Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) merampas 50 ekor ikan hiasan jenis Betta Splendens selepas didapati tidak mempunyai permit import di laluan penumpang bas Kompleks Sultan Abu Bakar dekat Gelang Patah, Sabtu lepas.
MAQIS dalam satu kenyataan hari ini berkata hasil pemeriksaan yang dilakukan oleh pegawainya pada pukul 12.18 tengah malam mendapati lelaki tempatan itu membawa masuk dua bekas balang yang berisi ikan hiasan berkenaan.
"Bekas balang berisi ikan hiasan itu bercampur, terdapat 10 ekor dari spesis Wild Betta Imbellis (Ikan Mengkaring) dan 40 ekor dari spesis Trichopsis Vittata (Ikan Sempilai) yang tidak mempunyai dokumen seperti permit import yang dikeluarkan oleh MAQIS.
"Perbuatan mengimport ikan ini tanpa mempunyai permit import yang sah dari (MAQIS) adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3) akta yang sama," katanya.
Jika disabitkan kesalahan, pelaku boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi enam tahun atau kedua- duanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 24 2019
Hasil pemeriksaan pegawai MAQIS mendapati lelaki tempatan membawa masuk dua bekas balang yang berisi ikan hiasan. --fotoBERNAMA
10 maut selepas pesawat terhempas di Brazil
Sepuluh maut apabila sebuah pesawat terhempas di Gramado, Brazil pada Ahad.
Nahas turut menyebabkan 17 penduduk awam cedera dengan 12 yang lain dikejarkan ke hospital termasuk dua daripadanya berada dalam keadaan kritikal.
Nahas turut menyebabkan 17 penduduk awam cedera dengan 12 yang lain dikejarkan ke hospital termasuk dua daripadanya berada dalam keadaan kritikal.
Hanyut enam hari, nelayan hanya fikir mati
Muhammad Ikmal Hakimi dan Nor Hasrul terus tawakal dan berdoa agar selamat selama enam hari berada di lautan terutama laut dalam.
#AWANIByte: HUAWEI Melancarkan Mate X6 dan FreeBuds Pro 4
HUAWEI Malaysia telah melancarkan produk flagship terbarunya, HUAWEI Mate X6 dan HUAWEI FreeBuds Pro 4, yang menampilkan inovasi terkini untuk pengguna.
HUAWEI Mate X6 hadir dengan paparan besar untuk pengalaman visual yang imersif, disertai ciri Live Multi-Task yang membolehkan pengguna menggunakan tiga aplikasi serentak. Kamera Ultra Chroma XMAGE yang dinaik taraf memberikan hasil rakaman gambar dengan warna yang lebih semula jadi.
HUAWEI FreeBuds Pro 4 pula dilengkapi teknologi Pembatalan Hingar Dinamik Pintar (Intelligent Dynamic ANC) yang secara automatik menyesuaikan prestasi pembatalan hingar mengikut keadaan semasa. Dengan Shape Memory Foam Ear Tips, ia mengurangkan hingar sehingga 50% lebih baik berbanding generasi sebelumnya, memberikan keselesaan yang sesuai dengan saluran telinga pengguna.
Pratempah HUAWEI Mate X6 pada RM8,688 dan dapat hadiah bernilai sehingga RM8,098, termasuk rebat tukar beli RM2,000
Untuk maklumat lanjut, layari:
Laman web rasmi Huawei: https://bit.ly/41KLyST
Shopee: https://bit.ly/49TtBUj

LaLiga: Ancelotti optimis Kylian Mbappe sudah kembali temui rentak
Pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti, percaya kritikan diri Kylian Mbappe telah meningkatkan kembali prestasinya di Los Blancos.
2 sahabat makan ikan mentah, minum air laut sepanjang hanyut
Dua sahabat Muhammad Ikmal Hakimi Ismail, dan rakannya Nor Hasrul Abdullah berkongsi pengalaman bagaimana mereka hanya makan ikan mentah dan minum air laut sepanjang hanyut selama enam hari sebelum diselamatkan oleh nelayan di perairan Acheh.
Honda, Nissan sasar muktamadkan rundingan penggabungan pada Jun 2025 - Sumber
Penggabungan ini akan menjadikan mereka kumpulan pengeluar kereta ketiga terbesar di dunia dari segi jumlah pengeluaran.
Dua mangsa bot hanyut selamat tiba di Malaysia
Dua mangsa bot hanyut di perairan Kuala Sungai Pinang, Balik Pulau, Selasa lalu selamat tiba di Jeti Limbungan Batu Maung, PULAU PINANG hari ini. Muhammad Ikmal Hakimi Ismail, 22, dan Nor Hasrul Abdullah, 25, dibawa dari perairan Acheh, Indonesia oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menaiki KM Burau dan tiba pada jam 3 pagi Isnin.
Prabowo demam, tangguh pertemuan dengan Anwar
Pertemuan di antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia Prabowo Subianto yang dijadualkan berlangsung di Langkawi hari ini, terpaksa ditangguhkan kepada tarikh yang belum ditetapkan.
Anwar menerusi perkongsian di laman media sosialnya berkata, Prabowo memohon untuk menangguhkan pertemuan tersebut kerana mengalami demam.
Anwar menerusi perkongsian di laman media sosialnya berkata, Prabowo memohon untuk menangguhkan pertemuan tersebut kerana mengalami demam.
AWANI Pagi: Caj Hospital Mahal, Apa Penyelesaian Jangka Panjang
#AWANIpagi akan bersama Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin, diskusi bagi mencari penyelesaian jangka panjang mengenai caj hospital mahal yang membelenggu ketika ini.
Penghargaan Bin Shen buat BAM, pemain
Jurulatih beregu lelaki negara, Tan Bin Shen menyifatkan tempoh empat tahun bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebagai sesuatu yang amat bermakna buat dirinya.
50 ikan hiasan tanpa permit dirampas MAQIS di Gelang Patah
Hasil pemeriksaan yang dilakukan oleh pegawainya pada pukul 12.18 tengah malam mendapati lelaki tempatan itu membawa masuk dua bekas balang yang berisi ikan hiasan berkenaan.