depan jiran Tergamak pukul ibu kandung depan jiran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720311000_pukulibuLangkat.jpg)
Tergamak pukul ibu kandung depan jiran
Kejadian itu dipercayai berlaku di Kecamatan Stabat, Kabupaten Langkat di Sumatera Utara, Indonesia.
![Ribuan warga Israel gesa pilihan raya baharu Ribuan warga Israel gesa pilihan raya baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720309166_protest.jpg)
Ribuan warga Israel gesa pilihan raya baharu
Demonstrasi yang dilakukan hampir setiap minggu itu bagaimanapun masih belum mengubah landskap politik atau menjatuhkan Netanyahu.
PM baharu Britain kata rancangan hantar migran ke Rwanda dimansuhkan
Perdana Menteri baharu Britain, Keir Starmer berkata, rancangan kontroversi kerajaan terdahulu untuk menghantar migran ke Rwanda kini "dimansuhkan".
Ribuan warga Israel gesa pilihanraya baharu
Ribuan penunjuk perasaan anti-kerajaan berkumpul di Tel Aviv pada Sabtu menggesa pilihan raya baharu yang berpotensi menggantikan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, yang memimpin salah satu gabungan berhaluan kanan paling dalam sejarah Israel.
Demonstrasi yang kerap dilakukan setiap minggu itu bagaimanapun masih belum mengubah landskap politik, dan Netanyahu masih menguasai majoriti stabil di parlimen.
Demonstrasi yang kerap dilakukan setiap minggu itu bagaimanapun masih belum mengubah landskap politik, dan Netanyahu masih menguasai majoriti stabil di parlimen.
Kekejaman zionis: 16 rakyat Palestin maut dalam serangan Israel di sekolah
Sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh dalam serangan Israel ke atas sebuah sekolah yang melindungi keluarga Palestin akibat kehilangan tempat tinggal di tengah Gaza pada Sabtu.
![Projek naik taraf 403 klinik daif tunjuk perkembangan positif - Lukanisman Projek naik taraf 403 klinik daif tunjuk perkembangan positif - Lukanisman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718089744_TBLukanismanAwangS.jpg)
Projek naik taraf 403 klinik daif tunjuk perkembangan positif - Lukanisman
Projek menaik taraf 403 klinik kesihatan di negara ini yang dikenal pasti sebagai klinik daif menunjukkan perkembangan positif.
![RMK12: 1,200 klinik daif dinaik taraf, Institut Kesihatan Mental ditubuh - PM Anwar RMK12: 1,200 klinik daif dinaik taraf, Institut Kesihatan Mental ditubuh - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694410201_KSPRMKPMAnwar.jpg)
RMK12: 1,200 klinik daif dinaik taraf, Institut Kesihatan Mental ditubuh - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan juga bersetuju untuk menyegerakan projek naik taraf fasa pertama di Hospital Sultanah Aminah (HSA).
![91 klinik daif siap dibaik pulih, naik taraf - Dr Zaliha 91 klinik daif siap dibaik pulih, naik taraf - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51692256785_DrZalihaMustafa.jpg)
91 klinik daif siap dibaik pulih, naik taraf - Dr Zaliha
Sebanyak 91 klinik di seluruh negara yang dikategorikan sebagai daif telah siap dibaik pulih sepenuhnya, manakala 341 klinik dijadualkan siap menjelang akhir tahun ini.
![Penambahbaikan 38 klinik daif di Kelantan dijangka siap Oktober Penambahbaikan 38 klinik daif di Kelantan dijangka siap Oktober](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51690930991_KOTABAHRU.jpg)
Penambahbaikan 38 klinik daif di Kelantan dijangka siap Oktober
Hampir sebahagian daripada klinik daif telah siap dibaiki dan digunakan oleh rakyat.
![70 klinik daif siap dinaik taraf menerusi Inisiatif Bitara MADANI - Lukanisman 70 klinik daif siap dinaik taraf menerusi Inisiatif Bitara MADANI - Lukanisman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41690421430_HariTibi.jpg)
70 klinik daif siap dinaik taraf menerusi Inisiatif Bitara MADANI - Lukanisman
Pada masa sama, sejumlah 366 klinik daif lagi sedang dalam fasa pelaksanaan.
![RM9.6 juta untuk baik pulih 39 klinik daif di Kelantan - Dr Zaliha RM9.6 juta untuk baik pulih 39 klinik daif di Kelantan - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71684326258_ZalihaMustafa.jpg)
RM9.6 juta untuk baik pulih 39 klinik daif di Kelantan - Dr Zaliha
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengenal pasti 39 klinik di seluruh Kelantan dikategorikan sebagai klinik daif untuk kerja baik pulilh tahun ini melibatkan peruntukan bernilai RM9.6 juta.
![Kuasa lulus projek bawah RM50 juta segerakan baik pulih sekolah, klinik daif di Sarawak Kuasa lulus projek bawah RM50 juta segerakan baik pulih sekolah, klinik daif di Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61680682179_AbangJohari.jpg)
Kuasa lulus projek bawah RM50 juta segerakan baik pulih sekolah, klinik daif di Sarawak
Kuasa meluluskan projek pembangunan bernilai sehingga RM50 juta yang ada pada Sarawak mampu menyegerakan usaha membaik pulih sekolah dan klinik daif di negeri ini.
![Belanjawan 2023: Segera selesaikan masalah sekolah dan klinik daif di kawasan pedalaman Sabah - Arthur Belanjawan 2023: Segera selesaikan masalah sekolah dan klinik daif di kawasan pedalaman Sabah - Arthur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61677333154_TBArthurJosephKurup.jpg)
Belanjawan 2023: Segera selesaikan masalah sekolah dan klinik daif di kawasan pedalaman Sabah - Arthur
Pengumuman oleh Perdana Menteri untuk menaik taraf 400 buah klinik daif dan 380 buah sekolah daif seluruh negara mendapat sambutan cukup positif.
![Belanjawan 2023: Kerajaan sasar siapkan segera pembaikan 400 klinik, 380 sekolah daif Belanjawan 2023: Kerajaan sasar siapkan segera pembaikan 400 klinik, 380 sekolah daif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51677233667_sekolahtamil.jpg)
Belanjawan 2023: Kerajaan sasar siapkan segera pembaikan 400 klinik, 380 sekolah daif
Kerajaan sasar untuk menyiapkan dengan segera pembaikan bagi 400 klinik daif dan 380 sekolah daif dengan peruntukan RM1.2 bilion.