KUALA LUMPUR: Seramai 634 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa dan semuanya telah dikuarantin di stesen-stesen kuarantin di seluruh negara pada Khamis.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, secara kumulatifnya, sejak 24 Julai 2020, seramai 254,565 individu telah pulang ke tanah air dan kesemua ditempatkan di 79 hotel dan 12 Institut Latihan Awam (ILA) serta Institut Pengajian Swasta di seluruh negara.
Berikut lima perkara penting kenyataan media Ismail Sabri pada Jumaat;
1. Sebanyak 66 premis meliputi kilang (16), premis perniagaan (49) dan tapak pembinaan (1) diarahkan tutup kerana gagal mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan dalam 78,021 pemeriksaan Pasukan Task Force Operasi Pematuhan dan snap check COVID-19 di seluruh negara dengan jumlah kekuatan anggota seramai 18,210 orang.
2. Kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tujuh lokaliti di tiga negeri dan menamatkan PKPD di dua lokaliti di Kuala Lumpur dan Sabah.
3. Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Khamis telah melakukan 78,021 pemeriksaan dan seramai 577 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) dan daripada jumlah itu, seramai 542 individu dikompaun manakala 35 lagi direman.
4. Operasi BENTENG (Op BENTENG) juga telah menangkap 29 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) dan tujuh orang PATI diusir keluar melalui dua aktiviti pengusiran dalam operasi yang dilaksanakan di seluruh negara.
5. KPDNHEP telah membuat 848 pemantauan harian ke atas 11 jenis bekalan barangan terdiri daripada peringkat peruncit (665), pemborong (151) dan pengilang (32). KPDNHEP juga telah melakukan 1,925 Pemeriksaan Khas Pematuhan SOP dan daripada jumlah itu, 1,920 premis mematuhi SOP manakala empat premis dikompaun dan satu diberi amaran kerana tidak patuh SOP.
Astro Awani
Fri Jul 23 2021
![613 tiba di pintu masuk negara, berikut 5 perkara penting kenyataan Ismail Sabri pada Jumaat 613 tiba di pintu masuk negara, berikut 5 perkara penting kenyataan Ismail Sabri pada Jumaat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/51623257883_KLIA.jpg)
Kata Ismail Sabri, sejak 24 Julai 2020, seramai 254,565 individu telah pulang ke tanah air. - Gambar hiasan/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Keluarga Muhammad Nidza Afham reda, serah hal siasatan kepada polis Keluarga Muhammad Nidza Afham reda, serah hal siasatan kepada polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723731965_Afham.jpg)
Keluarga Muhammad Nidza Afham reda, serah hal siasatan kepada polis
Keluarga Muhammad Nidza Afham Mokhtar menyerahkan sepenuhnya urusan siasatan kematian Allahyarham kepada pihak berkuasa.
![Polis tahan wanita disyaki terlibat kes tipu penjualan lot tanah Polis tahan wanita disyaki terlibat kes tipu penjualan lot tanah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723553849_TBRamliMohamed.jpg)
Polis tahan wanita disyaki terlibat kes tipu penjualan lot tanah
PDRM menahan seorang wanita di Gombak, Selangor semalam kerana disyaki menipu seorang pesara berusia 59 tahun dalam urusan penjualan sebidang tanah lot mengakibatkan kerugian RM60,400.
![Polis rampas 50kg syabu, 6kg ekstasi RM2.6 juta Polis rampas 50kg syabu, 6kg ekstasi RM2.6 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723451365_Dadah.jpg)
Polis rampas 50kg syabu, 6kg ekstasi RM2.6 juta
Polis berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan dadah bernilai RM2.6 juta selepas menahan seorang lelaki yang bertindak sebagai transporter di Sabak Bernam, pada Khamis lepas.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61691941883_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 9 Ogos 2024.
![Culik dua beradik: Lima suspek ditahan termasuk dua warga asing Culik dua beradik: Lima suspek ditahan termasuk dua warga asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723107015_Culikduaberadik.jpg)
Culik dua beradik: Lima suspek ditahan termasuk dua warga asing
Lima lelaki termasuk dua warga asing ditahan pihak polis berhubung satu kejadian culik melibatkan dua beradik lelaki, di sini pada Isnin.
![PDRM sahkan terima laporan portal berita dedah rancangan pertukaran kepimpinan PDRM PDRM sahkan terima laporan portal berita dedah rancangan pertukaran kepimpinan PDRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81714954430_tbRusdiMohdIsa.jpg)
PDRM sahkan terima laporan portal berita dedah rancangan pertukaran kepimpinan PDRM
Kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
![PDRM nafi keluar kenyataan rasmi berhubung pertukaran kepimpinan tertinggi PDRM nafi keluar kenyataan rasmi berhubung pertukaran kepimpinan tertinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717303469_TanSriRazaruddin.jpg)
PDRM nafi keluar kenyataan rasmi berhubung pertukaran kepimpinan tertinggi
PDRM nafi keluarkan kenyataan berhubung laporan yang mendakwa pasukan keselamatan itu merancang pertukaran melibatkan kepimpinan tertingginya.
![Kes Teoh Beng Hock: Polis mungkin panggil semula semua saksi Kes Teoh Beng Hock: Polis mungkin panggil semula semua saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81722589177_MohdShuhailyMohdZ.jpg)
Kes Teoh Beng Hock: Polis mungkin panggil semula semua saksi
PDRM tidak menolak kemungkinan akan memanggil semula semua pihak yang terlibat dalam siasatan kes kematian Teoh Beng Hock.
![PDRM sahkan dua rakyat Malaysia ditahan di Maldives kerana cuba seludup dadah PDRM sahkan dua rakyat Malaysia ditahan di Maldives kerana cuba seludup dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71714382127_DatukKhawKokChin.jpg)
PDRM sahkan dua rakyat Malaysia ditahan di Maldives kerana cuba seludup dadah
PDRM mengesahkan dua rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa Maldives kerana cuba menyeludup dadah bernilai kira-kira RM3.7 juta.
![PDRM sahkan banyak pelaburan guna Telegram adalah penipuan PDRM sahkan banyak pelaburan guna Telegram adalah penipuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721894252_TBRamliMohamedYoosu.jpg)
PDRM sahkan banyak pelaburan guna Telegram adalah penipuan
Masyarakat diingatkan supaya tidak mudah percaya dengan tawaran pelaburan melalui media sosial yang bersifat too good to be true.