KOTA KINABALU: Kira-kira 53 peratus daripada keluasan tanah Sabah adalah hutan simpan kekal dan kawasan dilindungi, angka yang melangkaui ketetapan Deklarasi Langkawi 1989 untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keluasan tanah negara sebagai hutan semula jadi.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata kawasan itu menyediakan habitat untuk pelbagai spesies, selain menjadi zon penampan yang menghalang penebangan hutan di samping bertindak sebagai koridor hijau yang membolehkan pelbagai spesies berhijrah merentasi landskap, yang amat penting untuk kelangsungan hidup mereka.
Beliau berkata kerajaan negeri juga lebih awal merangka cadangan dan tindakan untuk pelaksanaan, dengan strategi untuk mempromosi, melindungi dan mengurus sumber asli secara mampan, selaras dengan keputusan Sidang Kemuncak Bumi serta konvensyen dan perjanjian lain.
"Agroforestry sebagai sistem guna tanah boleh menyumbang kepada pencapaian sekurang-kurangnya sembilan daripada 17 matlamat pembangunan mampan (SDG)," katanya dalam ucapan beliau pada majlis makan malam sempena perasmian 4th International Conference in Agroforestry 2022 (ICAF 2022) di sini malam tadi.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Konservator Hutan, Jabatan Perhutanan Sabah, Datuk Frederick Kugan.
Hajiji berkata Malaysia terutamanya Sabah memiliki kepelbagaian biodiversiti dan ekosistem yang mempunyai kepentingan global, sekali gus menjadikan aspek pemuliharaan amat penting, dan semasa negara-negara sedang berunding di Sidang Kemuncak Bumi pada 1992 lagi, Sabah sudah pun melakarkan pelan strategi pemuliharaannya.
Sementara itu, beliau berharap peserta ICAF 2022 akan menggunakan sepenuhnya persidangan dengan tema 'Agroforestry for Sustainable and Resilient Communities' ini, bukan sahaja untuk berkongsi hasil penyelidikan mereka, tetapi juga meningkatkan rangkaian penyelidikan di dalam dan luar negara bagi menjadikan agroforestry di rantau ini berjaya dan mampan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 15 2022
![53 peratus keluasan Sabah adalah hutan simpan, dilindungi - Hajiji 53 peratus keluasan Sabah adalah hutan simpan, dilindungi - Hajiji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51668555069_JabatanPerhutananS.jpg)
Hutan simpan kekal di Sabah bertindak sebagai koridor hijau yang membolehkan pelbagai spesies berhijrah merentasi landskap, yang amat penting untuk kelangsungan hidup mereka. - Gambar hiasan/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Miskin tegar di Sabah menurun kepada 5,379 keluarga setakat 30 Jun - Hajiji Miskin tegar di Sabah menurun kepada 5,379 keluarga setakat 30 Jun - Hajiji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720509621_TBDUNSABAHjpg.jpg)
Miskin tegar di Sabah menurun kepada 5,379 keluarga setakat 30 Jun - Hajiji
Kadar kemiskinan tegar di Sabah mencatatkan penurunan kepada hanya 5,379 Ketua Isi Rumah (KIR) direkodkan dalam sistem e-Kasih setakat 30 Jun lepas.
![Kerajaan Sabah warta Hari Sabah pada 31 Ogos Kerajaan Sabah warta Hari Sabah pada 31 Ogos](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720177589_HariSabah.jpg)
Kerajaan Sabah warta Hari Sabah pada 31 Ogos
Kerajaan Sabah mewartakan pengisytiharan Hari Sabah pada 31 Ogos.
![Semua penaja pendidikan Sabah digabungkan dalam portal PTPS - Hajiji Semua penaja pendidikan Sabah digabungkan dalam portal PTPS - Hajiji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71719920529_TBhajiji.jpg)
Semua penaja pendidikan Sabah digabungkan dalam portal PTPS - Hajiji
Sabah melakar sejarah apabila menggabungkan semua penaja utama dalam pendidikan di negeri itu di bawah satu platform dikenali Portal Tajaan Pendidikan Sabah (PTPS).
![TVET keutamaan pembangunan pendidikan di Sabah - Hajiji TVET keutamaan pembangunan pendidikan di Sabah - Hajiji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51706090403_TBHAJIJIPLEDGE.jpg)
TVET keutamaan pembangunan pendidikan di Sabah - Hajiji
Kerajaan Sabah mengutamakan pembangunan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam usaha meningkatkan tahap pendidikan di negeri ini.
![Sabah hantar kontinjen terkuat ke SUKMA Sarawak - Hajiji Sabah hantar kontinjen terkuat ke SUKMA Sarawak - Hajiji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718921312_HajijiNoor.jpg)
Sabah hantar kontinjen terkuat ke SUKMA Sarawak - Hajiji
Hajiji berkata kontinjen Sabah dijangka memberikan saingan sengit kepada negeri-negeri lain termasuk tuan rumah Sarawak.
![Heret pencuri air ke mahkamah - Hajiji Heret pencuri air ke mahkamah - Hajiji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715132718_HajijiNoor.jpg)
Heret pencuri air ke mahkamah - Hajiji
Kilang-kilang yang didapati mencuri air mesti dihadapkan ke mahkamah dan bukannya hanya mengeluarkan kompaun.
![Utamakan golongan miskin tegar dalam pertanian, perikanan dan industri makanan - Hajiji Utamakan golongan miskin tegar dalam pertanian, perikanan dan industri makanan - Hajiji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51706090403_TBHAJIJIPLEDGE.jpg)
Utamakan golongan miskin tegar dalam pertanian, perikanan dan industri makanan - Hajiji
Sabah perlu mengutamakan golongan miskin tegar dalam inisiatif membabitkan pertanian, perikanan dan industri makanan bagi membantu golongan ini keluar daripada kemiskinan tegar.
![Penyasaran subsidi diesel: Sabah, Sarawak dikecualikan kerana keperluan rakyat - PM Penyasaran subsidi diesel: Sabah, Sarawak dikecualikan kerana keperluan rakyat - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51717132492_anwaribrahim.jpg)
Penyasaran subsidi diesel: Sabah, Sarawak dikecualikan kerana keperluan rakyat - PM
Penyasaran subsidi diesel dan pelarasan tarif elektrik pada tahun lalu telah berjaya menjimatkan kira-kira RM8 bilion nilai subsidi yang diberikan kerajaan.
![Gaji penjawat awam Sabah naik selaras dengan Persekutuan - Hajiji Gaji penjawat awam Sabah naik selaras dengan Persekutuan - Hajiji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51706090403_TBHAJIJIPLEDGE.jpg)
Gaji penjawat awam Sabah naik selaras dengan Persekutuan - Hajiji
Kerajaan negeri akan terlebih dahulu meneliti perincian kenaikan gaji penjawat awam yang dijangka diumumkan pada Belanjawan 2025 Oktober ini sebelum melaksanakan sebarang kenaikan.
![Kerajaan negeri hargai peranan media di Sabah - Hajiji Kerajaan negeri hargai peranan media di Sabah - Hajiji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715009764_HajijiNoor.jpg)
Kerajaan negeri hargai peranan media di Sabah - Hajiji
Hajiji berkata media turut memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan rakyat dan negeri.