Sebanyak 30 kertas siasatan yang menyentuh isu perkauman telah dibuka oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak Mei 2018 hingga 15 Sept lalu, kata Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata daripada jumlah itu, dua kes telah dituduh di mahkamah dan masih di dalam perbicaraan.
"Sepuluh kes dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dan arahan kes adalah Tiada Tindakan Lanjut (NFA) manakala baki 18 kes masih dalam siasatan oleh pihak polis," katanya dalam jawapan bertulis yang dipaparkan dalam laman web Parlimen hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Dr Azman Ismail (PH-Kuala Kedah) yang ingin tahu bilangan individu yang telah didakwa di mahkamah kerana menyebarkan mesej-mesej jelik perkauman sejak Mei 2018 dan jenis hukuman yang dikenakan.
Muhyiddin berkata PDRM turut menjalankan pemantauan terhadap penyebaran mesej-mesej jelik yang disiarkan melalui media sosial dan tindakan sewajarnya menurut undang-undang diambil bagi memastikan keharmonian antara kaum dapat terus dipelihara.
"Sebarang isu yang melibatkan sentimen perkauman akan ditangani dengan mengambil kira kepentingan keselamatan dan ketenteraman awam secara menyeluruh berlandaskan peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa.
"Siasatan yang dijalankan oleh PDRM juga akan dilaksanakan secara teliti bagi memastikan tindakan yang diambil dapat meredakan sentimen kebencian antara kaum dan agama," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 09 2019
Muhyiddin berkata PDRM turut menjalankan pemantauan terhadap penyebaran mesej-mesej jelik yang disiarkan melalui media sosial. - Gambar fail/BERNAMA
Presiden Israel batal perjalanan ke Baku atas faktor keselamatan
Presiden Israel, Isaac Herzog dilapor tidak akan menghadiri dan menyertai delegasi negaranya ke Persidangan Perubahan Iklim PBB atau COP29 di Baku, Azerbaijan.
Agenda AWANI: COP29 | Matlamat pembangunan mampan seiring keamanan sejagat
Malaysia menggunakan platform #COP29 di Baku, Azerbaijan sebagai langkah permulaan untuk menerajui dialog iklim di antara negara-negara di rantau ASEAN. Diskusi #AgendaAWANI jam 830 mlm ini di @501Awani
Tumpuan Selasa – 19 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Perbahasan Pendanaan Perubahan Iklim di COP29: Masih Tiada Kata Sepakat
Memasuki minggu terakhir Persidangan COP29 di Baku, Azerbaijan, perunding negara dunia masih gagal mencapai kata sepakat mengenai pendanaan untuk mengawal perubahan iklim. Walaupun begitu, sektor perbankan yang turut hadir di COP29 menyuarakan pandangan mereka mengenai isu pendanaan. Saksikan temubual eksklusif Editor Kanan Dzulfitri Yusof bersama Joel Khaw Chuan Penn, Ketua MIND & Kelestarian, Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB).
COP29: Suara anak muda diangkat, sama penting pembuat dasar
Persidangan COP29 di Baku, Azerbaijan mengangkat suara anak muda sama pentingnya dengan kelompok pembuat dasar, saintis dan golongan perniagaan. Dzulfitri Yusop ada perinciannya.
Agenda AWANI: COP29 - Langkah Malaysia Terajui Dialog Iklim Rantau ASEAN
Malaysia menggunakan platform #COP29 di Baku, Azerbaijan sebagai langkah permulaan untuk menerajui dialog iklim di antara negara-negara di rantau ASEAN. Diskusi #AgendaAWANI jam 830 mlm ini di @501Awani
11 orang, 89 cedera akibat diserang peluru berpandu Rusia
Serangan itu turut mencederakan 89 penduduk, termasuk 11 kanak-kanak.
Petani Perancis bantah perjanjian perdagangan EU-Mercosur
Petani Perancis mengadakan protes pada Ahad bagi membantah cadangan perjanjian perdagangan bebas antara Kesatuan Eropah (EU) dan pakatan ekonomi Amerika Selatan, Mercosur, memetik kebimbangan terhadap isu alam sekitar dan ekonomi.
10 Berita Pilihan - (18 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Runtuhan bangunan empat tingkat ragut 13 nyawa
Sekurang-kurangnya 13 individu disahkan terkorban dalam tragedi runtuhan bangunan di bandar Dar es Salaam, Tanzania yang berlaku pada pagi Sabtu. Perkara itu seperti yang dinyatakan sendiri Presiden Samia Suluhu Hassan dalam kemas kini terbaharunya pada yang Ahad yang mana beliau turut turun padang untuk melihat sendiri kemusnahan teruk bangunan empat tingkat itu.
30 kertas siasatan berkaitan isu perkauman dibuka sejak Mei 2018
Sebanyak 30 kertas siasatan yang menyentuh isu perkauman telah dibuka oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak Mei 2018 hingga 15 Sept lalu, kata Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin.