KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia menahan 7,159 individu yang terlibat dalam pelbagai jenayah, termasuk berkaitan penyeludupan, migran, khazanah negara dan lain-lain kesalahan, di samping merekodkan 8,234 kes jenayah sepanjang tahun lepas.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman Datuk Hazani Ghazali dalam kenyataan hari ini berkata nilai rampasan yang direkodkan terkumpul sepanjang tempoh itu adalah RM601.1 juta.
Beliau berkata RM223.9 juta nilai rampasan direkodkan Pasukan Gerakan Am manakala Pasukan Polis Marin merekodkan nilai rampasan RM292.7 juta yang dikutip menerusi pelbagai operasi berkaitan kesalahan dadah dan racun, Akta Imigresen, Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran, operasi khazanah, kontraban dan lain-lain lagi.
"Cawangan Perisikan dan Siasatan Khas mencatatkan jumlah rampasan keseluruhan bernilai RM93.5 juta melibatkan kes di bawah Akta Kastam 1967 dan dan lain-lain akta. Kegiatan jenayah seperti penyeludupan pendatang tanpa izin dan barang kontraban adalah berbeza mengikut zon-zon persempadanan," katanya.
Katanya di bahagian utara semenanjung Malaysia, barangan yang kerap diseludup adalah ketum, minuman keras, ubat batuk dan dadah serta kemasukan pendatang tanpa izin manakala di timur pula melibatkan barangan seperti beras, minyak masak, petrol dan diesel, binatang ternakan dan barangan tiruan.
Hazani berkata di zon tengah dan selatan pula kebanyakan barang yang diseludup adalah rokok, minuman keras, dadah dan hidupan liar dan kemasukan pendatang tanpa izin.
Beliau berkata di Sabah dan Sarawak aktiviti penyeludupan dilakukan melalui lorang-lorong tikus melibatkan rokok, minuman keras, kayu balak, bakau, barang keperluan harian yang terkawal, dan hidupan liar serta kemasukan pendatang tanpa izin.
Menurutnya statistik tangkapan migran juga menunjukkan individu yang ditahan mempunyai peranan masing-masing dalam kes penyeludupan termasuk sebagai ejen, tekong darat, tekong lat, penjaga rumah penampungan atau pengangkut.
Sementara itu, mengenai penugasan Op Banjir, 1,150 pegawai dan anggota dari pelbagai elemen jabatan JKDNKA telah digerakkan untuk misi bantuan mangsa banjir terutama yang melanda Selangor dan Johor tahun lepas.
Beliau berkata JKDNKA sentiasa bersiap sedia dan komited dalam memastikan ketenteraman awam dan keselamatan negara sentiasa dilindungi dan dipelihara.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 28 2022

Datuk Hazani Ghazali dalam kenyataan hari ini berkata nilai rampasan yang direkodkan terkumpul sepanjang tempoh itu adalah RM601.1 juta. - Gambar fail/BERNAMA

ASEAN perlu perkukuh kepusatan, tumpu sasaran realistik - Nazir Razak
Ekonomi Asia Tenggara digesa untuk meningkatkan perdagangan dan memperkukuh kepusatan bagi melindungi negara mereka daripada keadaan global yang tidak menentu di tengah-tengah ancaman tarif Presiden A

Wanita Jepun maut jatuh kondominium di Subang Jaya
Seorang wanita warga Jepun maut selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di SS16, Subang Jaya, pagi tadi.

Polis Johor tahan lelaki bersama dadah bernilai RM2.58 juta
Polis menahan seorang lelaki tempatan dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM2.58 juta dalam satu operasi di sekitar daerah ini pada 16 Feb lepas.

Produk disahkan halal tiga badan pensijilan halal tidak dibenar masuk Malaysia - JAKIM
Larangan itu berkuat kuasa hingga ketiga-tiga badan pensijilan itu membuat penambahbaikan dan pembetulan terhadap kesilapan mereka seperti dikehendaki JAKIM.

ASEAN penting untuk kestabilan serantau di tengah ketegangan global - Syed Hamid
Tan Sri Dr Syed Hamid Albar menekankan kepentingan ASEAN dalam mengekalkan kestabilan serantau, menyifatkannya sebagai platform penting untuk dialog dan kerjasama dalam kalangan negara anggota.

16 pegawai, anggota polis dibuang kerja pada Januari
Seramai 16 pegawai dan anggota polis dibuang kerja pada Januari lepas, kata Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad.

Penyalahgunaan dadah di Kelantan serius, 18,507 kes tahun lepas - Pemadam
Kes penyalahgunaan dadah di Kelantan serius dengan sebanyak 18,507 kes dilaporkan pada tahun lepas, kata Pengerusi Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) negeri, Zamakshari Muhamad.
AWANI Ringkas: Lelaki OKU mental tetak ayah diarah rujuk hospital psikiatri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Polis sahkan penemuan rangka manusia rentung dalam kenderaan terbakar
Polis mengesahkan penemuan satu rangka manusia rentung dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda di kawasan tanah perkuburan Batu Tiga, Jalan Yong Peng-Ayer Hitam, di sini.

Lima kes kusta ditemukan di Selangor - Pengarah JKNS
Selangor merekodkan lima kes kusta setakat 20 Feb lepas, di lima daerah dengan tiada kematian dilaporkan.

16 pegawai, anggota polis dibuang kerja pada Januari
Seramai 16 pegawai dan anggota polis dibuang kerja pada Januari lepas, kata Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad.

PDRM umum pertukaran 13 pegawai kanan
Pertukaran itu antaranya melibatkan Timbalan Pengarah Cawangan Khas II Bukit Aman Datuk Ibrahim Darus yang dilantik sebagai Timbalan Pengarah Cawangan Khas E1 Bukit Aman.

Malaysia perketat penguatkuasaan tangani lambakan e-waste - Nik Nazmi
Malaysia akan memperkukuh penguatkuasaan undang-undang bagi menangani isu lambakan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) dari negara maju.

Selangor keluar garis panduan permudah, seragam pendaftaran taska Julai ini
Garis panduan bagi menyeragamkan dan memudah cara pendaftaran taman asuhan kanak-kanak (taska) di Selangor akan dikeluarkan pada Julai depan.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kilang e-waste lebur peluru proksi warga China
Seramai empat individu termasuk seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan berkaitan penemuan kira-kira 50 tan peluru dan kelongsong dalam serbuan di kilang e-waste haram.

PDRM terima 482 laporan sindiket "job scam" libatkan 628 rakyat Malaysia
Dripada jumlah itu, 14 daripada 15 mangsa dari Sabah berjaya diselamatkan manakala seorang lagi masih terkandas di luar negara.

1,404 polis dikenakan hukuman tatatertib tahun lepas
Sebanyak 1,404 anggota polis dikenakan hukuman tatatertib sepanjang tahun lepas, kata Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad.

Ambil tahu aduan didedahkan Edisi Siasat, elak persepsi - JIPS
Pemerhatian terhadap saluran itu mendapati banyak tuduhan dibuat adalah tidak berasas dan telah membina persepsi tidak baik masyarakat terhadap warga polis.

Hejira Travel masih disiasat, polis nafi tidak bertindak
Sebanyak 141 laporan polis telah diterima sehingga 7 Februari 2025, membabitkan kerugian RM3,015,412.