Tiga puluh pemandu teksi dilaporkan cedera ketika beratur untuk menerima Kad Bantuan Teksi 1Malaysia di Taman Ekspo Pertanian Serdang (MAEPS) pada Jumaat.
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam satu kenyataan berkata 30 pemandu teksi mengalami kecederaan ringan dalam insiden yang berlaku di Hall C, MAEPS.
"Insiden yang tidak diingin ini berlaku akibat segelintir para hadirin tidak mematuhi langkah-langkah pengurusan kawalan sistematik yang disediakan apabila mereka masuk ke dewan pengambilan kad," kata kenyataan itu.
Kad Bantuan Teksi 1Malaysia yang mengandungi nilai RM800 untuk pembelian petrol atau gas asli (NGV) di stesen minyak Petronas itu dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di MAEPS sebelum itu, yang akan dimanfaatkan oleh kira-kira 67,000 pemandu teksi.
SPAD berkata anggota penguatkuasa SPAD, Polis Diraja Malaysia dan RELA telah mengambil tindakan serta-merta untuk mengawal keadaan dan keadaan dapat dikawal sepenuhnya pada 7 malam.
SPAD berkata pemandu-pemandu yang cedera menerima rawatan serta-merta, manakala seorang individu yang cedera dibawa ke hospital bagi menerima rawatan selanjutnya dan SPAD akan menanggung kos perubatan bagi individu tersebut.
Menurut SPAD, kira-kira 12,000 pemandu teksi hadir pada majlis itu dan sebahagian besar daripada mereka memberikan kerjasama ketika beratur mengambil kad itu dengan 60 kaunter untuk pengambilan kad disediakan.
Berikutan insiden itu, SPAD mengesyorkan pemandu teksi di seluruh negara yang belum menerima Kad Bantuan Teksi 1Malaysia untuk mengambilnhya di pejabat SPAD di seluruh negara kecuali ibu pejabat di Kuala Lumpur.
Pemandu teksi boleh mengunjungi pejabat SPAD di Kelana Jaya, Pulau Pinang, Kuala Terengganu dan Johor Bahru mulai hari Isnin (16 April) sehingga 16 Julai tahun ini.
Bagi cawangan SPAD di Melaka, UTC Ipoh, UTC Alor Setar, UTC Kota Bahru dan UTC Kuantan, kad tersebut boleh diperolehi bermula dari Selasa (17 April) sehingga 16 Julai tahun ini.
Para pemandu teksi di Sabah dan Sarawak boleh mendapati Kad Bantuan Teksi 1Malaysia daripada Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Kota Kinabalu, Sabah dan Kuching, Sarawak.
Bagaimanapun, SPAD berkata tarikhnya akan dimaklumkan kemudian oleh pejabat LPKP Sabah dan Sarawak.
Untuk maklumat lanjut mengenai proses koleksi sila layari www.spad.gov.my/ms/pengusaha-kenderaan/teksi/kad-bantuan-teksi-1malaysia. -- Bernama
Bernama
Fri Apr 13 2018
Tiga puluh pemandu teksi dilaporkan cedera ketika beratur untuk menerima Kad Bantuan Teksi 1Malaysia di MAEPS pada Jumaat.
Adik Dr Zaliha Mustafa meninggal dunia
Shamsiah Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
52.95 peratus penjawat awam masih belum miliki rumah sendiri
Mengulas lanjut Fadhlina Sidek yang menjawab bagi pihak Menteri Wilayah berkata, walaupun anak penjawat awam dan pesara tidak layak membeli PPAM tapi berpeluang jadi pemilik bersama.
Kuala Lumpur di tangga kelapan terbaik untuk ekspatriat mendiami
Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Expat City Ranking, Kuala Lumpur menduduki di tangga kelapan negara yang terbaik untuk ekspatriat mendiami.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Social Housing in Cambodia Addresses Climate Change
We spoke with His Excellency Mao Vibol, Under Secretary of State for Cambodia’s Ministry of Land Management, Urban Planning, and Construction, about the country’s efforts to integrate climate resilience into social housing. He shared insights on sustainable urban planning and the role of affordable housing in addressing the challenges of climate change.
36,479 penjawat awam tandatangani perjanjian jual beli PPAM
Jelas Fadhlina Sidek yang menjawab bagi pihak Menteri Wilayah, daripada jumlah tersebut 87 peratus atau 31,942 penjawat awam berpendaptan bawah RM5,000 sebulan.
White House sahkan Biden hadiri pelantikan Trump
White House pada Isnin mengesahkan bahawa Presiden Joe Biden akan menghadiri majlis pelantikan Donald Trump pada 20 Jan.
Sistem kad akses dilaksana di PPR tahun depan -
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata sistem kad akses akan dilaksanakan di PPR mulai tahun depan bagi menangangi masalah pengurusan Program Perumahan Rakyat (PPR).
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Anwar bertemu pemimpin perniagaan terkemuka Korea Selatan hari ini
Perbincangan berkenaan selaras dengan strategi Malaysia untuk mendapatkan pelaburan 'bernilai tinggi, pertumbuhan tinggi' daripada Republik Korea.
NWICE 2024: Transformasi air menuju kemampanan sejagat
Bertemakan “Transformasi Air Menuju Kemampanan Sejagat”, Persidangan & Pameran Inovasi Air Kebangsaan 2024 (NWICE 2024) merupakan kesinambungan daripada pelan hala tuju AIR 2040 yang telah dilancarkan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air(PETRA) baru-baru ini dalam memastikan pengurusan sumber air yang mampan untuk generasi akan datang.
Hoki dalam dewan adakan aksi persahabatan menjelang Piala Dunia 2025
Skuad hoki dalam dewan negara akan mengadakan beberapa aksi persahabatan sebagai persiapan sebelum ke Piala Dunia.
Kad Bantuan Teksi 1Malaysia diaktifkan selepas diambil pemandu
Menurut SPAD ribuan pemandu teksi telah mengambil kad masing-masing selepas ia dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 13 April lepas.
30 pemandu teksi cedera untuk dapatkan Kad Bantuan Teksi 1Malaysia
Tiga puluh pemandu teksi dilaporkan cedera ketika beratur untuk menerima Kad Bantuan Teksi 1Malaysia di MAEPS pada Jumaat.