KUALA LUMPUR: Seramai 69,754 kekuatan sumber manusia terlatih termasuk daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah tersedia bagi aspek pengurusan bencana di seluruh negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali berkata selain itu, sebanyak 7,906 pusat pemindahan sementara turut dikenal pasti bagi menampung sehingga 1.9 juta mangsa banjir semasa Monsun Timur Laut.
Menerusi data di Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), beliau berkata pergerakan luruan monsun kedua telah bermula dan berlaku hujan sejak awal pagi tadi khususnya di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
"Justeru kita harapkan semua pihak bersedia menghadapi kesan risiko banjir yang akan berlaku di sesetengah tempat khususnya negeri-negeri di kawasan pantai timur di Semenanjung Malaysia," katanya selepas menghadiri taklimat di NDCC, hari ini.
Beliau berkata aspek pengurusan bencana pada tahun ini ditambah baik dengan mengemas kini prosedur operasi standard (SOP), menyediakan taklimat dan simulasi bencana di seluruh negara serta libat urus dengan komuniti setempat seperti ketua kampung, golongan belia dan badan bukan kerajaan.
Sementara itu, Armizan berkata beliau akan mengadakan perbincangan bersama kementerian yang terlibat dalam penyaluran maklumat semasa bencana iaitu Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Komunikasi dan Digital bagi menyelaras penyaluran maklumat rasmi kepada orang awam dengan pantas.
Beliau berkata melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR), syarikat telco turut bekerjasama dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk menyalurkan maklumat menerusi SMS kepada penduduk di lokaliti yang diramalkan berisiko banjir serta hujan lebat.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 17 2022
![69,754 anggota pelbagai agensi siap siaga hadapi bencana - Armizan 69,754 anggota pelbagai agensi siap siaga hadapi bencana - Armizan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41670852962_ArmizanMohdAli.jpg)
Datuk Armizan Mohd Ali berkata selain itu, sebanyak 7,906 pusat pemindahan sementara turut dikenal pasti bagi menampung sehingga 1.9 juta mangsa banjir semasa Monsun Timur Laut. - Gambar fail/Facebook
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![69,754 anggota pelbagai agensi siap siaga hadapi bencana - Armizan 69,754 anggota pelbagai agensi siap siaga hadapi bencana - Armizan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41670852962_ArmizanMohdAli.jpg)
69,754 anggota pelbagai agensi siap siaga hadapi bencana - Armizan
Selain itu, sebanyak 7,906 pusat pemindahan sementara turut dikenal pasti bagi menampung sehingga 1.9 juta mangsa banjir semasa Monsun Timur Laut.