Sebanyak 64 majikan didakwa di Mahkamah Majistret dengan 96 pertuduhan kerana gagal mematuhi Akta-akta yang dikuatkuasakan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur bagi tempoh Januari hingga Disember tahun lalu.
Pengarahnya Mohd Asri Abd Wahab pada Rabu berkata daripada jumlah itu, 46 majikan mengaku bersalah dan didenda RM69,600 keseluruhannya manakala 13 majikan dikompaun atas pelbagai kesalahan melanggar peruntukan undang-undang di bawah Akta Kerja 1955.
Beliau berkata operasi dan serbuan dilakukan berikutan aduan yang diterima daripada pelbagai sumber contohnya pengadu hadir sendiri, melalui telefon, ibu pejabat, media dan juga sumber-sumber lain.
"Di antara kesalahan yang sering dilakukan majikan ialah membuat potongan gaji tanpa kebenaran Ketua Pengarah, membayar gaji lewat, gagal menyediakan kontrak pekerjaan secara bertulis dan tidak memberikan penyata gaji kepada pekerja.
"Ia juga termasuk, gagal membayar kerja lebih masa untuk kerja hari biasa, hari rehat dan kelepasan am, gagal melaporkan penggajian pekerja asing dan gagal mematuhi prosedur membayar gaji secara tunai kepada pekerja," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mohd Asri berkata dalam tempoh yang sama juga JTK telah melaksanakan pemeriksaan berkala ke atas 2,257 majikan yang beroperasi di WP bagi memastikan pematuhan terhadap semua perundangan perburuhan negara.
"Daripada jumlah itu, sebanyak 451 notis pematuhan dikeluarkan kepada majikan terbabit. Tindakan pemantauan sentiasa dilakukan dan mana-mana majikan yang masih gagal mematuhi notis itu akan dikenakan tindakan tegas termasuk pendakwaan atau kompaun," tambahnya.
Beliau berkata sehingga Disember 2018, jabatan berkenaan menyelesaikan 1,570 kes-kes tuntutan pekerja yang dikendalikan sepanjang tahun lalu dan sejumlah RM982,105 telahpun dibayar kepada pekerja yang membuat tuntutan.
Mohd Asri berkata gerakan operasi secara besar-besaran akan dilakukan tahun ini bagi memburu majikan yang gagal mematuhi Perintah Gaji Minimum 2018 yang diwartakan baru-baru ini.
Melalui perintah itu jumlah gaji pokok minimum ditetapkan RM1,100 sebulan berkuat kuasa Jan lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 23 2019
JTK telah melaksanakan pemeriksaan berkala ke atas 2,257 majikan yang beroperasi di WP bagi memastikan pematuhan terhadap semua perundangan perburuhan negara. - Gambar hiasan
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
MTVET: Keperluan suruhanjaya, akta khusus untuk pantau keberkesanan - Pakar
Majlis TVET Negara diharapkan dapat membawa kepada penubuhan Suruhanjaya TVET Negara dalam masa terdekat yang akan memantau segala aktiviti bidang tersebut dan menubuhkan akta-akta berkaitan.
Akta Media Sosial perlu dinamik, merentas masa - Pakar
Akta-akta sedia ada boleh dimanfaatkan untuk mengawal penggunaan media sosial dalam kalangan kanak-kanak.
Isu 3R: Kerajaan adakan perbincangan dengan pelbagai pihak Jumaat ini
Perbincangan itu bertujuan menangani pihak tertentu yang sengaja mencetuskan provokasi melampau mengenai isu berkenaan.
Agong perkenan 14 akta diluluskan Parlimen
Ini termasuk Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 mengenai peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti.
Kaum lelaki mangsa keganasan rumah tangga dilindungi undang-undang
Sesiapapun mangsa, tidak kira wanita atau lelaki, mempunyai hak untuk dilindungi seperti termaktub dalam Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta 521).
Gubal segera akta berkaitan ketum
Negara memiliki pokok ketum berkualiti tinggi, namun manfaat herba berkenaan dibolot negara jiran, iaitu Thailand.
Perkenalkan pilihan raya pecat wakil rakyat lompat parti - Azalina
Kerajaan digesa mempertimbangkan pilihan raya bagi memecat wakil rakyat atau recall election bagi menghalang mereka yang lompat parti, kata Datuk Seri Azalina Othman Said.
Jangan terpedaya gimik jualan murah produk di internet - MCMC
Produk yang dijual juga tidak tertakluk kepada akta dalam negara selain sesetengah daripadanya mempunyai kecenderungan untuk menyerupai produk berjenama.
SPRM syor wujudkan akta wajib isytihar harta
Sehingga kini, tiada sebarang hukuman jelas boleh diambil terhadap mereka yang tidak mengisytiharkan harta.
Gubal akta anti lompat parti perlu sokongan dua pertiga - Takiyuddin
Takiyuddin menjelaskan, sekiranya perkara berkenaan tidak dipinda, ia boleh dicabar oleh mana mana pihak di mahkamah.