Sebanyak 396,000 kilogram (kg) sisa kitar semula berjaya dikutip sejak pelaksanaan program pengasingan sisa di punca yang mula dikuatkuasakan 1 September lalu.
Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata jumlah itu dikutip daripada kediaman penduduk dan juga premis perniagaan di tujuh negeri yang mengguna pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007.
Halimah berkata jumlah kutipan yang tertinggi mengikut kategori adalah daripada plastik iaitu sebanyak 155,000 kg dan ini menunjukkan penggunaan bahan plastik dalam kalangan masyarakat kini adalah tinggi.
"Manakala hasil jualan sisa yang boleh dikitar semula dari bulan September hingga 15 November mencecah RM35,414.91.
"Ini merupakan perkembangan positif dalam pelaksanaan pengasingan sisa di punca bagi menuju aspirasi negara untuk mewujudkan kelestarian alam sekitar dan menjadi antara 10 negara terbersih," katanya semasa melancarkan Hari Kitar Semula Kebangsaan 2015, di Taman Tasik Permaisuri, hari ini.
Sehubungan itu, Halimah berkata pada masa ini amaun bahan kitar semula yang dibuang ke tapak pelupusan setiap tahun dianggarkan sebanyak 2.3 juta tan dengan anggaran nilai yang mampu mencecah RM900 juta jika dikitar semula.
Halimah berkata sikap dan tabiat rakyat Malaysia dalam penjagaan kebersihan persekitaran dan pemeliharaan alam sekitar memerlukan perhatian yang serius.
Ujar beliau, ini adalah kerana negara masih lagi berdepan dengan isu seperti membuang sampah merata-rata serta membuang sisa pepejal secara haram.
Halimah berkata sikap sebegitu tidak sesuai dengan amalan untuk mencapai status sebuah negara maju.
Tema sambutan Hari Kitar Semula Kebangsaan 2015 adalah #asingkan yang diangkat berikutan sambutan yang menggalakkan untuk melakukan amalan pengasingan sisa pepejal di punca, oleh isi rumah dan premis sejak tiga bulan lalu.
T K Letchumy Tamboo
Sat Dec 12 2015
Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Halimah Mohamed Sadique (tengah) meletakan tangan pada gimik perasmian Sambutan Hari Kitar Semula Kebangsaan 2015 di Taman Tasik Permaisuri Cheras hari ini. - Foto Bernama
Mpox kekal sebagai kecemasan kesihatan awam global - WHO
Ketua Pengarah WHO mengumumkan bahawa virus mpox terus menjadi kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan dunia.
Saya individu tepat untuk Man United - Ruben Amorim
Ruben Amorim percaya dia adalah 'individu yang tepat pada masa yang tepat' untuk mengubah nasib Manchester United.
Madani tumpu cari persamaan, selesai pertelingkahan - TPM Fadillah
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata berkata tumpuan Kerajaan Madani untuk mencari persamaan dan menyelesaikan pertelingkahan dengan sentiasa berunding.
#AWANInews
#AWANInews
MTL: Sistem amaran awal kurangkan risiko - TPM Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sistem amaran awal dapat mengurangkan risiko bencana dengan memberitahu kumpulan berpotensi menghadapi banjir untuk berpindah lebih awal.
#AWANInews
#AWANInews
Selepas 14 tahun, kapal USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln berlabuh di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan pelabuhan berjadual.
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyambut baik keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan bekas Menteri Pertahanan, Yoav Gallant.
Keputusan ini dianggap sebagai satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman di Gaza.
Keputusan ini dianggap sebagai satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman di Gaza.
SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
Sarawak Forestry Corporation (SFC) mengesahkan penemuan bangkai ikan paus berhampiran Jambatan Triso.
Liputan 5G capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk mencapai 82.1 peratus setakat akhir Oktober lalu.
2TM: Liputan 5G di kawasan berpenduduk capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk negara kini mencapai 82.1 peratus setakat hujung Oktober lepas.
Polis tidak pernah henti siasat kes Faisal disimbah asid
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim di sebuah pusat belah belah di Kota Damansara, dekat sini Mei lalu.
Kementerian Perpaduan pastikan kelab, sekretariat Rukun Negara diwujudkan di seluruh negara
Setakat ini terdapat 6,621 Kelab Rukun Negara di sekolah rendah dan menengah di seluruh negara sejak 2004 dan 172 Sekretariat Rukun Negara di IPT.
Halimah: Anggota UMNO berhak nilai prestasi pemimpin
Anggota UMNO berhak untuk menilai prestasi seseorang pemimpin parti itu dan seterusnya menentukan sama ada mereka perlu dikekalkan atau tidak dalam jawatan masing-masing