Sebanyak 43 inisiatif berkaitan pendidikan telah dilaksanakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sepanjang 100 hari mentadbir negara, kata Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.
Beliau berkata sebahagian daripada inisiatif tersebut merupakan antara perkara yang dijanjikan di dalam manifesto PH seperti mengeluarkan nama peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) daripada senarai hitam Jabatan Imigresen.
Dalam satu kenyataan di sini pada Ahad Maszlee berkata janji manifesto yang ditunaikan pada 8 Jun, iaitu dalam tempoh 30 hari pentadbiran kerajaan baharu itu menyaksikan seramai 429,945 peminjam dibantu.
Selain itu, kementerian juga telah memulakan langkah untuk memastikan golongan berpendapatan rendah boleh menangguhkan bayaran balik melalui sistem bayaran balik pinjaman fleksibel atau Income-Contigent Loan Repayment (ICLR), katanya.
Beliau berkata kementerian itu juga mengambil pendekatan lebih holistik dalam membina martabat sistem pendidikan termasuk memberi kuasa autonomi kepada institusi pengajian tinggi dan memberi kebebasan bersuara lebih luas kepada mahasiswa dengan menghidupkan semula sudut pidato.
Maszlee berkata selaras dengan manifesto PH, kementerian itu juga telah memulakan langkah melakukan kajian inklusif untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) melalui sebuah jawatankuasa khas yang dibentuk, manakala Universiti Awam (UA) turut digalak menganjurkan lebih banyak perbahasan atau dialog dengan pihak-pihak berkepentingan bagi tujuan tersebut.
Usaha memperkasa pendidikan tinggi juga menyaksikan cadangan dan syor daripada pihak berkepentingan kini diterima dalam soal pelantikan ahli ahli lembaga pengurusan universiti dan calon-calon Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor, katanya.
Maszlee berkata fokus awal beliau di peringkat 100 hari menerajui kementerian pendidikan juga melibatkan usaha mengurangkan beban guru daripada tugas perkeranian; memperkasa sekolah kebangsaan dan pendidikan khas; memastikan murid tidak lagi menggalas beg yang berat; meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dengan memperkasakan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan menggalakkan pelajar menguasai lebih daripada tiga bahasa.
Beliau berkata bagi memastikan tugas guru berfokus tugasan hakiki, kementerian telah menghapuskan proses audit bagi Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) pada 7 Jun lepas, langkah permulaan ke arah mengurangkan beban kira-kira 500,000 guru seluruh negara.
Maszlee berkata usaha lain yang dilakukan dalam tempoh 100 hari pertama mengetuai kemeterian juga meliputi beberapa inisiatif lain yang tidak termasuk di dalam manifesto PH, antaranya membentuk Jawatankuasa Kajian Semula Sistem Pendidikan Negara untuk menyemak dasar dan operasi sistem pendidikan agar sesuai dengan zaman revolusi industri 4.0; melancarkan proses ke arah Kempen Dekad Membaca Kebangsaan serta menubuhkan Jawatankuasa Pemerkasaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia (TVET).
Katanya usaha lain yang dibuat ialah melakukan siasatan dan semakan dalaman ke atas kontrak-kontrak yang bernilai besar seperti solar-hibrid genset di Sarawak dan pembekalan internet 1Bestarinet yang selama ini bermasalah selain mengambil tindakan penyelesaian bagi membolehkan Sekolah Seni Malaysia dibuka pada sesi 2019 sebagaimana disasarkan.
Dalam aspek kebajikan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) Maszlee berkata kementerian melakukan kolaborasi bersama badan bukan kerajaan bagi menambah baik pendidikan khas dalam sistem pendidikan kebangsaan selain memberi perhatian dalam meningkatkan pencapaian akademik murid Orang Asli di seluruh negara untuk kepentingan kaum itu.
Maszlee berkata institusi pendidikan agama dan tahfiz turut diperkasa dengan menambah baik program tahfiz, memulakan perbincangan dengan beberapa negara Timur Tengah untuk membolehkan pelajar sekolah agama meneruskan pengajian Islam dan Bahasa Arab di rantau berkenaan, menyediakan peruntukan RM30 juta kepada Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dan menawarkan pakej latihan kepada guru-guru institusi tahfiz swasta bagi memastikan tenaga pengajar di tahfiz adalah yang terlatih.
Beliau berkata Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) juga akan diberi perhatian lebih khusus dengan langkah meletakkan pengawasan terus sekolah itu di bawah menteri dan timbalan menteri.
Kementerian juga kini bersikap lebih terbuka menerima pandangan akar umbi di sekolah melalui inisiatif lawatan siri kasih sayang dalam meningkatkan dan menjayakan agenda pendidikan negara, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 19 2018
Sebanyak 43 inisiatif berkaitan pendidikan telah dilaksanakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sepanjang 100 hari mentadbir negara.
Ekonomi digital Malaysia naik 16 peratus ke RM141 bilion
Dalam satu laporan, Google berkata tiga faktor penyumbang utama adalah e-dagang, pelancongan dalam talian dan perkhidmatan kewangan digital.
Hujan lebat berterusan tahap bahaya di Terengganu, Pahang hingga Jumaat ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di beberapa kawasan di Terengganu dan Pahang hingga Jumaat ini.
[TERKINI] Ucapan PM Anwar di Universiti Kebangsaan Seoul
Ikuti langsung ucapan khas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertajuk "Strategic Partners in a Complex World: Malaysia, Korea, and the Future of Asia" di Universiti Kebangsaan Seoul.
#AWANInews
#AWANInews
Lebih 120,000 ekspatriat berada di Malaysia, sumbang 4.8 peratus daripada KDNK
Sebanyak 120,183 pegawai ekspatriat berada di Malaysia setakat 31 Okt lepas.
Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo
Bekas pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.
Pemandu mabuk sebabkan kematian suami isteri didakwa
Seorang mekanik didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru atas dua pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian pasangan suami isteri pada 16 November lalu.
Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku
Seorang pastor didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Selasa atas pertuduhan membunuhseterusnya menyimpan mayat ibunya dalam peti sejuk beku tiga tahun lalu.
Peningkatan astronomikal harga rumah di bandar tidak tercapai akal
Jelas Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah, satu unit kondominium 1,000 kaki bernilai RM500,000 justeru GLC berkaitan dicadangkan bina rumah mampu milik kerana tanggungjawab terhadap rakyat dan bukan meraih keuntungan semata-mata.
85 peratus penjawat awam telah tandatangan opsyen SSPA - KSN
Sebanyak 85 peratus daripada 1.4 juta penjawat awam telah menandatangani opsyen Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) setakat ini.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Jumlah tunggakan bil elektrik di seluruh negara melonjak kepada RM 1.08 billion setakat September 2024, melibatkan 627,491 akaun yang bekalannya telah dipotong, menurut statistik Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata angka ini meningkat berbanding tahun 2023, yang mencatatkan 464,076 akaun dipotong dengan tunggakan sebanyak RM945 juta.
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata angka ini meningkat berbanding tahun 2023, yang mencatatkan 464,076 akaun dipotong dengan tunggakan sebanyak RM945 juta.
AUKU akan terus diperbaiki demi mahasiswa - Zambry
Komitmen itu adalah untuk memastikan mahasiswa dapat bergerak dengan lebih baik dalam aktiviti yang disertai di setiap universiti di Malaysia.
Pindaan AUKU: Pergerakan golongan mahasiswa tidak lagi terhad - PKPIM
Antaranya, agenda untuk memperkasa mahasiswa akan terhad kerana kelulusan kewangan oleh MPP mungkin tidak banyak, kata Muhammad Dzul Aiman.
Pindaan RUU AUKU dibentang di Dewan Negara bulan depan - KPT
Ia akan melakar sejarah apabila AUKU sekali lagi dipinda untuk mengangkat martabat mahasiswa dan pelajar universiti awam.
Hari Belia: Tambah baik agenda pemerkasaan belia
AUKU yang sehingga kini sering diberi tanggapan negatif tentang peranannya antara yang perlu diperkasakan.
AUKU: KPT perhalusi fasal mengenai kebebasan dan autonomi pelajar - Khaled Nordin
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sedang mengkaji secara mendalam berkenaan pindaan Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) 1971.
AUKU tidak dimansuh, akta baharu ibarat 'salin kulit' sahaja - Mohammad Yusof
Kementerian Pendidikan Tinggi menegaskan tidak akan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971, kata Datuk Mohammad Yusof Apdal.
Tidak perlu mansuh AUKU, memadai dipinda - Mahasiswa
Walaupun segelintir pihak mahu AUKU 1971 dimansuhkan, rata-rata kepimpinan penuntut IPT berpendapat memadai sekiranya akta itu dipinda.
KPT pertimbang penubuhan cawangan parti politik di kampus - Khaled Nordin
Mohamed Khaled berkata, cadangan itu selari dengan agenda pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU).
Ambil kira pelbagai perkara sebelum buat perubahan, pemansuhan atau penambahbaikan dasar kerajaan
Proses sewajarnya perlu dilakukan dan sebarang cadangan berkaitan hal terbabit akan dibawa melalui proses biasa.
Akta ganti AUKU digubal, beri autonomi dan kebebasan akademik
Langkah itu termasuk mengadakan satu struktur tadbir urus baharu serta struktur pembiayaan yang lebih efisien dan mapan dalam usaha untuk meraikan kebebasan akademik dan autonomi di universiti.