ALOR SETAR: Seramai 334,426 murid dari 752 sekolah rendah dan menengah di Kedah memulakan sesi persekolahan bermula hari ini bagi negeri Kumpulan A.
Pengarah Pendidikan Kedah, Rozaini Ahmad berkata ia melibatkan 188,362 murid dari 548 sekolah rendah dan 146,064 murid dari 204 sekolah menengah.
Beliau berkata, daripada jumlah itu seramai 30,613 adalah murid Tahun Satu.
Katanya, pendekatan baharu diketengah Jabatan Pendidikan dengan membenarkan ibu bapa menemani anak-anak pada minggu awal persekolahan dapat menyesuaikan pelajar dengan suasana baharu dalam hidup mereka.
"Saya juga telah menggerakkan barisan pengurusan tertinggi jabatan dan juga pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk bersama hadir ke sekolah untuk menyantuni murid dan dekatkan barisan kepimpinan PPD dengan pihak pentadbir.
"Kita juga diminta menyantuni guru. Kami JPN kedah yakin dengan kombinasi jabatan pentadbir, PPD dan sekolah... ia akan membuatkan guru selesa dan murid dapat manfaat," katanya.
Terdahulu Rozaini meninjau Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Uda di Alor Setar.
Beliau amat berpuas hati kerana rata-rata murid yang hadir ceria dengan berpakaian kemas ditemani ibu bapa mereka seawal jam 7 pagi.
Pelajar ini disambut dengan ramah oleh guru-guru sekolah selain maskot beruang.
Adie Sufian Zulkefli
Sun Mar 19 2023
Seramai 188,362 murid dari 548 sekolah rendah dan 146,064 murid dari 204 sekolah menengah memulakan persekolahan hari ini. - Gambar/ Astro AWANI
Israel, Hezbollah setuju terima perjanjian gencatan senjata - Joe Biden
Perjanjian gencatan senjata akan berkuat kuasa mulai 4 pagi Rabu (waktu tempatan).
Mohon maaf kepada rakyat Jepun, China bukan isu papan tanda - Menteri Pelancongan
Permohonan maaf yang dibuat kepada rakyat Jepun dan China baru-baru ini ialah berhubung insiden kemalangan, kata Tiong King Sing.
Pasca Pemilu: 207 juta rakyat Indonesia kembali memilih dalam Pilkada serentak hari ini
Proses pasca Pemilihan Umum (Pemilu) dan Pemilihan Presiden (Pilpres) itu akan melibatkan 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota di seluruh Indonesia.
[ANALISIS] Jokowi lawan Megawati
Sepatutnya pertandingan merebut jawatan Gabenor Jateng adalah proses pemilihan biasa tetapi terdapat drama dan intrig politik tersendiri.
Penyokong Imran Khan tiba di Islamabad walaupun berlaku kematian dan pertempuran
Pertempuran penyokong Imran Khan dengan polis dan renjer separa tentera meragut beberapa nyawa memaksa kerajaan meminta bantuan tentera.
Imigresen, MPAJ gempur apartmen Pandan Mewah, 119 pendatang tanpa izin ditahan
Jabatan Imigresen tahan 119 pendatang dalam operasi bersepadu bersama MPAJ, PDRM dan Jabatan Pendaftaran Negara di Apartmen Pandan Mewah.
Piala Remaja Asia Lelaki: Young Tigers bermula garang, belasah China 5-2
Skuad remaja negara memulakan kempen Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) 2024 dengan cemerlang apabila membelasah China 5-2 dalam aksi pembukaan.
31 diselamatkan, 4 mayat ditemukan selepas bot pelancong karam di Laut Merah
Bot berkenaan yang membawa 44 orang, karam berhampiran bandar pesisir pantai Marsa Alam pada awal pagi Isnin.
Negara EU perlu patuhi waran tangkap ICC terhadap Netanyahu - Ketua Dasar Luar EU
Josep Borell berkata bahawa dwi-standard seperti ini akan membawa kepada kritikan teruk terhadap EU.
PKS perlu segera sepadukan amalan ESG dalam operasi perniagaan - BNM
Penguatkuasaan global dalam peraturan ESG oleh negara tertentu beri kesan kepada pengeksport Malaysia yang terlibat dalam rantaian bekalan.
334,426 murid di Kedah mulakan sesi persekolahan hari ini
Seramai 334,426 murid dari 752 sekolah rendah dan menengah di Kedah memulakan sesi persekolahan bermula hari ini bagi negeri Kumpulan A.
Pembukaan semula sekolah: Murid khas perlu ada pendekatan SOP - Ras Adiba
Pendekatan situasi norma baharu perlu diterapkan di rumah khususnya terhadap murid-murid khas yang akan kembali mengikuti sesi persekolahan secara bersemuka di beberapa negeri.
Pembukaan semula sekolah secara berperingkat ditangguh ke 3 Oktober - Radzi Jidin
Berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN), tidak ada sekolah yang akan dibuka untuk negeri Fasa 1 PPN.
Pembukaan semula sekolah pada September sangat berisiko - EMIR Research
Ahmad Ameen berkata golongan berusia bawah 18 tahun, iaitu hampir 30 peratus penduduk Malaysia, adalah kumpulan terbesar tanpa perlindungan.
Warga pendidik perlu diberi keutamaan untuk terima vaksin COVID-19
Kesatuan Guru Sarawak (STU) berpendapat warga pendidik perlu dilibatkan dalam kumpulan pertama penerima vaksin COVID-19.
Pembukaan semula sekolah: Ibu bapa zahir perasaan bimbang
Sebahagian besar golongan ibu bapa di Pulau Pinang masih meluahkan perasaan bimbang bagi melepaskan anak mereka untuk kembali semula ke sekolah.
Sebahagian pelajar sekolah rendah, Tingkatan Satu hingga Empat kembali ke sekolah
Mengambil maklum kekangan dihadapi oleh pelajar, ibu bapa dan guru semasa pelaksanaan pembelajaran dalam talian itu, keputusan pembukaan sekolah dilihat tepat pada masanya.
COVID-19: Normal baharu tidak semestinya bosan, tadika boleh serap elemen permainan
Pelbagai jenis permainan dan aktiviti boleh dilakukan oleh pihak pengurusan tadika untuk mendidik anak kecil tentang normal baharu.
Lebih 2 juta pelajar di Korea Selatan kembali ke sekolah
Fasa kedua pembukaan semula sekolah di Korea Selatan melibatkan pelajar tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah.