KUALA TERENGGANU: Sebanyak 46 jalan di empat daerah di Terengganu masih ditutup kepada sebarang kenderaan susulan kejadian banjir yang melanda sejak 17 Disember lepas.
Menurut Bilik Gerakan Banjir Jabatan Kerja Raya Negeri, ia terdiri daripada daerah Hulu Terengganu, Setiu, Kemaman dan Besut, yang merupakan daerah paling terjejas akibat bencana.
Di Besut jalan yang ditutup kepada semua kenderaan ialah Jalan (Jln) Jertih-Kuala Besut di Kampung (Kg) Cawat-Kg Nail; Jln Jertih-Kuala Besut di Kg Nangka; Jln Bulatan Che Selamah-Kg Raja di Sekolah Kebangsaan (SK) Tembila, Jln Bulatan Che Selamah-Kg Raja di Kg Tembila; Jln Jertih-Keruak; Jln Pelagat-Lata Tembakah dan Jln bawah jambatan Jertih.
Jalan lain termasuk Jln Tok Sabah/Gertak Seratus; Jln Tok Dak/Batu Putih/Batu Tumbuh; Jln Jawek/Tok Raja/Alur Lintah; Jln Jawek/Tok Raja/Bukit Tumbuh; Jln Renek/Tembila; Jln Bukit Kenak/Gong Terap; SMK Sungai (Sg) Nering/Nyor Tujuh; Jln Kuala Kubang/Lata Belatang; Jln masuk Air Panas La dan Jln Air Panas La-Felda Tenang.
Sementara Jln Jertih-Keruak di Kg Cerang Meling; Jln Alur Lintah/Kg Pinang/Kg Mak Ka; Jln Gong Kepas/Batu Tumbuh/Tembila di daerah itu ditutup kepada kenderaan ringan.
Di Hulu Terengganu pula jalan yang ditutup kepada semua kenderaan ialah Jln Batu 24-Pengkalan Ajal; Jln Matang/ Nibong/Kuala Telemong; Jln Kg Pueh-Tapah-Payang Kayu-Baung-Kuala Ping; Kg Pelam/Bukit Lawang; Jln Bukit Jak/Kuala Perah/Kuala Ketir; Jln Ajil-Kuala Berang di tempat pelupusan sampah; Jln Ajil-Kuala Berang di Kg Paya Besar; Jln Simpang Gaung-Sungai Tong; Jln Bukit Diman- Tersat dan Jln Kuala Berang-Sekayu-Belukar Bukit-Felda Mengkawang.
Sementara itu di Setiu, Jln Permaisuri-Seladang; Jln Pengkalan Merbau/Pelong dan Jln Kg Bukit-Alur Lik ditutup kepada semua kenderaan berat, manakala Jln Chalok/Bukit Putera/Telaga Papan dan Jln Pengkalan Merbau ditutup kepada kenderaan ringan.
Di Kemaman jalan yang ditutup kepada semua kenderaan termasuk Jln Cukai-Air Putih di susur keluar tol Chukai ke Pasir Gajah ; Teladas-Air Putih dan Pelatoh-Lubuk Lesong.
Selain itu Jln Seri Bandi di Jln Mawar; Jln Seri Bandi di bawah flyover Lebuhraya Pantai Timur (LPT); Jln Air Putih; Kertih 5-Batu Putih-Kertih di Kg Pengkalan Ranggon; Kertih 5-Batu Putig-Kertih di Hotel Damansara; Jln Payoh-Kemasek; Paman-Ibok; Lubuk Lesung dan Jln Jerangau-Jabor hanya ditutup kepada kenderaan ringan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 21 2022
Menurut Bilik Gerakan Banjir Jabatan Kerja Raya Negeri, ia terdiri daripada daerah Hulu Terengganu, Setiu, Kemaman dan Besut, yang merupakan daerah paling terjejas akibat bencana. - Foto DS Hasmeera Hassan
Tiga renjer cedera dalam insiden tembakan, letupan bom di Narathiwat
Pihak polis menerima laporan mengenai kejadian tembakan melibatkan kira-kira 10 suspek kumpulan bersenjata dengan anggota renjer.
Jepun tingkat keselamatan siber selepas kecurian AS$306 juta dari DMM Bitcoin
Jepun akan meningkatkan langkah keselamatan siber selepas penggodam mencuri 48 bilion yen (AS$306 juta) daripada bursa mata wang kripto Jepun DMM Bitcoin, kata Ketua Setiausaha Kabinet Yoshimasa Hayas
Ringgit ditutup tinggi mendapat rangsangan daripada kenaikan harga minyak
Ringgit mengekalkan trajektori menaiknya untuk ditutup tinggi hari ini berbanding dolar AS dan beberapa mata wang utama lain, mendapat rangsangan terutamanya daripada kenaikan harga minyak.
Agenda AWANI: Pengasingan Kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya
Memahami rasional utama di sebalik cadangan pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya di Malaysia? Bagaimana ia akan meningkatkan kebebasan dan integriti sistem perundangan? Diskusi 9 malam
Nahas ngeri Ayer Keroh: Jenazah lima sekeluarga selamat dikebumikan
Dua lagi anak yang berusia 7 dan 4 tahun, kini dirawat di zon merah dan zon kuning Hospital Melaka.
Kerajaan MADANI terus sokong usaha pastikan keselamatan kanak-kanak - Fahmi
Kerajaan MADANI akan terus menyokong sepenuhnya usaha bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak terpelihara.
Suspek bakar wanita hidup-hidup berdepan tuduhan membunuh
Zapeta- Calil telah didakwa atas tuduhan membunuh darjah pertama dan kedua serta pembakaran darjah pertama, menurut Jabatan Polis New York City.
Pelepasan abu di gunung berapi Kanlaon meningkat
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer (km) dikesan di Gunung Berapi Kanlaon dengan letusan abu bermula pada 11:45 pagi diikuti gempa gunung berapi berfrekuensi rendah.
[Data & Statistik] Dividen ASB
Tertinggi dalam lima tahun.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata, PNB mahu menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk menyimpan dan kemudian melabur, untuk menggandakan wang mereka.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata, PNB mahu menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk menyimpan dan kemudian melabur, untuk menggandakan wang mereka.
Polis Singapura bimbang peningkatan kes pemandu mabuk
Polis Singapura bimbang berikutan peningkatan kes memandu dalam keadaan mabuk, dengan 180 kes direkodkan pada tahun 2023 iaitu angka tahunan tertinggi sejak 2014.
Hari Sukan Negara peringkat PDRM: Beberapa laluan ditutup Sabtu
Beberapa laluan sekitar ibu negara akan ditutup dan dilencongkan sementara sempena program Hari Sukan Negara peringkat Polis Diraja Malaysia (PDRM), esok.
KLSCM 2024: Lebih 30 jalan sekitar ibu negara ditutup sementara
Lebih 30 jalan di ibu negara akan ditutup atau dilencongkan sempena acara Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon 2024.
LTdL: Beberapa jalan di Negeri Sembilan, Pulau Pinang ditutup
Beberapa laluan di daerah Nilai, Seremban dan Rembau ditutup secara berperingkat susulan perlumbaan basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024.
71 kontinjen sertai perarakan Maulidur Rasul peringkat Negeri Sembilan
Perarakan melibatkan beberapa jalan antaranya Jalan Kuil, Jalan Dato Hamzah, Jalan Yam Tuan, Jalan Dato Sheikh Ahmad, Jalan Taman Bunga dan Bulatan Istana.
Jalan sekitar Ipoh ditutup bermula esok sempena sambutan Hari Kebangsaan
Perarakan perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan akan diadakan di hadapan Dewan Bandaran Ipoh yang terletak di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab.
Raptai Hari Kebangsaan: 21 jalan sekitar Putrajaya ditutup mulai 26 Ogos
Antara jalan terlibat ialah Lebuh Wawasan/Jalan Tun Abdul Razak, Lebuh Bestari/Jalan Tun Abdul Razak, Jalan P2K/Persiaran Perdana, Jalan Pembangunan/Persiaran Perdana dan Jalan PC/Persiaran Perdana.
Tiga laluan di Putrajaya ditutup sementara sempena sambutan Hari Pahlawan
Mohd Zamzuri berkata sebanyak 82 anggota trafik ditugaskan bagi mengawal lalu lintas sepanjang sambutan Hari Pahlawan berlangsung.
PRK Sungai Bakap: Jalan sekitar Dewan Serbaguna Jawi ditutup bermula hari ini hingga Ahad
Beberapa jalan di sekitar kawasan Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi akan ditutup bermula jam 5 petang Jumaat hingga 3 petang Ahad ini.
2,953 mangsa banjir di empat negeri pagi ini - NADMA
Beberapa sungai didapati masih berada pada paras bahaya di Johor, Kedah, Kelantan, Pahang, Perlis, Sabah, Selangor dan Terengganu.
Banjir: Dua jalan di Mersing ditutup untuk semua kenderaan
Jalan Kampung Orang Asli Peta dan Jalan Tenggaroh Timur-Tanjung Leman ditutup untuk semua kenderaan susulan dinaiki air banjir.