SHAH ALAM: Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini dimaklumkan sebanyak 48 daripada 118 cerun di bawah penyeliaan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) adalah dalam kategori sangat kritikal dan memerlukan kos kira-kira hampir RM100 juta untuk pembaikan.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru negeri Ng Sze Han berkata bagaimanapun, kos sebenarnya bergantung kepada kajian lanjut oleh pakar seperti Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram).
"Pihak berkuasa tempatan (PBT) juga telah memohon kerjasama daripada Ikram untuk melaksanakan kajian dan pembaikan lanjut cerun dalam kawasan PBT," katanya pada sesi penggulungan persidangan DUN Selangor hari ini.
Ng berkata sebagai langkah awal, MPAJ melaksanakan lantikan panel kontraktor penyelenggaraan cerun berkategori sangat bahaya supaya tindakan awal penjagaan cerun dapat dilaksanakan dan sebarang tanda awal kegagalan cerun dapat diambil tindakan.
Mengenai perancangan solusi jangka pendek bagi mitigasi banjir di peringkat PBT, beliau berkata perancangan berkenaan sedang diperkasakan lagi bagi memastikan keberkesanannya.
"Sebagai contoh, Majlis Bandaraya Shah Alam sedang melaksanakan pelan tindakan banjir untuk sistem saliran perbandaran mampan (Shah Alam Sustainable Urban Drainage Master Plan) yang selari dengan pelan tindakan perubahan iklim," katanya.
Beliau berkata Majlis Bandaraya Subang Jaya pula dalam proses pemasangan sistem amaran awal banjir di 11 kawasan dengan anggaran kos RM330,000 dan sedang melaksana Rancangan Komunikasi Banjir.
"Sehubungan itu, PBT digalakkan untuk menggunakan teknologi yang dirangka sesuai dalam mitigasi banjir pada masa hadapan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 18 2022
Ng (kanan) berkata. sebagai langkah awal, MPAJ melaksanakan lantikan panel kontraktor penyelenggaraan cerun berkategori sangat bahaya supaya tindakan awal penjagaan cerun dilaksanakan dan sebarang tanda awal kegagalan cerun dapat diambil tindakan.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
48 cerun di Ampang Jaya dalam kategori kritikal
DUN Selangor hari ini dimaklumkan sebanyak 48 daripada 118 cerun di bawah penyeliaan MMPAJ adalah dalam kategori sangat kritikal dan memerlukan kos kira-kira hampir RM100 juta untuk pembaikan.