Empat sekeluarga dijumpai mati di kediaman mereka di Rini Residence, Mutiara Rini, di sini, pada Jumaat.
Mereka yang mati ialah suami R.Pubalan, 52 tahun; isterinya P.Jeya, 46; dan anak lelaki P.Sharveen, 14; serta anak perempuan P.Krishna, 9.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, ACP Noor Hashim Mohamad berkata Pubalan ditemukan mati tergantung dengan kain putih di siling bilik tingkat atas rumah berkenaan.
Dua anaknya pula ditemukan bersama di dalam sebuah bilik lain dengan kesan jerutan.
Noor Hisham berkata isteri Pubalan yang dipercayai sakit dan menjalani rawatan hemodialisis pula ditemukan mati di atas katil di ruang tamu.
Katanya lagi, polis menerima laporan kejadian pada 2.30 petang daripada seorang lelaki dipercayai rakan Pubalan yang berkunjung ke rumah tersebut.
Rakan mangsa memasuki rumah itu selepas terlihat nota bertulis bahawa pintu tidak berkunci yang diletakkan di hadapan cermin kereta.
Siasatan polis turut menjumpai nota wasiat di atas meja solek di bilik Pubalan ditemukan mati tergantung.
Noor Hisham berkata polis tidak menjumpai alat yang digunakan untuk membunuh kedua-dua anaknya.
Menurutnya, polis percaya kes itu tidak melibatkan orang luar dan dipercayai Pubalan telah membunuh kedua-dua anaknya berdasarkan kesan jerutan sebelum membunuh diri.
Siasatan masih diteruskan dan kesemua mayat dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat.
Kes Pubalan disiasat sebagai mati mengejut, manakala kematian isteri dan dua anaknya disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Astro Awani
Fri Oct 06 2017
![4 sekeluarga dijumpai mati 4 sekeluarga dijumpai mati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/41458129051_GARISANPOLIS.jpg)
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Pencipta perisian antivirus McAfee ditemui mati di penjara Sepanyol Pencipta perisian antivirus McAfee ditemui mati di penjara Sepanyol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/41624502675_JohnMcAfee.jpg)
Pencipta perisian antivirus McAfee ditemui mati di penjara Sepanyol
McAfee sedang menjalani hukuman penjara di Sepanyol atas tuduhan mengelak membayar cukai.
![Suspek bunuh isteri ditemui mati tergantung di papan iklan Suspek bunuh isteri ditemui mati tergantung di papan iklan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/71597121911_garisanpolis.jpg)
Suspek bunuh isteri ditemui mati tergantung di papan iklan
Polis terima panggilan kecemasan daripada orang awam mengatakan terdapat seorang lelaki menggantung diri di papan iklan.
![Remaja ditemui mati tergantung di rumah nenek Remaja ditemui mati tergantung di rumah nenek](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/51579322104_TBGantungDiri.jpg)
Remaja ditemui mati tergantung di rumah nenek
Remaja lelaki berusia 16 tahun ditemui mati selepas menggantung diri di hadapan bilik ruang tamu di rumah neneknya di Kampung Bukit Sawa Banggol Judah, Machang.
![Wanita ditemui mati tergantung dalam bilik tidur di Miri Wanita ditemui mati tergantung dalam bilik tidur di Miri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/61434894430_CRIMESCENEGENERIC.jpg)
Wanita ditemui mati tergantung dalam bilik tidur di Miri
Seorang wanita ditemui mati dalam bilik tidur di rumahnya di Tudan Fasa 4 di Miri hari ini.
![4 sekeluarga dijumpai mati 4 sekeluarga dijumpai mati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/41458129051_GARISANPOLIS.jpg)
4 sekeluarga dijumpai mati
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, ACP Noor Hashim Mohamad berkata Pubalan ditemukan mati tergantung dengan kain putih di siling bilik tingkat atas rumah berkenaan.