MELAKA: Jabatan Kesihatan Melaka menyasarkan untuk menyelesaikan kira-kira 55 peratus daripada jumlah pembedahan tertunggak yang mencecah ribuan kes ekoran penularan COVID-19, menjelang akhir tahun ini.
Pengarah Kesihatan negeri Dr Rusdi Abd Rahman berkata jumlah pembedahan tertunggak itu melibatkan tempoh antara awal Januari tahun lepas hingga awal Januari tahun ini.
"Tidak dinafikan kes pembedahan tertunggak memang banyak dan sebenarnya kita berdepan dengan bukan sekadar ratusan tetapi ribuan kes namun ia bukan hanya berlaku di Melaka tetapi di seluruh negara dan juga dunia ekoran penularan COVID-19 khususnya varian Delta.
Namun pada tahun ini, Ketua Pengarah Kesihatan telah memberi mandat kepada semua pengarah kesihatan negeri supaya memberi tumpuan pada kes tertunggak ini agar ia dapat diselesaikan sebolehnya pada tahun ini dan Melaka telah memberi komitmen berkenaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Wellness On Wheel (WOW) yang disempurnakan Exco Kesihatan dan Antidadah negeri Dr Muhamad Akmal Saleh.
Mengulas lanjut Dr Rusdi berkata bagi menyelesaikan kes pembedahan tertunggak itu, 20 hingga 25 peratus kes berkenaan akan diserahkan kepada hospital swasta di negeri ini manakala 30 hingga 35 peratus kes pula akan diselesaikan di Hospital Melaka.
Beliau berkata antara kekangan utama yang dihadapi untuk menyelesaikan kes pembedahan tertunggak tersebut ialah masa pengoperasian bilik bedah yang ditetapkan maksimum hanya sehingga lapan jam sehari.
Justeru, katanya secara purata hanya lapan pembedahan yang mengambil masa satu jam bagi setiap satu pembedahan boleh dilakukan sehari di dalam satu bilik bedah dan situasi itu memberi impak kepada jumlah pembedahan tertunggak.
"Oleh itu, kita telah mengenal pasti apa keupayaan yang ada dan pembedahan kecil seperti katarak dan telinga akan dilakukan di Hospital Alor Gajah atau Hospital Jasin.
Pada setiap Sabtu pula, kita akan lakukan pembedahan khususnya melibatkan kes besar seperti pembedahan rahim dan kita juga buat pembedahan perdana dengan mengumpulkan pakar dari daerah atau negeri lain untuk membantu," katanya.
Beliau berkata Hospital Melaka juga mendapat bantuan kepakaran antaranya dari Hospital Tampin, Hospital Pakar Sultanah Fatimah di Muar Johor, Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Serdang.
Dalam perkembangan lain, Dr Muhamad Akmal berkata WOW akan menyediakan perkhidmatan nasihat kesihatan secara mobil kepada komuniti.
Beliau berkata pelaksanaan WOW adalah sebahagian daripada Agenda Nasional Malaysia Sihat yang dilaksanakan kerajaan bagi memastikan penyampaian maklumat berkaitan isu kesihatan dapat disampaikan secara tepat dan jelas kepada rakyat.
"Program WOW ini akan dilaksanakan menggunakan trak bernilai hampir RM200,000 yang akan menjelajah ke 28 Dewan Undangan Negeri di Melaka untuk menyampaikan maklumat dan mempromosikan aspek kesihatan sekali gus meningkatkan kesedaran rakyat tentang kepentingan menjaga kesihatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 04 2022
Dr Rusdi berkata jumlah pembedahan tertunggak itu melibatkan tempoh antara awal Januari tahun lepas hingga awal Januari tahun ini. - Gambar fail
Dialog Anak Muda: Belanjawan 2025: Macam mana ok?
Rasionalisasi subsidi RON95, kadar baharu gaji minima dan pemerkasaan TVET antara tumpuan dalam pembentangan Belanjawan 2025. Analisis isu-isu ekonomi diteruskan dalam Dialog Anak Muda 8.30 malam ini.
AWANI Tonight: Belanjawan 2025: What are the hits and misses
Bait al-Amanah's Benedict Weerasena shares his thoughts on the hits and misses of Budget 2025, which sees an allocation of RM421 bil, a 3.3% increase from the previous year.
AWANI Tonight: Key highlights from Belanjawan 2025
Key highlights from Belanjawan 2025, which includes increased allocations for Sumbangan Tunai Rahmah (STR), tax reliefs for first home buyers, and cash aid for singles, among other reforms.
PDRM pastikan insentif Belanjawan 2025 dimanfaatkan sepenuhnya - KPN
PDRM akan memastikan semua perkara yang diumumkan dalam Belanjawan 2025 untuk pasukan keselamatan itu, akan dimanfaatkan sepenuhnya.
AWANI Tonight 18 Oct 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. Belanjawan 2025: PM unveils record RM421 bil expenditure
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Belanjawan 2025: PM unveils record RM421 bil expenditure
#AWANIEnglish #AWANINews
It's About YOUTH: Rethinking the workplace for the younger generation
Celine Ting (@celinetingkl) from OpenAcademy and Anas Hayyan (@anashayyan) from Asian Strategy & Leadership Institute (ASLI) discuss strategies for retaining and developing today's workforce, with a focus on meeting Gen Z's expectations while boosting productivity. #ItsAboutYOUth
345,000 rakyat Palestin di Gaza berdepan krisis kebuluran pada musim sejuk ini - PBB
Terdapat peningkatan ketara daripada 133,000 individu yang kini diklasifikasikan sebagai mengalami "krisis ketidakjaminan makanan."
Dua lelaki ditahan bantu siasatan penyeludupan warga Myanmar
Dua lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670).
Belanjawan 2025: Peruntukan RM5.8 bilion langkah penting perkukuh ATM - PAT
Peruntukan sebanyak RM5.8 bilion untuk perolehan aset strategik serta kerja penyelenggaraan dan pembaikan dilihat sebagai langkah penting dalam usaha memperkukuh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Kes pukul: Dia rakyat beta, beri keadilan sekarang - Tengku Hassanal
Tengku Mahkota Pahang dalam kemas kini di Instagram Story bertitah, keadilan bukan sahaja perlu perlu dilaksanakan, tetapi ia juga mesti dilihat dilaksanakan.
Aplikasi i-Cemas diperkenal elak kesesakan pesakit di Hospital Melaka
Jabatan Kesihatan Melaka memperkenalkan aplikasi i-Cemas pada hujung Ogos atau awal September bagi mengurangkan kesesakan pesakit di Hospital Melaka.
Jabatan Kesihatan Melaka tingkat kawalan, pantau tiga penyakit berkaitan cuaca panas
Tiga penyakit tersebut adalah kekejangan haba, kelesuan haba dan strok haba.
Lokaliti pelepasan nyamuk Aedes Berwolbachia di Melaka Tengah diperluas
Jabatan Kesihatan Melaka akan memperluas lokaliti pelepasan nyamuk Aedes Berwolbachia di kawasan berlaku peningkatan kes demam denggi.
Jabatan Kesihatan Melaka keluar 1,068 kompaun premis biak Aedes
Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Ngwe Hee Sem berkata sehingga kini 453 kompaun dibayar membabitkan kutipan berjumlah RM67,770.
886 notis kesalahan merokok dikeluarkan di Melaka, nilai lebih RM200,000
Daripada jumlah itu, sebanyak 845 atau 95.4 peratus notis dikeluarkan atas kesalahan merokok di kawasan larangan.
58 premis makanan kotor di Melaka diarah tutup tahun lepas
Sebanyak 58 premis makanan kotor di negeri ini diarah tutup kerana gagal mencapai standard kebersihan ditetapkan sepanjang tahun lepas.
55 peratus pembedahan tertunggak disasar selesai hujung tahun ini
Jabatan Kesihatan Melaka menyasarkan untuk menyelesaikan kira-kira 55 peratus daripada jumlah pembedahan tertunggak yang mencecah ribuan kes ekoran penularan COVID-19, menjelang akhir tahun ini.