KUALA LUMPUR:Sebanyak 43 kawasan di Wilayah Petaling mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan kejadian paip pecah akibat tanah runtuh di Damansara Utama hari ini.

Menerusi satu kenyataan malam ini, Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berkata, kerja baik pulih sambungan paip berkenaan sudah dimulakan namun belum dapat menjangka bila ia akan selesai.

"Air Selangor akan memaklumkan perkembangan dari masa ke masa berhubung insiden ini.

"Untuk maklumat lanjut dan status terkini gangguan air tidak berjadual ini, sila layari laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com.

"Pengguna juga boleh merujuk semua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300," katanya.

Senarai kawasan yang terjejas akibat gangguan air tidak berjadual.