KUANTAN: Polis menahan 348 individu termasuk 11 wanita dalam Ops Hawk yang dijalankan di seluruh negeri ini selama tiga hari bemula Selasa.
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata suspek yang ditahan dalam operasi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pahang melibatkan 140 anggota dan pegawai polis itu, berusia lingkungan 19 hingga 60 tahun.
"Dalam operasi berkenaan sebanyak 288 serbuan dengan 474 pemeriksaan telah dilaksanakan, selain 10 'port' atau sarang penagihan dadah di felda telah berjaya dilumpuhkan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata turut ditahan seorang nelayan berusia 48 tahun yang diberkas sekitar 10 pagi di Sungai Belat, di sini, Selasa lepas.
Menurutnya suspek yang mempunyai 15 rekod jenayah lampau berkaitan kesalahan dadah itu dipercayai terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah di kawasan perairan Gambang di sini, selain hasil saringan awal urin mendapati lelaki itu positif dadah jenis methamphetamine.
Polis turut merampas 1,710 pil yaba dianggarkan bernilai RM31,650 selain bot fiber dan kereta jenis Toyota Hilux, manakala suspek direman tujuh hari bermula Rabu lepas, katanya.
Yahaya memaklumkan sepanjang tiga hari operasi itu, polis juga telah merampas pelbagai jenis dadah antaranya heroin, syabu dan ganja dengan nilai keseluruhan RM55,518 manakala sitaan kenderaan, barang kemas dan wang tunai bernilai RM211,280.
Sementara itu di Kuala Terengganu, polis menahan seorang lelaki dan merampas dadah keseluruhan bernilai RM111,358 dalam dua serbuan berasingan di sekitar bandar raya itu, semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata penganggur berusia 34 tahun itu ditahan di sebuah stesen minyak di Jalan Kuala Berang di sini, 3 petang semalam dan polis menjumpai dadah disyaki jenis syabu dan pil yaba di dalam beg pinggang dipakai suspek.
"Penahanan tersebut telah membawa kepada serbuan kedua yang dibuat di bilik sewa suspek di Kampung Paloh Tuan Sulo di Kuala Terengganu.
"Dalam serbuan yang dibuat pada 5.30 petang itu, polis menjumpai beberapa bungkusan dan peket plastik mengandungi dadah jenis syabu, heroin, pil yaba dan pil erimin serta ubat batuk. Kesemua dadah berkenaan dijumpai di atas lantai bilik tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Azli berkata wang tunai bernilai RM800 dan sebuah kereta jenis Proton Wira turut disita.
"Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan lelaki itu mempunyai tiga rekod jenayah lampau berkaitan dadah," katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 26 2024

Yahaya berkata suspek yang ditahan dalam operasi JSJN Pahang melibatkan 140 anggota dan pegawai polis itu, berusia lingkungan 19 hingga 60 tahun. - Gambar fail/Bernama

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

PGA tahan lelaki bawa ganja lebih 16 kg di pangkalan haram
PGA Briged Tenggara menahan seorang lelaki berusia 23 tahun dan merampas 16.17 kg dadah jenis ganja dianggarkan bernilai lebih RM50,000, di pangkalan haram Hassan Merah dekat Rantau Panjang.

38.6 kg dadah dirampas, lebih 2,000 individu ditahan di Perak sejak Januari
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak merampas 38.6 kilogram (kg) dadah pelbagai jenis bernilai RM770,766 menerusi Op Tapis sejak Januari hingga semalam.

Penganggur ditahan bersama ganja bernilai lebih RM50,000
Polis menahan seorang penganggur dan merampas 16.6 kilogram (kg) ganja dianggar bernilai RM51,646.

Along Cham sujud syukur lepas tanpa bebas satu kes dadah
Bagaimanapun, Along Cham dituduh semula di Mahkamah Majistret di Sepang atas dua pertuduhan lain iaitu memiliki dan memasukkan dadah.

Dua penganggur didakwa edar, miliki dadah
Seorang lelaki tempatan dan seorang wanita warga Singapura didakwa di tiga Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar serta memiliki pelbagai jenis dadah pada Disember tahun lepas.

Miliki ganja ketika umrah: Pelawak popular dipenjara 6 bulan di Jeddah
Miliki ganja ketika umrah: Pelawak popular dipenjara 6 bulan di Jeddah

Along Cham mengaku tidak bersalah miliki ganja
Pelakon dan pelawak, Along Cham mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat, atas satu pertuduhan memiliki dadah jenis ganja dengan anggaran berat 58.23 gram, Sabtu minggu lalu.

Artis lelaki ditahan kes ganja terjebak penagihan sejak 8 tahun lalu - Polis
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, siasatan sedang dijalankan untuk dilengkapkan sebelum dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya.

60 pengunjung pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail ditahan positif dadah
Polis menahan 60 individu termasuk empat warga asing yang berusia 20 hingga 42 tahun kerana positif dadah dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail, pada Sabtu lalu.

KPT serah kepada polis siasat kes pelajar IPT ditahan bersama ganja
Zambry berkata pihak polis akan mengambil langkah mengikut undang-undang terhadap pelajar IPT berkenaan sekiranya dipercayai terlibat dalam jenayah itu.