SEREMBAN:Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) Senawang hari ini mengesahkan 38 lagi warganya membabitkan tiga kakitangan dan 35 pelajar positif COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan mereka yang positif setakat ini 98 orang.
Pengerusi pengelolanya, Abdullah Abdol Razak dalam kenyataan berkata keputusan itu diperoleh hari ini hasil ujian saringan calitan yang dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM) ke atas 127 pelajar dan kakitangan STIAS pada Selasa lepas.
"Bagaimanapun, kesemua 38 kes yang positif tidak menunjukkan sebarang gejala kecuali tiga pelajar mempunyai gejala. Kesemua mereka yang positif telah pun dipindahkan ke pusat kuarantin pada pukul 4.15 petang tadi.
"Bagi pelajar yang masih menunggu keputusan saringan, mereka ditempatkan di bilik kuarantin asrama manakala individu yang merupakan kontak rapat dengan pesakit diminta untuk melakukan pemeriksaan serta kuarantin kendiri di kediaman masing-masing," katanya.
Pada Khamis lepas, seramai 33 pelajar sekolah berkenaan disahkan positif COVID-19 dan dikuti 27 lagi warganya membabitkan lapan kakitangan dan 19 pelajar pada Jumaat.
Negeri Sembilan hari ini merekodkan 96 kes baharu COVID-19 yang kesemuanya di Seremban, menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 1,290 kes.
Seremban merekodkan sebanyak 179 kes aktif COVID-19, diikuti Rembau (10), Port Dickson (lima), Tampin (empat) manakala Jelebu, Kuala Pilah dan Jempol masing-masing tiada kes direkodkan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 24 2020

Pada Khamis lepas, seramai 33 pelajar sekolah berkenaan disahkan positif COVID-19 dan dikuti 27 lagi warganya membabitkan lapan kakitangan dan 19 pelajar pada Jumaat. Foto: Bernama

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

38 lagi warga STIAS disahkan positif COVID-19
Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) Senawang hari ini mengesahkan 38 lagi warganya membabitkan tiga kakitangan dan 35 pelajar positif COVID-19.

33 pelajar positif COVID-19, STIAS Senawang ditutup
Pihak pengurusan sekolah telah mengambil tindakan pantas iaitu melakukan kuarantin kendiri.

Lima bilik asrama sekolah agama di Rembau terbakar
Dalam kejadian 1.58 pagi itu, kesemua pelajar berkenaan dapat menyelamatkan diri daripada tempat kebakaran itu.

Asrama pelajar tahfiz di Rembau terbakar, 3 dikejar ke hospital
Kesemua pelajar terselamat kecuali tiga orang yang mengalami asma akibat terhidu asap.