RAUB: Sejumlah 59 calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2021 di Pahang memperoleh keputusan cemerlang Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.0 yang menyaksikan peningkatan sebanyak 0.68 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Abdul Rahim Mohd Yunus berkata, daripada jumlah itu lapan calon merupakan aliran Sains manakala 51 lagi adalah daripada pelajar aliran sastera.
"SMK Padang Saujana Jerantut muncul sebagai sekolah yang melahirkan calon mendapat PNGK 4.0 paling ramai iaitu seramai tujuh orang.
"SMK (LKTP) Tersang, Raub mengungguli prestasi cemerlang STPM dengan Gred Purata Sekolah (GPS) 3.52 mata manakala SMK Dong, Raub pula muncul sebagai sekolah paling cemerlang dari segi pencapaian 4P dengan 55 daripada 56 calonnya berjaya memperoleh 4P," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media pengumuman keputusan STPM 2021 Sekolah-Sekolah Negeri Pahang di SMK (LKTP) Tersang di sini hari ini.
Abdul Rahim menjelaskan, seramai 2,054 daripada 2,101 pelajar yang menduduki peperiksaan STPM 2021 mendapat kelulusan penuh iaitu mendapat sekurang-kurangnya satu mata pelajaran penuh.
"Daripada jumlah itu, seramai lapan calon lulus penuh lima mata pelajaran manakala 1,644 calon lulus penuh empat mata pelajaran," katanya.
Dalam pada itu beliau berkata, Gred Purata Sekolah (GPS) negeri Pahang bagi keputusan STPM pada kali ini menunjukkan sedikit penurunan kepada 2.90 mata berbanding 2.92 mata pada STPM tahun 2020.
Bagaimanapun jelasnya, min GPS bagi sekolah-sekolah negeri Pahang adalah lebih tinggi daripada min GPS negara sebanyak 2.79 mata.
Norfarhiza Mohd Atar
Thu Aug 18 2022

Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Abdul Rahim Mohd Yunus (barisan tengah tiga dari kanan) bersama guru dan tiga pelajar SMK (LKTP) Tersang yang mendapat PNGK 4.0 di SMK (LKTP) Tersang di sini pada Khamis. - Foto Astro AWANI

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.
Astro semarakkan Syawal dengan hiburan ‘Meriah Lain Macam’
Menyambut keistimewaan Syawal dengan caranya tersendiri, peneraju industri hiburan di Malaysia, Astro membawa kemeriahan tahun ini dengan sajian istimewa, menawarkan lebih daripada 160 kandungan Raya yang telah dirancang khas untuk seisi keluarga. Dari kandungan televisyen, sehingga ke platform digital dan radio, setiap satu dicipta dengan teliti untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri dengan pelbagai warna. Semua kandungan istimewa ini boleh dinikmati tanpa henti secara on-the-go, bermula malam raya di Astro.

STPM: Keputusan permohonan kemasukan ke universiti awam diumum esok
Keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA) lepasan STPM atau setaraf iaitu Sijil Agama Tinggi Malaysia (STAM), matrikulasi, asasi dan diploma akan diumumkan esok.

Tingkatan Enam bukan program akademik kelas kedua - Fadhlina
STPM juga bukan sahaja diterima semua universiti awam di Malaysia, tetapi juga diiktiraf lebih 2,000 universiti seluruh dunia termasuk di Amerika Syarikat, negara Komanwel dan Asia Barat.

Kemasukan ke UA berdasarkan prinsip meritokrasi - KPT
Semua calon yang layak dengan markah merit tertinggi tanpa mengira kaum, agama, negeri, taraf hidup dan tempat tinggal diberikan peluang.

Lepasan STPM boleh semak keputusan UA mulai hari ini
Keputusan boleh disemak secara dalam talian mulai 7 September 2023 pukul 12 tengah hari hingga 16 September 2023, jam 5 petang.

Pelajar cemerlang STPM di Sabah manfaatkan waktu Subuh ulang kaji pelajaran
Mengulang kaji pelajaran pada waktu Subuh, memudahkannya untuk fokus bagi mengingat fakta, untuk menjawab soalan peperiksaan.

Tanya AI: Jaminan kerjaya atau bidang paling relevan? Ini kursus ijazah terbaik lepasan STPM
TAHUN 2023 menjadi tahun yang mencabar buat lepasan STPM dalam memilih bidang pengajian yang difikirkan terbaik dan relevan untuk membina kerjaya pada masa hadapan.

STPM 2022: 1,184 calon peroleh PNGK 4.00
Seramai 1,184 calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2022 mendapat Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00.

Keputusan STPM dikeluarkan Khamis ini
Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Tahun 2022 akan dikeluarkan pada Khamis ini.

STPM diiktiraf antarabangsa, tiada keperluan mansuh Tingkatan Enam - Fadhlina
Tiada keperluan untuk memansuhkan pendidikan Tingkatan Enam dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Permohonan UPUOnline dibuka bermula esok
Permohonan dibuka bagi kemasukan ke 20 Universiti Awam (UA), 36 politeknik, 105 kolej komuniti dan empat Institusi Kemahiran Tinggi Awam (ILKA).