SEBANYAK 43.3 peratus atau lebih 10.14 juta individu daripada populasi dewasa dalam negara sudah melengkapkan vaksinasi mereka setakat semalam.

Sementara 71.4 peratus atau lebih 16.70 juta individu daripada populasi dewasa dalam negara pula sudah menerima suntikan pertama.

Berdasarkan data yang dikongsikan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), sejumlah 462,860 dos suntikan harian diberikan pada 13 Ogos 2021.


Selangor terus mencatatkan pemberian dos kedua tertinggi dengan 92,782.

Ia diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (49,776), Sabah (31,147), Johor (25,912), Pulau Pinang (21,903) dan Perak (17,337).

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin seluruh negara adalah lebih 26.85 juta.



Bagi jumlah populasi secara keseluruhan, 51.2 peratus (16.70 juta individu) sudah menerima satu dos suntikan dan 31.1 peratus (10.14 juta) sudah melengkapkan vaksinasi mereka.