Lebih 300 keluarga yang kurang kemampuan termasuk fakir miskin, ibu tunggal, warga dan keluarga orang kurang upaya menerima pelbagai jenis bantuan dari Takaful Ikhlas Sdn Bhd pada satu majlis di sini Ahad.
Antara sumbangan yang diterima mereka termasuk daging korban sempena sambutan perayaan Aidiladha dan barang makanan seperti beras, gula, susu dan minyak.
Presiden Eksekutif Takaful Ikhlas Wan Mohd Fazlullah Wan Abdullah berkata, sumbangan tersebut adalah bertujuan meringankan beban mereka tatkala menyambut perayaan Hari Raya Korban.
"Di samping itu juga pihak Takaful Ikhlas juga memberikan sumbangan zakat perniagaan sebanyak RM10,000 kepada pihak Masjid Kampung Pasir Besar," katanya semasa berucap pada majlis Korban Perdana Takaful Ikhlas dan Pertubuhan Bantuan Islam Malaysia di Kampung Pasir Besar di sini.
Katanya, bagi daging korban, sebanyak 15 ekor lembu dan 10 ekor kambing telah disembelih hasil dari sumbangan kakitangan Takaful Ikhlas yang diagihkan kepada 300 keluarga tersebut yang datang dari beberapa kampung.
"Penyertaan Takaful Ikhlas dalam program ini adalah bagi membantu mereka yang kurang berkemampuan disamping memenuhi tuntutan tanggungjawab sosial Takaful Ikhlas untuk membantu masyarakat," katanya.
Sementara itu Presiden Pertubuhan Bantuan Islam Malaysia Zawahir Abdullah berkata, program Korban Perdana ini merupakan acara tahunan pihaknya dengan kerjasama Takaful Ikhlas dalam melaksanakan usaha-usaha kemanusiaan.
Katanya, dalam menyambut sesuatu perayaan seperti Hari Raya Aidiladha ini, masyarakat khususnya yang berkemampuan seharusnya tidak lupa dan lebih peka kepada mereka yang lain yang mungkin kurang bernasib baik.
Bernama
Mon Oct 29 2012
Tsunami 20 tahun: Aceh siap siaga dengan ilmu bencana dan kearifan lokal
Tsunami yang melanda aceh pada 26 Disember 2004 meragut lebih 130 ribu jiwa, menghancurkan rumah-rumah, infrastruktur awam, serta merta mengubah cara hidup masyarakatnya.
Encyclopedia Britannica kini menjadi sebuah syarikat AI
Britannica kini menawarkan perisian pendidikan dan telah memasuki arena AI untuk terus relevan, dengan chatbot AI yang menyokong Bahasa Inggeris.
Kurangkan kemalangan melalui pendidikan berterusan
Profesor Dr Rozmi Ismail, memberitahu, insiden kemalangan jalan raya akibat kenderaan lain boleh dikurangkan melalui pendidikan atau advokasi berterusan dan aktiviti penguatkuasaan.
Contohi Jepun pantau keselamatan pemanduan kenderaan berat
Malaysia seharusnya mencontohi Jepun yang menekankan keselamatan pemanduan kenderaan berat di lebuh raya termasuk pemantuan ketat dalam kalangan pemandu.
2 maut motosikal terbabas, langgar pembahagi lebuh raya
Dalam nahas kira-kira jam 5.20 petang, penunggang motosikal itu yang juga lelaki tempatan berusia 28 tahun dan pembonceng wanita warga Singapura berumur 29 tahun, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Batik Air umum laluan baharu ke Beijing, Changsha
Batik Air mengumumkan laluan terbaru perkhidmatan penerbangannya yang menghubungkan pelancong dari Malaysia ke Beijing dan Changsha.
Nilai syarikat Apple hampiri angka AS$4 trilion
Peningkatan saham kebelakangan ini dilihat selari dengan fokus Apple dalam arena kecerdasan buatan melalui Apple Intelligence.
AWANI Ringkas: Duti anti lambakan terhadap import besi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Presiden Korea Selatan gagal hadir kali kedua untuk disoal siasat CIO
Ini adalah kali kedua Presiden Yoon gagal mematuhi arahan itu, selepas turut mengabaikan panggilan pertama CIO minggu lalu.
Pantau Belanjawan: Inflasi kesihatan meningkat, apa penyelesaian?
Ketua Pegawai Eksekutif, Angsana Health, Dr Khor Swee Kheng berkongsi pandangan beliau berkenaan inflasi kesihatan yang semakin meningkat terutama melibatkan caj di hospital swasta, sekali gus menyebabkan penyedia insurans dan takaful kesihatan/perubatan turut menaikkan harga premium.
Aidiladha: Tarikh lihat anak bulan Zulhijjah pada 7 Jun
Tarikh melihat anak bulan Zulhijjah tahun ini ditetapkan pada petang Jumaat, 7 Jun 2024, bersamaan 29 Zulkaedah 1445 Hijrah, di 29 lokasi.
Perutusan Aidiladha Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin
Teks penuh perutusan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha 1435H oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin
300 keluarga terima sumbangan dari Takaful Ikhlas
Lebih 300 keluarga yang kurang kemampuan termasuk fakir miskin, ibu tunggal, warga dan keluarga orang kurang upaya menerima pelbagai jenis bantuan dari Takaful Ikhlas