JOHOR BAHRU: Lima lelaki termasuk tiga warganegara asing ditahan dalam tiga serbuan berasingan di sekitar Johor Bahru, semalam.
Dalam serbuan itu, polis berjaya merampas diesel bersubsidi bernilai RM105,800.
Ketua Polis Johor, Kamarul Zaman Mamat berkata, pada serbuan pertama polis menahan lelaki berumur 42 tahun dan merampas lori bersama muatan diesel dalam serbuan di stesen minyak Jalan Harimau, Taman Abad pada jam 2 pagi.
Katanya, susulan penahanan itu, setengah jam kemudian pihaknya berjaya menahan lelaki berumur 29 tahun di Taman Ungku Tun Aminah dan merampas wang tunai yang dipercayai digunakan untuk melakukan transaksi pembelian minyak diesel bersubsidi sekitar daerah ini.
"Semakan rekod jenayah lampau kedua suspek pernah ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Rentetan daripada dua serbuan itu, hari yang sama pada jam 11.30 pagi, polis menyerbu tempat penyimpanan minyak diesel bersubsidi di Jalan Belati, Taman Perindustrian Maju Jaya, Kempas.
"Hasil serbuan, tiga lelaki warga asing ditahan berumur lingkungan 26 hingga 34 tahun," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Menurut Kamarul Zaman, polis turut merampas minyak diesel sebanyak 46,000 liter, lori, resit jual beli dan wang tunai berjumlah RM17,722.
"Polis memberi amaran kepada mereka yang masih terlibat dalam pelanggaran undang-undang untuk menghentikan kegiatan ini, atau diambil tindakan tegas mengikut undang-undang," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.
Siti Nur Aqilla Omar
Tue Sep 06 2022
Antara peralatan digunakan sindiket yang berjaya dirampas dalam serbuan semalam. -Astro AWANI
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Lelaki maut lori muatan diesel jatuh gaung, terbakar di lebuh raya
Seorang lelaki maut setelah lori yang membawa muatan diesel yang dinaikinya jatuh ke dalam gaung sebelum terbakar.
5 ditahan dalam tiga serbuan di Johor Bahru, diesel bernilai RM105,800 dirampas
Pada serbuan pertama, polis menahan lelaki berumur 42 tahun dan merampas lori bersama muatan diesel dalam serbuan di stesen minyak Jalan Harimau, Taman Abad pada jam 2 pagi.