Seramai 64 penjenayah di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) ditahan di Pulau Pinang untuk tempoh hampir 10 bulan.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata, daripada jumlah itu, tujuh merupakan pemilik pusat judi manakala 45 lagi merupakan ahli kumpulan samseng.
Katanya, semua suspek lelaki berusia di antara 20 sehingga 50 tahun itu ditahan menerusi Ops Cantas Khas dan Operasi Khas.
"Kita dah tangkap 64 orang dibawah POCA, antaranya ialah tauke judi, manakala yang terlibat dalam gangsterisme 45 orang dan semuanya lelaki
“Kita memang masih lagi buka kertas siasatan di bawah POCA ini dan ia adalah tindakan yang berterusan kerana Ops Cantas bukan hanya melibatkan masa-masa tertentu sahaja,” katanya kepada pemberita selepas Kejohanan Menembak Piala Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, di sini hari ini.
Dalam pada itu katanya, pihaknya juga sedang memburu lebih 30 lagi penjenayah di negeri itu yang akan ditahan di bawah POCA.
Dalam perkembangan berasingan, Abdul Ghafar menjelaskan, kes jenayah di negeri itu menunjukkan penurunan sebanyak 398 kes atau 5.4 peratus sepanjang Januari sehingga Ahad berbanding tempoh sama tahun lalu.
Katanya, sebanyak 5,142 kes dilaporkan dalam tempoh itu pada tahun ini berbanding 5,540 kes bagi tempoh sama pada 2015.
Dewi Nur Harasha Alias
Mon Oct 24 2016
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Ghafar Rajab (gambar) berkata, daripada jumlah itu, tujuh merupakan pemilik pusat judi manakala 45 lagi merupakan ahli kumpulan samseng. - Foto BERNAMA
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
Polis tunggu laporan makmal tentukan punca kematian Nur Farah Kartini
Polis sedang menunggu laporan makmal bagi menentukan punca kematian berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris, Nur Farah Kartini Abdullah.
Datuk Ong Teik Kwang yang mati ditembak pernah ditahan di bawah Ordinan Darurat - Polis
Datuk Ong Teik Kwang,yang terbunuh dalam insiden tembakan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu minggu lalu tidak pernah didakwa di mahkamah atas kesalahan jenayah.
Polis Pulau Pinang teliti penubuhan BPS
Polis Pulau Pinang akan meneliti kewajaran penubuhan Badan Peronda Sukarela (BPS) yang bakal menggantikan Unit Peronda Sukarela (PPS) yang telah diharamkan.
64 penjenayah ditahan di bawah POCA di Pulau Pinang
Seramai 64 penjenayah di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) ditahan di Pulau Pinang untuk tempoh hampir 10 bulan.
Polis nafi wujud ancaman Daish di Pulau Pinang
Polis Pulau Pinang menafikan terdapat ancaman oleh Daish di negeri ini dan meminta orang ramai supaya bertenang.
Polis sahkan Namewee kini berada di luar negara
Polis telah mengenal pasti tiga lagi lelaki yang turut terlibat dalam video klip lagu 'Oh My God' oleh Namewee yang didakwa menghina agama Islam.
2,838kg serbuk ketum untuk dieksport dirampas di Pulau Pinang
Polis membongkar sebuah makmal memproses daun ketum dan merampas 2,838 kilogram serbuk ketum bernilai RM238,000.