KUANTAN: Kira-kira 30 hektar kawasan hutan berhampiran Ladang KMT Jalan Pekan-Nenasi, Pekan dilaporkan terbakar akibat cuaca panas, hari ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Datuk Wan Mohammad Zaidi Wan Isa berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian kira-kira 7.55 pagi.
Beliau berkata seramai 26 pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Pekan, Peramu, Nenasi serta Gebeng digegaskan ke lokasi kejadian bagi operasi pemadaman, yang masih dilakukan sehingga kini.
"Lokasi kebakaran adalah kawasan tanah gambut, jadi bila cuaca sangat panas dan terdapat punca nyalaan, ia mengakibatkan kawasan belukar itu mudah terbakar," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Selain bomba, operasi pemadaman turut menerima bantuan daripada 11 pekerja ladang selain badan bukan kerajaan (NGO) yang menerbangkan dron bagi memantau lokasi kebakaran dari udara.
Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 13 2023
Kawasan hutan seluas kira-kira 30 hektar berhampiran Ladang KMT Jalan Pekan-Nenasi dekat sini mengalami kebakaran pada Sabtu. -Foto Sinar Harian
Bank Dunia sediakan pembiayaan tingkatkan ketahanan iklim Bangladesh
Dua perjanjian pembiayaan berjumlah US$900 juta itu untuk membantu negara itu mencapai kemampanan alam sekitar dan ketahanan iklim.
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
30 hektar kawasan hutan terbakar di Pekan
Selain bomba, operasi pemadaman turut menerima bantuan daripada 11 pekerja ladang selain NGO yang menerbangkan dron bagi memantau lokasi kebakaran dari udara.