KUALA KURAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Kuala Kurau telah merampas 60 set bubu naga di kedudukan 2 hingga 4 batu nautika barat daya muara Kuala Kurau kira-kira 8.15 malam tadi.
Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Najhan Azman Hamid berkata, rampasan itu dilakukan ketika semasa rondaan rutin yang dilakukan pasukan bot peronda Maritim Malaysia.
Menurutnya, ketika rondaan itu, pihaknya telah mengesan beberapa pelampung yang mencurigakan dan disyaki penanda kepada bubu naga.
“Hasil pemeriksaan ke atas pelampung menemukan 60 set bubu naga di empat lokasi yang berasingan yang mana kedudukannya lebih kurang 2 hingga 4 batu nautika barat daya muara Kuala Kurau,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, kesemua bubu naga dan penanda telah dirampas serta dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kurau untuk tindakan lanjut.
Menurutnya, anggaran nilai rampasan bubu naga pada kali ini adalah kira-kira RM4,200 atau kira-kira RM70 setiap satu set.
Kes disiasat di bawah Seksyen 11 (3) (c) Akta Perikanan 1985 iaitu memasang atau menyebabkan dipasang belat ikan, peralatan menangkap ikan atau peranti mengumpul ikan yang tidak dilesenkan tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.
Abd Razak Mohd Ali
Fri Sep 16 2022

Anggaran nilai rampasan bubu naga pada kali ini adalah kira-kira RM4,200 atau kira-kira RM70 setiap satu set.- Foto Maritim Malaysia

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.
Rundingan sempadan maritim dan darat terima kerjasama baik
Kedua-dua pihak turut membincangkan pelbagai isu penting dalam hubungan dua hala antara malaysia dan Indonesia.

Stesen Jana Kuasa Pulau Indah telah beroperasi, jana RM1.6 bilion tahun hadapan
Stesen jana kuasa Pulau Indah (PIPP) di Klang yang dibina empat tahun lepas telah beroperasi secara komersial bermula 1 Mac lepas.
Menara loceng Romanesque terbesar siap selepas 15 tahun
Thailand mempersembahkan menara loceng Romanesque terbesar dunia setinggi tiga tingkat di bandar Wat Ban Dong Yai.

Maritim Perak rampas 61 set bubu naga bernilai RM4,000
Maritim Negeri Perak rampas sebanyak 61 set bubu naga bernilai lebih RM4,000 di sekitar Pulau Talang dan Pantai Remis, Lumut semalam.

Maritim rampas 16 bubu naga di Pulau Perjudi
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Melaka dan Negeri Sembilan merampas 16 unit bubu naga di perairan Pulau Perjudi.

Maritim rampas 52 bubu naga, tahan dua warga asing
Hasil pemeriksaan ke atas bendera itu menemukan sebanyak 52 unit bubu naga berada di kawasan terbabit.

70 set bubu naga dirampas, kurang tiga batu nautika dari jeti nelayan
Pemilik bubu naga itu boleh didakwa di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985.

Maritim Malaysia tahan bot gentian kaca bersama 90 set bubu naga
Hasil pemeriksaan mendapati, terdapat tiga kru nelayan warga tempatan termasuk tekong berumur antara 19 dan 31 tahun berada di atas bot.

60 set bubu naga dirampas di empat lokasi di perairan Kuala Kurau
Rampasan itu dilakukan ketika semasa rondaan rutin yang dilakukan pasukan bot peronda Maritim Malaysia.

APMM Perak rampas 42 set bubu naga di perairan Lumut
Rampasan dilakukan di kedudukan kira-kira 4.5 batu nautika barat daya Tanjung Kepah, pada jam 1.30 petang.

Dua nelayan ditahan, miliki 35 set bubu naga - APMM
APMM menahan dua nelayan tempatan di kedudukan 1.6 batu nautika barat daya Pulau Sangga Besar, kira-kira jam 11.57 pagi, kelmarin.

Maritim Pulau Pinang rampas 40 bubu naga bernilai hampir RM5,000
Tangkapan dibuat menerusi Op Pertiwi /Op Benteng di 1.4 batu nautika perairan Pulau Burung, Seberang Perai Selatan.

Maritim Malaysia rampas 31 set bubu naga di perairan Port Dickson
Kesemua bubu naga itu dirampas kerana penggunaannya tidak dibenarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia sejak November 2018.