Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam hari ini berkata seramai 40 kes baharu melibatkan rakyat Malaysia telah dilaporkan.
Menurut beliau, semua mangsa sedang menjalani ujian darah yang dilakukan di makmal hospital kerajaan dan swasta bagi mengetahui sama ada mereka dijangkiti virus Zika.
Kementerian masih menunggu keputusan sepenuhnya kesemua mangsa terbabit yang akan disahkan oleh pihak Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dalam masa terdekat.
"Kita memberi hak sepenuhnya kepada IMR untuk mengendalikan pengesahan ujian darah dari makmal terbabit kerana institut itu mempunyai standard tertentu untuk diikuti," katanya di Majlis Perlancaran Galeri 70 tahun MIC, di sini hari ini.
Pada 9 September lalu, jumlah kes Zika yang disahkan di seluruh negara adalah sebanyak empat kes.
Kes pertama dilaporkan pada 1 September lalu di Klang, Selangor diikuti kes kedua di Likas, Sabah pada 3 September dan kes ketiga di Johor Bahru, Johor pada 7 September.
Pada 10 September, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesahkan kes keempat jangkitan virus Zika dilaporkan di Johor Bahru yang membabitkan seorang wanita hamil.
Anthea Yap
Mon Sep 12 2016

DR SUBRAMANIAM: 'Kita memberi hak sepenuhnya kepada IMR untuk mengendalikan pengesahan ujian darah dari makmal terbabit kerana institut itu mempunyai standard tertentu untuk diikuti.' - Gambar Astro AWANI
Malaysia mahu tetapkan standard baharu tadbir urus global
Malaysia beraspirasi untuk menetapkan standard baharu dalam tadbir urus global, berasaskan nilai-nilai berkekalan seperti keterangkuman, kepelbagaian dan perancangan berorientasikan masa hadapan.
AI perlu diperkenalkan di sekolah rendah, tanpa tambah sukatan sedia ada
Penggunaan kecerdasan buatan (AI) di peringkat sekolah rendah wajar diperkenalkan secara berperingkat dengan pendekatan lebih organik, tanpa menambah beban sukatan pelajaran sedia ada.

Anwar puji Wisma Putra berjaya perkukuh imej Malaysia di peringkat global
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memuji Kementerian Luar atau Wisma Putra atas kejayaannya dalam memperkukuh imej dan pengaruh Malaysia di peringkat global.

'Dak Nor' tidak akan sia-siakan kepercayaan, harapan keluarga untuk terus sihat
Dak Nor bertekad untuk tidak mensia-siakan kepercayaan dan harapan keluarga, rakan-rakan serta penduduk Duyong yang ingin melihatnya terus sihat.
Lori sedang ditunda terbalik di Pendang, lorong PLUS arah selatan terhalang
Trak tunda yang sedang menunda sebuah lori sarat muatan tomato terlibat dalam kemalangan di Kilometer 71.4 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan dekat Pendang pada ahad, menyebabkan lorong di laluan berkenaan terhalang.
KPT pantau rapi keadaan pelajar kemalangan di Jordan
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang memantau rapi keadaan empat pelajar yang terlibat dalam kemalangan di Jordan.
Pelbagai langkah diambil KPM pastikan keselamatan pelajar
Kementerian Pendidikan (KPM) menegaskan pelbagai langkah telah diambil bagi menjamin keselamatan murid di sempadan Malaysia-Thailand susulan insiden letupan bom di Sungai Golok, di selatan Thailand pada Sabtu malam.
Pokok tumbang, khemah Bazar Ramadan ranap di Subang Jaya
Menerusi laman Facebook, akaun SJ Echo memaklumkan banyak pokok tumbang di SS14 menghalang jalan dan menimbulkan masalah lalu lintas.
Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat, Sarawak kekal
Keadaan banjir di Sabah dilaporkan semakin buruk manakala jumlah mangsa di Sarawak yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) kekal malam tadi.

Saree Up to Strike: Kejohanan boling pertama bertemakan sari sempena Hari Wanita Antarabangsa
Bersempena dengan Hari Wanita Antarabangsa, butik PAAVAI Looms Empire menganjurkan kejohanan boling dengan menggabungkan elemen budaya dan pemerkasaan wanita.

Sirim bantu bangunkan vaksin COVID-19
SIRIM Bhd akan bekerjasama dengan institusi tempatan dalam kajian di peringkat permulaan pembangunan vaksin COVID-19 di Malaysia, kata Datuk Dr Ahmad Sabirin Arshad.

10 varian Delta dikesan dalam tempoh seminggu - Dr Noor Hisham
Hasil kajian berterusan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) mendapati sebanyak 10 kes varian Delta (B.1.617.2) COVID-19 dikesan dari 22 Julai hingga hari ini.

Aplikasi dan teknologi tidak digunakan sepenuhnya untuk CAC - Penyelidik
Kerajaan perlu menggunakan sepenuhnya aplikasi serta teknologi untuk dalam isu kesesakan Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) akhir-akhir ini.

Vaksin COVID-19 dibangunkan Malaysia dijangka siap 2024 - Laporan
Vaksin COVID-19 dibangunkan di Malaysia melalui kerjasama Institut Kajian Perubatan (IMR) dengan UPM.

Malaysia dalam proses bangunkan vaksin COVID-19 - Menteri Kesihatan
Vaksin messenger ribonucleic acid (mRNA) dibangunkan mulai November tahun lalu dan kini berada di peringkat pengklonan varian asal virus serta varian lain SARS-CoV-2.

COVID-19: KKM kenal pasti kewujudan varian Afrika Selatan di negara ini
Varian South African B.1.351 itu pertama kali dilaporkan di dunia pada Disember 2020 di dua negara iaitu United Kingdom dan Afrika Selatan.

KKM akan buat persampelan ujian COVID-19 guna air liur - Dr Adham
Persampelan bagi ujian COVID-19 dengan menggunakan air liur telah dijalankan di beberapa negara dan ia terbukti lebih murah dan menjadi antara kaedah mengumpul sampel paling konsisten.

Sabah sasar tingkat kapasiti makmal proses 4,000 sampel COVID-19 sehari tahun depan
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata sehingga Khamis, 4,496 sampel COVID-19 di Sabah belum diproses.

Bekas pesakit COVID-19 dijemput sertai penyelidikan perubatan - KP Kesihatan
Kajian dijalankan sekumpulan penyelidik dari Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) di Institut Kesihatan Negara, Kementerian Kesihatan (KKM).

Penyakit Imunodefisiensi Primer kini bukan dalam kategori jarang berlaku di Malaysia
Pesakit tidak didiagnos sebaik mungkin, menyebabkan ia lambat dikesan malah dalam banyak situasi, pesakit sudah alami kerosakan organ.