SEBELUM memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
1. Terkini COVID-19
Kementerian Kesihatan meminta agar semua pihak untuk mengambil inisiatif dengan melakukan penjarakan sosial bagi mengekang penularan wabak Karonavirus (COVID-19) di negara ini.
Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, usaha itu merupakan langkah awal yang boleh dilakukan semua pihak bagi mengelak daripada terdedah jangkitan virus berkenaan.
Sementara itu, Pejabat Perdana Menteri (PMO) mengesahkan 12 lagi kes baharu jangkitan COVID-19, menjadikan kes keseluruhan di Malaysia kepada 129 kes pada Selasa.
Menurut kenyataan media PMO, kes-kes positif berkenaan adalah daripada kalangan pesakit dalam pemantauan (PUI) jangkitan COVID-19, kontak rapat dan Misi Bantuan Kemanusiaan.
Dalam pada itu, kerajaan Selangor menubuhkan satu pasukan khas bagi memantau, mengawas dan memberi pendidikan kepada rakyat berhubung jangkitan COVID-19 di negeri ini.
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pasukan khas itu diketuai bekas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan dibantu empat individu profesional yang pernah bekerjasama dengannya di kementerian berkenaan sebelum ini selain wakil daripada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS).
Sementara itu, AMMB Holdings Berhad semalam memaklumkan bahawa seorang Pengarah Bukan Eksekutif di salah sebuah subsidiarinya telah disahkan positif COVID-19.
Dalam satu kenyataan kumpulan perbankan itu memaklumkan hasil pemeriksaan awal mendapati Pengarah terbabit tidak ada kontak langsung dalam tempoh 10 hari dengan mana-mana kakitangan atau melawati mana-mana premis Kumpulan AmBank.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Kuala Lumpur, Jalan Raja Laut dalam pada itu pula mengambil langkah proaktif menutup pejabat di cawangan itu mulai Selasa hingga 13 Mac bagi proses disinfeksi ruang pejabat dan kawasan persekitaran.
Pejabat itu akan beroperasi semula pada Isnin depan (16 Mac).
2. Siapa MB Perak?
Persoalan siapa bakal Menteri Besar Perak ke-12 bakal terjawab selepas dua nama dicalonkan bagi jawatan itu iaitu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) dan Datuk Shaarani Mohamad (UMNO).
Pas bagaimanapun enggan mendedahkan nama yang dicadangkan kepada Sultan Nazrin untuk dipertimbangkan.
Terdahulu, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memperkenan peletakan jawatan Ahmad Faizal sebagai Menteri Besar Perak ke-12 berkuat kuasa semalam.
Baginda juga telah menerima menghadap pemimpin parti dari Bersatu, UMNO dan Pas Perak bagi mengesahkan bahawa Ahli Dewan Negeri daripada ketiga-tiga parti tersebut telah mencapai kata sepakat untuk menubuhkan kerajaan negeri baharu.
3. Mesyuarat Kabinet pertama
Barisan Kabinet baharu kerajaan persekutuan pimpinan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan mesyuarat pertama hari ini.
Pada Selasa, kesemua 31 menteri kabinet termasuk enam senator mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Melawati.
Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah menyifatkan pembentukan Kabinet di bawah pimpinan Muhyiddin sebagai satu proses rekonsiliasi nasional.
Beliau berkata perdana menteri menyedari bahawa kini sudah tiba masanya untuk negara memandang ke hadapan dengan Kabinet yang dibentuk itu menunjukkan wajah Malaysia.
4. Pasaran saham kekal tinggi
Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari Selasa, seiring dengan prestasi beberapa pasaran serantau susulan pemulihan harga minyak mentah global yang naik 7.36 peratus kepada US$36.89 setong.
Sentimen tempatan turut didorong oleh perkembangan semasa membabitkan pelantikan barisan Kabinet baharu di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang merangsang keyakinan para pelabur.
Sementara itu, pasaran saham dunia, khususnya di Amerika Syarikat, kembali melonjak berikutan kenaikan semula harga minyak dunia selepas kejatuhan terbesar sejak krisis kewangan 2008.
5. Keputusan perlawanan bola sepak
Liga Juara-Juara
RB Leipzig 3 - 0 Tottenham
Valencia 3 - 4 Atalanta
Astro Awani
Tue Mar 10 2020

Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.
Astro semarakkan Syawal dengan hiburan ‘Meriah Lain Macam’
Menyambut keistimewaan Syawal dengan caranya tersendiri, peneraju industri hiburan di Malaysia, Astro membawa kemeriahan tahun ini dengan sajian istimewa, menawarkan lebih daripada 160 kandungan Raya yang telah dirancang khas untuk seisi keluarga. Dari kandungan televisyen, sehingga ke platform digital dan radio, setiap satu dicipta dengan teliti untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri dengan pelbagai warna. Semua kandungan istimewa ini boleh dinikmati tanpa henti secara on-the-go, bermula malam raya di Astro.

5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.

5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.

5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.

5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.

5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.

5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.

5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.

5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.

5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.

5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.