GEORGE TOWN: Polis menahan lima lelaki penarik kereta (callman) selepas dipercayai terlibat dalam pergaduhan melibatkan 20 individu di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, kesemua lelaki berusia lingkungan 26 hingga 50 tahun itu ditahan di sekitar bandar ini selepas pergaduhan berlaku.
Menurutnya, polis turut merampas senjata yang digunakan dalam pergaduhan tersebut iaitu topi keledar dan ‘motorcycle fork lock’.
"Kita masih mengesan suspek lain (penarik kereta) yang terlibat dalam pergaduhan pada petang Rabu selepas satu kejadian kemalangan berlaku di lebuh raya berkenaan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dengan senjata.
"Permohonan reman terhadap semua suspek yang ditangkap akan dibuat pada hari ini (Khamis) di Mahkamah Majistret Georgetown," katanya dalam satu kenyataan media pada Khamis.
Mengulas mengenai kejadian berkenaan, Soffian berkata, pergaduhan berlaku selepas satu kemalangan melibatkan sebuah lori membawa muatan mozek dan dua buah kenderaan lain di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu dari arah Bayan Lepas menghala ke pusat bandar.
Katanya lagi, pergaduhan melibatkan sekumpulan individu itu telah dirakam orang awam dan tular di media sosial sejak petang Rabu.
"Beberapa klip video telah tular di media sosial mengenai insiden berkenaan yang mana ia telah dirakam oleh orang awam kira-kira jam 2 petang.
Pekerja pembersihan MBPP sedang membersihkan mozek yang bertaburan di lebuh raya selepas kemalangan.
"Hasil siasatan, pergaduhan tersebut melibatkan sekumpulan individu (kira-kira 20 orang) terdiri daripada pekerja-pekerja penarik kereta.
"Ia dikatakan berpunca daripada perselisihan faham berkaitan urusan menarik kenderaan-kenderaan yang terlibat dalam kemalangan berkenaan," katanya.
Beliau menambah, anggota polis trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut yang berada di lokasi kejadian telah cuba meleraikan pergaduhan tersebut namun gagal.
"Selepas gagal meleraikan pergaduhan, anggota bertugas telah mendapatkan bantuan daripada anggota polis Cawangan Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) IPD Timur Laut.
"Apabila anggota MPV dan URB sampai di lokasi kejadian, kesemua individu berkenaan telah melarikan diri," katanya.
Kemalangan melibatkan tiga kenderaan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas sepanjang kira-kira 5 kilometer di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu.
Selain polis, anggota warden trafik Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) turut mengawal lalu lintas di lokasi kejadian bagi melancarkan pergerakan kenderaan.
Trafik kembali lancar selepas pembersihan mozek yang bertaburan di kawasan kemalangan dilakukan petugas MBPP.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jan 27 2022

Pergaduhan melibatkan kira-kira 20 individu yang merupakan penarik kereta selepas kemalangan pada petang Rabu. -Foto Sinar Harian

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Lima lelaki direman bantu siasatan kes langgar remaja
Lima lelaki ditahan reman bagi membantu siasatan kes kemalangan maut membabitkan seorang pelajar sekolah menengah di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu.

Penutupan sementara lorong, lencongan trafik di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu
IJM Land Berhad (IJM Land), pemaju The Light, telah mengumumkan bahawa akan ada penutupan sementara lorong dan lencongan trafik di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu.

Seorang maut, tiga cedera kereta terbabas langgar 'backhoe'
Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian selepas tersepit di belakang tempat duduk penumpang depan.

Wanita pandu BMW dakwa panik akibat salah jalan
Khaw berkata wanita itu kini masih dirawat di sebuah hospital swasta di sini dan mengalami sesak nafas serta pening.

Lelaki cedera dirempuh BMW dipandu lawan arus
Seorang lelaki cedera selepas kenderaannya dirempuh sebuah kereta mewah yang dipandu melawan arus dalam kejadian di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, awal pagi Isnin.

Penunggang motosikal maut dihempap pokok tumbang
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan akibat kecederaan parah.

Beberapa jalan utama di P.Pinang akan ditutup pada 3 dan 4 Jun ini
Penutupan jalan-jalan utama akan dilakukan pada 3 Jun bermula 12 malam hingga 4 Jun pada 1 tengah hari.

Lelaki maut kereta dipandu langgar belakang lori
Mangsa yang memandu kereta Proton Waja meninggal dunia di lokasi kejadian setelah tersepit di bahagian pemandu.

JPJ P.Pinang keluar 102 saman dalam Op Rempit
JPJ Pulau Pinang mengeluarkan 102 notis saman ke atas penunggang motosikal dalam operasi pencegahan lumba haram di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, semalam.

Mangsa kelima kemalangan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu meninggal dunia
Mangsa kelima yang terlibat kemalangan motosikal di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu awal pagi kelmarin meninggal dunia, petang tadi.