Sebanyak 39 daripadanya merupakan peserta program yang terdiri daripada lelaki berusia antara 19 hingga 23 tahun.
Sementara baki sembilan individu yang ditahan merupakan wakil syarikat terbabit.
Daripada 39 peserta terlibat, 23 daripadanya dipercayai pelajar.
BACA JUGA: Pelancong dikaitkan dengan kumpulan berbogel atas Gunung Kinabalu ditahan polis
BACA JUGA: Lagi pelancong bogel di Sabah undang kemarahan netizen
BACA JUGA: Pelancong bogel di Gunung Kinabalu dihukum penjara, denda
VIDEO: Pelancong mengaku bersalah bogel di Gunung Kinabalu

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor, berkata polis bertindak menyerbu selepas menerima panggilan daripada orang awam.
"Selepas menerima laporan, kita membuat intipan dan mendapati mereka melakukan aktiviti itu di kawasan padang dalam pusat peranginan terbabit.
"Siasatan mendapati mereka menjalankan permainan "All Out" yang memerlukan peserta membuat garisan panjang menggunakan peralatan yang ada pada badan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.