Sebanyak 38 aduan kenaikan harga barang selepas pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) 1 Sept lalu direkodkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di seluruh negeri Kedah.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat India, Perpaduan, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Kedah R. Summugam berkata lima daripada aduan itu telahpun diberikan notis tunjuk sebab di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 oleh pihak penguatkuasa KPDNHEP negeri.
"Jumlah premis yang diperiksa setakat ini ialah 1,826 premis dan jumlah item barangan yang diperiksa pula ialah sebanyak 43,950 item termasuk telur beras, (tepung) gandum dan gula," katanya pada pemberita di sambutan rumah terbuka Hari Deepavali anjurannya di sini hari ini.
Turut hadir Anggota Parlimen Sungai Petani merangkap Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun Datuk Johari Abdul.
Summugam berkata notis itu memerlukan peniaga memberikan maklum balas dan penjelasan terperinci tentang kenaikan harga berkenaan bagi menentukan sama ada berlakunya elemen pencatutan ataupun tidak.
"Maklum balas yang pihak kita terima daripada peniaga itu akan dianalisa dan jika didapati ada unsur pencatutan maka peniaga berkenaan akan didakwa di bawah Seksyen 14(1) AKHAP 2011," katanya.
Beliau berkata sehubungan itu penguatkuasa KPDNHEP Kedah akan sentiasa membuat pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan tiada peniaga di negeri ini mengambil kesempatan menaikkan harga barangan sesuka hati selepas pelaksanaan SST.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 06 2018
![38 aduan naik harga di Kedah selepas SST 38 aduan naik harga di Kedah selepas SST](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/51536745866_SST.jpg)
Penguatkuasa KPDNHEP Kedah akan sentiasa membuat pemantauan dari semasa ke semasa.
![Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720343570_SultanKedah.jpg)
Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah
Generasi muda perlu diperkasakan supaya menjadi muslim sejati dan memiliki jati diri yang kental.
Usah korban jati diri kerana kuasa, pangkat dan populariti - Sultan Sallehuddin
Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah mengingatkan supaya umat Islam jangan mengorbankan jati diri sebagai seorang Muslim semata-mata kerana inginkan kuasa, kekayaan harta benda, pangkat dan populariti.
Isu buli siber dibentang dalam mesyuarat kabinet Jumaat depan
Isu buli siber di platform media sosial akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan bagi mencari penyelesaian terbaik termasuk aspek perundangan dan penguatkuasaan.
Kerjasama BN-PH ditentukan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi parti
Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan sama ada kerjasama antara BN dan PH diteruskan pada PRU-16 atau pun tidak hanya akan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi BN.
Isu nasional jadi faktor penolakan PH di Sungai Bakap
Isu nasional yang mendominasikan ayunan terakhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) sungai Bakap dilihat sebagai punca penolakan Pakatan Harapan.
Tuntutan RM100 juta subkontraktor Lebuhraya DASH tidak berasas
Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) menegaskan tuntutan lebih 20 subkontraktor yang terlibat dalam pembinaan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) bagi mengutip bayaran tertunggak berjumlah RM100 juta yang terhutang kepada mereka secara kolektif daripada syarikat itu adalah tidak berasas dari segi perundangan.
Pengarah filem Mansor Puteh meninggal dunia akibat kemalangan
Pengarah dan pengkritik filem serta budaya, Mansor Puteh, 70, dilapor meninggal dunia selepas kereta yang dipandunya terbabas di Alam Damai, Cheras, pada Ahad.
![Maal Hijrah: Penghijrahan Sarawak dapat perhatian dunia - Abang Johari Maal Hijrah: Penghijrahan Sarawak dapat perhatian dunia - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720343650_WanJunaidi.jpg)
Maal Hijrah: Penghijrahan Sarawak dapat perhatian dunia - Abang Johari
Penghijrahan Sarawak mendapat perhatian dan pengiktirafan dunia terutama dari segi tadbir urus yang menekankan isu alam sekitar dan kelestarian.
Fokus Minggu Depan: Astro AWANI terus pacu usaha pemerkasaan PMKS
Hari terakhir siri Jelajah Jiwa SME 2024 menyaksikan kehadiran warga Johor yang tidak melepaskan peluang bagi bersama dalam misi memperkasakan usahawan tempatan.
Untuk berkongsi suasana di sana, kita bersama wartawan Astro awani, Amzar Alif yang kini berada di Aeon Mall Tebrau City Johor Bahru.
Untuk berkongsi suasana di sana, kita bersama wartawan Astro awani, Amzar Alif yang kini berada di Aeon Mall Tebrau City Johor Bahru.
Fokus Minggu Depan: Laporan PAC akan dibentang dan dibahaskan minggu depan
Prof. Dr Ahmad Martadha Mohamed, Ketua Kluster Tadbir Urus dan Integriti UUM ada perinciannya.
![KPDNHEP Sabah keluarkan kompaun 15 peniaga gagal patuh SHMMP KPDNHEP Sabah keluarkan kompaun 15 peniaga gagal patuh SHMMP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/61620111996_SHMMPKPDNHEP.jpg)
KPDNHEP Sabah keluarkan kompaun 15 peniaga gagal patuh SHMMP
Kira-kira 15 peniaga dikenakan kompaun oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah
![Ops Duri 2.0: KPDNHEP terus pantau peniaga durian Ops Duri 2.0: KPDNHEP terus pantau peniaga durian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/41594742561_durian.jpg)
Ops Duri 2.0: KPDNHEP terus pantau peniaga durian
KPDNHEP terus memantau peniaga durian di seluruh negara menerusi Ops Duri 2.0 berkuat kuasa 22 Feb sehingga 22 Mac depan.
![COVID-19: Pengguna mengeluh topeng muka, hand sanitizer dijual dengan harga tak masuk akal! COVID-19: Pengguna mengeluh topeng muka, hand sanitizer dijual dengan harga tak masuk akal!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/51584064810_topeng-muka-naik-harga.jpg)
COVID-19: Pengguna mengeluh topeng muka, hand sanitizer dijual dengan harga tak masuk akal!
Melampau!
![RON95 naik 1 atau 2 sen setiap minggu bermula 2020 RON95 naik 1 atau 2 sen setiap minggu bermula 2020](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/41551432422_Minyak.jpg)
RON95 naik 1 atau 2 sen setiap minggu bermula 2020
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen berkata, ia akan diapungkan secara berperingkat sebaik sahaja Program Subsidi Petrol (PSP) bermula.
![Penguatkuasaan Akta Kawalan Harga lebih ketat menjelang Ramadan - Najib Penguatkuasaan Akta Kawalan Harga lebih ketat menjelang Ramadan - Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2012-10/61351051944_295x200.jpg)
Penguatkuasaan Akta Kawalan Harga lebih ketat menjelang Ramadan - Najib
Kerajaan akan terus berusaha untuk membantu meringankan beban rakyat melalui penguatkuasaan Akta Kawalan Harga.