Kira-kira 35 hektar daripada kawasan Hutan Simpan Kuala Langat Selatan, Banting dekat sini dilaporkan terbakar sejak beberapa hari lepas, kata Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Hafisham Mohd Noor.
Bagaimanapun kata beliau, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu pagi Jumaat oleh Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor (UPBNS) yang menerima laporan kebakaran itu daripada Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS).
Katanya, sebanyak 68 anggota serta pegawai daripada beberapa balai bomba sekitar Lembah Klang ditugaskan dalam operasi pemadaman kebakaran hutan gambut itu yang masih giat dijalankan.
"Disebabkan kebakaran berlaku jauh dari jalan masuk, pihak bomba terpaksa membuat laluan di dalam hutan itu untuk sampai ke kawasan terjejas.
"Kebakaran hutan gambut memerlukan masa untuk dipadamkan kerana ia melibatkan kebakaran bawah tanah. Hanya asap yang banyak kelihatan ekoran kebakaran itu dan kami menggunakan sumber air daripada parit yang digali," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini pada Sabtu.
Hafisham berkata operasi pemadaman itu turut dibantu pelbagai agensi lain antaranya Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor, Angkatan Pertahanan Awam (APM), UPBNS, JPNS dan Majlis Daerah Kuala Langat.
Kata beliau, bagi mempercepatkan pemadaman kebakaran, sebanyak 13 pengeboman air telah dilaksanakan pada Sabtu dan akan dilakukan semula pada Ahad dengan bantuan aset APMM.
Beliau berkata setakat operasi yang berakhir pukul 7 malam tadi, sebanyak dua hektar kawasan hutan terbakar itu berjaya dipadamkan dan kebakaran itu masih terkawal daripada terus merebak ke lokasi baharu.
"Kerja-kerja pemadaman akan diteruskan semula esok (Ahad)," katanya.
Bagaimanapun, pihaknya tidak menolak kemungkinan kebakaran disyaki berpunca daripada pihak tidak bertanggungjawab yang memulakan kebakaran untuk tujuan pertanian.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 29 2020
Pada Mac 2019, kira-kira 89 hektar kawasan tanah gambut di Hutan Simpan Kuala Langat Selatan pernah terbakar, menyumbang kepada pencemaran udara di sekitar Lembah Klang, Putrajaya dan Banting. --fotoBERNAMA/Fail
SUKMA platform lahir atlet elit negara ke Olimpik - Hannah
Katanya, seorang atlet Olimpik tidak muncul begitu sahaja dan prestasi mereka adalah hasil usaha selama bertahun lamanya.
100 anggota bomba tangani kebakaran bumbung di Somerset House London
Kira-kira 100 anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran di Somerset House yang bersejarah London.
Saya lihat ibu peluk adik - Bissan Shaaban
Hanya tangisan mengiringinya.. Hatinya lumat.. Jiwanya hancur..
Itu lah perasaan yang boleh digambarkan oleh Bissan Shaaban pada waktu ini.
Itu lah perasaan yang boleh digambarkan oleh Bissan Shaaban pada waktu ini.
Pilihan Selangor juara hatrik TSSC 2024, kecewakan Pilihan Singapura 2-1
Pilihan Selangor sekali lagi menjulang kejuaraan Piala Sultan Selangor (TSSC) bagi edisi ketiga berturut-turut selepas mengecewakan Pilihan Singapura 2-1.
Kemenangan BN adalah tanggungjawab besar - Ahmad Zahid
Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga berharap kejayaan itu menjadi pemangkin kepada ikhtiar melakar kejayaan yang lebih bermakna di masa hadapan.
KPKT komited laksana reformasi perkhidmatan awam
KPKT dalam kenyataan hari ini memaklumkan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), menyuntik semangat warga kementerian untuk terus berusaha dan memberikan sepenuh komitmen dalam menyantuni rakyat berteraskan lapan bidang fokus utama.
PPM rampas 1,000 liter petrol
Pasukan Polis Marin (PPM) merampas 1,000 liter petrol disyaki cuba diseludup ke negara jiran selepas menyerbu sebuah pondok di kawasan bakau di Kampung Tandu, Lahad Datu.
Platform lahir atlet elit negara ke Olimpik - Hannah
Sukan Malaysia (SUKMA) merupakan platform penting untuk menyediakan atlet elit negara beraksi di Sukan Olimpik.
Pupuk semangat patriotisme, bukan sekadar pentas pertandingan
Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) bukan sekadar satu pentas pertandingan tetapi juga platform memupuk semangat patriotisme dan kebanggaan negara melalui penyertaan pelbagai negeri dan etnik dalam satu platform.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 17 Ogos 2024.
Gunung Merapi meletus lagi
Agensi Gunung Berapi Indonesia memberi amaran kepada penduduk agar tidak berada dalam zon larangan bagi mengelakkan risiko bahaya akibat aliran bahan piroklastik.
Jangan abaikan suara penduduk Riau
Penduduk Riau gesa Presiden Indonesia, Joko Widodo ambil peduli suara penduduk Riau menerusi sebuah video.