KUALA LUMPUR: Sebanyak 51 Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) mendesak agar kerajaan China menghormati, melindungi hak kebebasan beragama serta memberi perlindungan sama rata kepada etnik Uyghur yang didakwa berdepan penindasan dan kekejaman di wilayah Xinjiang.
Desakan tersebut disuarakan menerusi Memorandum Bantahan Keras yang diserahkan kepada Kedutaan Besar China di ibu negara hari ini.
Menurut Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz, pihaknya menuntut agar kerajaan China dan negara-negara lain mengutamakan keamanan di peringkat sejagat tanpa mencabuli hak asasi manusia.
"Kami amat berdukacita kerana saya ingat sudah lebih lima kali kita berada di hadapan Kedutaan China untuk menyerahkan memorandum secara aman, malah hari ini kita juga membawa patung panda dan juga bunga raya sebagai menunjukkan persahabatan kita.
"Kita bukan ingin bergaduh atau melakukan ancaman atau sebagainya tetapi kita mahu datang menyerahkan memorandum secara aman.
"Bagaimanapun, lebih lima kali kita hadir, dan respons (yang diterima) amat negatif di mana kerajaan China tidak bersedia untuk menerima sebarang memorandum dan berbincang dengan NGO-NGO khususnya NGO Islam terhadap penindasan yang dilakukan kepada etnik Uyghur," katanya ketika ditemui di hadapan Kedutaan Besar China, di sini hari ini.
Hadir sama menyerahkan memorandum berkenaan ialah Presiden Malaysia4Uyghur, Zuhri Yuhyi dan Penyelaras Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Wilayah Persekutuan, Fadhil Osman.
Mengulas lanjut, Muhammad Faisal berkata wakil-wakil NGO berharap agar kerajaan Malaysia konsisten dalam menyuarakan bantahan terhadap isu kemanusiaan termasuk nasib yang menimpa etnik minoriti Islam itu, selain mengesyorkan agar satu usul dibahaskan di Parlimen.
Ujarnya lagi, negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) turut digesa menentang ketidakadilan yang menimpa etnik Uyghur, sepertimana bantahan terhadap Israel tentang isu Palestin.
"Kita juga harus menentang kekejaman oleh kerajaan China terhadap Uyghur atau kerajaan India terhadap umat Islam di hampir semua wilayah di negara itu dan penindasan kerajaan Myanmar terhadap Rohingya," tambahnya.
Memorandum yang ditandatangani 51 NGO itu antara lain turut mendesak agar kerajaan China segera menamatkan penggunaan kem "pendidikan semula".
Ini kerana ratusan ribu orang Uyghur yang tidak bersalah yang dikumpulkan oleh pihak berkuasa China di kem-kem berkenaan, didakwa mengalami penderaan fizikal, penganiayaan serta penyeksaan.
Isu penindasan etnik itu hangat diperdebatkan susulan laporan media barat yang mendedahkan ‘bukti-bukti’ penggunaan kekerasan dan layanan tidak berperikemanusiaan ke atas etnik itu oleh kerajaan China
Setakat ini, dianggarkan 12 juta etnik Uyghur yang kebanyakannya Muslim tinggal di wilayah Xinjiang.
Hasimi Muhamad
Tue Jul 05 2022
Sekumpulan individu melakukan demontrasi secara aman di hadapan Kedutaan Besar China di Jalan Ampang hari ini - Foto/Astro AWANI/ShahirOmar
AWANI Pagi: Tangani isu doktor, pakar 'lari' daripada perkhidmatan kerajaan
Awani Pagi 8.30 pagi akan diskusi bersama Prof. Datuk Dr. Syed Mohamed Aljunid Syed Junid, Prof Ekonomi, Polisi dan Pengurusan Kesihatan, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, School of Medicine, University, mencari kaedah penyelesaian kepada isu kehilangan doktor pakar dari perkhidmatan kerajaan.
Undang Gus Azmi di Festival Darul Ehsan cetus perdebatan
Pendakwah muda itu terkenal dengan tabiat merokok serta berani merokok di atas pentas.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini
Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pagi ini, disokong oleh sentimen belian yang lebih baik untuk mata wang tempatan.
Nahas ngeri di Ayer Keroh: Sambut hari lahir anak serentak sebelum pergi selamanya
Sebelum ini, mereka tidak pernah menyambut ulang tahun kelahiran ketiga-tiga anak mereka berusia tujuh, empat dan dua tahun.
Leading the Way: Malaysia's data centre rise & global impact
Malaysia has been ranked first among regional peers in Southeast Asia in Knight Frank’s SEA-5 Data Centre Opportunity Index for the second consecutive year with an annual take-up of 429 megawatts (MW). In its Data Centre Research Report 2024, the global property consultancy said growth is driven by strategic investments from tech giants like Microsoft, Amazon Web Services (AWS), Google, and Oracle, totalling 23.3 billion USD.
Spekulasi tinggalkan Old Trafford: Amorim salahkan penasihat Rashford
Rashford dalam satu temu bual seakan mahukan 'cabaran baru' selepas diketepikan daripada perlawanan awal bulan ini.
SIRIM: 50 tahun terajui transformasi teknologi dan inovasi
SIRIM, sejak penubuhannya pada 1975, telah menjadi peneraju dalam pembangunan teknologi dan penetapan piawaian. Temu bual ekslusif bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, SIRIM, Datuk Indera Ir. Dr Ahmad Sabirin Arshad, FASc berkongsi tentang pencapaian dan rancangan masa depan SIRIM dalam mengukuhkan ekosistem teknologi dan inovasi negara.
[Data & Statistik] Dividen Amanah Saham Bumiputera lebih tinggi?
Kadar dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 dijangka lebih tinggi. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Berhad, Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, agihan dividen antara 5.1 dan 5.2 peratus bagi ASB dilihat agak munasabah berdasarkan iklim pelaburan semasa.
Suami tikam isteri marah tidak dapat pinjam duit
Kejadian tikaman berlaku semasa mangsa sedang memasak di dapur.
Tinjauan 2025: Keyakinan PMKS meningkat, landskap global jadi pemboleh ubah
Landskap geopolitik yang tidak menentu, cabaran harga bahan mentah dan pelbagai lagi menjadi cabaran utama kepada PMKS di negara ini. Bagaimana mereka harus mendepaninya? Ulasan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Usahawan Mikro, Abd Azharee Abdul Wahid.
51 NGO desak kerajaan China hentikan penindasan terhadap etnik Uyghur
Setakat ini, dianggarkan 12 juta etnik Uyghur yang kebanyakannya Muslim tinggal di Wilayah Xinjiang.