KUALA LUMPUR: Program Gelombang Patriotik Radio Amatur Malaysia (GPRAM) yang akan diadakan di Taman Tasik Cyberjaya, pada 16 September ini dijangka mengumpulkan kira-kira 300 penggiat radio amatur di Selangor dan Kuala Lumpur.
Pengarah GPRAM Sufian Mohd Deris dalam satu kenyataan hari ini berkata program bermula seawal 7 pagi bersempena Hari Malaysia itu juga dibuka kepada orang awam, selain telah menerima pengesahan daripada beberapa kelab radio di luar Lembah Klang untuk turut serta.
"GPRAM akan dipenuhi dengan beberapa aktiviti seperti pameran peralatan radio amatur, pertunjukan komunikasi satelit, pertunjukan komunikasi kod Morse serta pameran stesen komunikasi bergerak daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam," katanya.
Malaysian Amateur Radio Transimission's Society (MARTS) dalam kenyataan sama memaklumkan program itu dianjurkan bertujuan menanam semangat patriotik kepada pengendali radio amatur khususnya di Selangor dan Kuala Lumpur, di samping memberi maklumat berkaitan radio amatur kepada orang awam.
MARTS ialah badan sukarela ditubuhkan sejak 1952 berasaskan hobi, tetapi mempunyai tanggungjawab sosial yang besar ketika diperlukan, selain dianggotai kira-kira 1,300 pengendali radio amatur di seluruh negara dan kira-kira 200 daripada jumlah itu merupakan ahli aktif.
Sementara itu, Setiausaha Kehormat MARTS Zanirul Akhmal Zanirun dalam kenyataan itu berkata antara peranan penting pengendali radio amatur ialah memberikan bantuan komunikasi semasa bencana atau tragedi.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 11 2022
Program pada 16 September ini dijangka mengumpulkan kira-kira 300 penggiat radio amatur di Selangor dan Kuala Lumpur. - Gambar hiasan/Bernama
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Hargai warga emas melalui penjagaan, hormat dan penglibatan - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye menekankan keperluan mendesak untuk menghargai warga emas melalui penjagaan, hormat, dan penglibatan yang lebih baik.
300 penggiat radio amatur dijangka hadir program GPRAM
Program pada 16 September ini dijangka mengumpulkan kira-kira 300 penggiat radio amatur di Selangor dan Kuala Lumpur.
Khidmat radio amatur bantu mangsa banjir di Terengganu
Tujuh kawasan di daerah Dungun diberi perhatian susulan setiap tahun berlaku kejadian banjir.
Guna khidmat radio amatur di kawasan dilanda banjir - Jailani
SKMM akan menggunakan khidmat radio amatur di kawasan yang mengalami gangguan liputan komunikasi ketika banjir melanda.
Radio amatur popular semasa krisis Lahad Datu
Radio amatur bukanlah teknologi baru, malah ia sudah lama wujud dan diguna secara meluas di negara ini.