LAHAD DATU: Sebanyak 438 barang kes Op Daulat pada 2013 milik kumpulan pengganas Sulu diserah kepada Muzium Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah hari ini untuk disimpan sebagai bahan peninggalan sejarah.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abdul Jalil Hassan berkata barang kes itu termasuk 56 pelbagai jenis senjata api dan peluru, 48 bilah pisau dan parang, 95 item dokumen merangkumi pengenalan diri, risalah dan surat serta 110 item lain.
"Sebelum ini Jabatan Siasatan Jenayah menerusi Jabatan Peguam Negara mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Persekutuan agar semua rampasan eksibit dan barang kes Op Daulat diserahkan kepada PDRM untuk simpanan bahan sejarah.
"Keputusan panel hakim Mahkamah Persekutuan bersidang pada 15 Jan 2018 membenarkan permohonan itu yang melibatkan 812 eksibit dan barang kes Op Daulat, iaitu 329 barang kes seperti pakaian, alat perhubungan dan spesimen dilupuskan secara kekal manakala 438 barang kes disimpan di Muzium PDRM Sabah," katanya kepada pemberita selepas pelupusan dan penyerahan barang kes itu di sini hari ini.
Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Seri Zaini Jass hadir menyaksikan penyerahan barang kes Op Daulat oleh Abdul Jalil kepada Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun selaku wakil Muzium PDRM Sabah.
Selain itu, Abdul Jalil berkata wang Peso bernilai 341,000 (RM27,000) turut diserahkan kepada Jabatan Perbendaharaan Negara seperti arahan Mahkamah Majistret Lahad Datu pada 13 April 2013.
Sementara itu, Jauteh berkata kerajaan Sabah memberi dua peruntukan iaitu kepada Muzium PDRM Sabah dan membina tugu peringatan Op Daulat.
"Kerajaan negeri memperuntukan RM1 juta untuk muzium yang terletak di kawasan Ibu Pejabat Kontinjen Polis Sabah, Kota Kinabalu, bangunan ini dibina sejak zaman penjajahan British pada 1953, di samping kerajaan negeri juga memperuntukan RM150,000 untuk pembinaan tugu berkenaan di Tanduo," katanya.
Jauteh berkata kedua-dua projek itu sedang dilaksanakan dan diharapkan dapat disiapkan pada Mac ini, sempena 10 tahun peringatan peristiwa itu.
Pada 12 Feb 2013, lebih 200 pengganas Sulu yang memperkenalkan diri sebagai Royal Sulu Force (RSF) menceroboh secara berperingkat dari Pulau Simunul, Pulau Sibutu dan Pulau Sipangkut di Selatan Filipina ke Kampung Tanduo di sini.
Kemuncak pencerobohan berlaku dengan kejadian tembakan pada 1 Mac 2013 antara pasukan keselamatan dengan RSF di Tanduo.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 16 2023

Barang kes itu termasuk 56 pelbagai jenis senjata api dan peluru, 48 bilah pisau dan parang, 95 item dokumen merangkumi pengenalan diri, risalah dan surat serta 110 item lain.- BERNAMA
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Agong, Permaisuri berkenan sembah kenal balu, waris anggota polis terkorban Op Daulat
Pertemuan itu berlangsung di Dataran Pahlawan Negara dalam suasana sayu, usai persembahan pantomim bertajuk Op Daulat Kampung Simunul bersempena Sambutan Hari Pahlawan 2023.

438 barang kes Op Daulat diserah kepada Muzium PDRM Sabah
Sebanyak 438 barang kes Op Daulat pada 2013 milik kumpulan pengganas Sulu diserah kepada Muzium Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah hari ini untuk disimpan sebagai bahan peninggalan sejarah.

Sembilan tahun berlalu, Dewan Rakyat beri penghormatan kepada wira insiden Lahad Datu
Dewan Rakyat pada Isnin memberikan penghormatan kepada semua wira-wira negara itu yang disuarakan Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz.

APM gunakan pengalaman Ops Daulat bagi skala pengurusan COVID-19
Angkatan Pertahanan Awam (APM) menggunakan pengalaman menangani Ops Daulat di Lahad Datu bagi skala pengurusan pandemik COVID-19 ketika ini.

Dua balu kenang peristiwa berdarah Simunul
Laporan khas bersempena ulang tahun pertama peristiwa pencerobohan di Lahat Datu.

Keganasan: perbicaraan 30 individu bermula 6 Jan
Mereka didakwa melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, menjadi anggota kumpulan pengganas dan melindungi sekumpulan pengganas.

Pencerobohan Lahad Datu: Masih ada perkara sulit tidak didedahkan
Terdapat perkara sulit berhubung pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah yang belum didedahkan kepada umum kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Ops Daulat kini dinamakan Ops Sanggah
Ops Daulat yang dilancarkan 5 Mac lalu, untuk memerangi kumpulan pengganas Sulu, ditukar nama kepada Operasi Sanggah.

344 anggota, pegawai 21 RAMD pulang dari Ops Daulat
Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang bertugas dalam Ops Daulat di Lahad Datu, Sabah, selama tiga bulan selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa.

Petronas sumbang RM80,000 kepada keluarga wira negara
Petronas menyampaikan sumbangan berjumlah RM80,000 untuk keluarga kepada empat wira yang terkorban semasa Operasi Daulat di pantai timur.