KUALA LUMPUR: Seramai 55 individu dikenakan kompaun RM1,000 setiap seorang kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Taman Tun Dr Ismail di sini, pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya melaksanakan serbuan di sebuah premis rumah kedai berkenaan pada jam 10.50 malam.
"Premis tersebut disyaki menganjurkan 'private party’. Kehadiran pengunjung yang ramai dilihat sedang berhibur sambil minum arak hingga menyukarkan penjarakan fizikal," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Amihizam berkata, pihaknya menahan dua pekerja dan 33 warga asing dari 21 negara selepas menjalankan pemeriksaan terhadap tiga pekerja lelaki dan 85 pengunjung termasuk 38 wanita.
"Kami juga merampas satu unit pembesar suara, mikrofon dan sebuah 'mixing console'," katanya.
Amihizam memaklumkan, kes disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Hiburan, Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (APPPB)1988, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 17 Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) (Pindaan) 2021.
Artikel asal di Sinar Harian.
Sinar Harian
Sun Jan 09 2022
Amihizam berkata, pihaknya melaksanakan serbuan di sebuah premis rumah kedai berkenaan pada jam 10.50 malam. - Gambar/ Sinar Harian
Gencatan senjata hanya lemahkan Israel - Gantz
Pengunduran tentera Israel menerusi perjanjian seperti itu hanya memberi ruang kepada Hezbollah untuk kembali mengatur strategi ketenteraannya, dakwa Gantz.
Israel, Hezbollah setuju terima perjanjian gencatan senjata - Joe Biden
Perjanjian gencatan senjata akan berkuat kuasa mulai 4 pagi Rabu (waktu tempatan).
Mohon maaf kepada rakyat Jepun, China bukan isu papan tanda - Menteri Pelancongan
Permohonan maaf yang dibuat kepada rakyat Jepun dan China baru-baru ini ialah berhubung insiden kemalangan, kata Tiong King Sing.
Pasca Pemilu: 207 juta rakyat Indonesia kembali memilih dalam Pilkada serentak hari ini
Proses pasca Pemilihan Umum (Pemilu) dan Pemilihan Presiden (Pilpres) itu akan melibatkan 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota di seluruh Indonesia.
[ANALISIS] Jokowi lawan Megawati
Sepatutnya pertandingan merebut jawatan Gabenor Jateng adalah proses pemilihan biasa tetapi terdapat drama dan intrig politik tersendiri.
Penyokong Imran Khan tiba di Islamabad walaupun berlaku kematian dan pertempuran
Pertempuran penyokong Imran Khan dengan polis dan renjer separa tentera meragut beberapa nyawa memaksa kerajaan meminta bantuan tentera.
Imigresen, MPAJ gempur apartmen Pandan Mewah, 119 pendatang tanpa izin ditahan
Jabatan Imigresen tahan 119 pendatang dalam operasi bersepadu bersama MPAJ, PDRM dan Jabatan Pendaftaran Negara di Apartmen Pandan Mewah.
Piala Remaja Asia Lelaki: Young Tigers bermula garang, belasah China 5-2
Skuad remaja negara memulakan kempen Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) 2024 dengan cemerlang apabila membelasah China 5-2 dalam aksi pembukaan.
31 diselamatkan, 4 mayat ditemukan selepas bot pelancong karam di Laut Merah
Bot berkenaan yang membawa 44 orang, karam berhampiran bandar pesisir pantai Marsa Alam pada awal pagi Isnin.
Negara EU perlu patuhi waran tangkap ICC terhadap Netanyahu - Ketua Dasar Luar EU
Josep Borell berkata bahawa dwi-standard seperti ini akan membawa kepada kritikan teruk terhadap EU.
55 dikompaun sertai 'private party' di Taman Tun Dr Ismail
Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya melaksanakan serbuan di sebuah premis rumah kedai berkenaan pada jam 10.50 malam.