KOTA TINGGI: Jabatan Perikanan Johor melepaskan 30,000 benih ikan baung sungai yang dianggarkan bernilai RM30,000 bagi meningkatkan stok dan memperkayakan sumber perairan sungai di daerah Kota Tinggi.
Pengarahnya Zainudin Abd Wahab berkata program itu bertujuan melestarikan sumber perikanan semula jadi menerusi peruntukan yang disalurkan kerajaan negeri.
"Ini adalah usaha kita agar hasilnya nanti dapat dinikmati oleh orang ramai serta kumpulan sasar khususnya komuniti perikanan darat di sini.
"Secara tidak langsung, ia dapat memberi impak positif kepada sosioekonomi komuniti di sini di samping mengukuhkan keterjaminan makanan negara," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Terdahulu, beliau menghadiri program Pelepasan Benih Ikan ke Perairan Umum Kota Tinggi 2023 bersama komuniti perikanan darat Sungai Sempadan, di sini semalam.
Selain mengekalkan populasi ikan air tawar, menurutnya program itu turut menjalankan sesi libat urus secara ringkas bersama komuniti perikanan setempat.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 22 2023
![30,000 benih ikan baung sungai dilepaskan di Kota Tinggi 30,000 benih ikan baung sungai dilepaskan di Kota Tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81679495919_BPZAINUDIN.jpg)
Program itu bertujuan melestarikan sumber perikanan semula jadi menerusi peruntukan yang disalurkan kerajaan negeri. - Foto fail/BERNAMA
Mangsa banjir di PPS Sarawak menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak setakat jam dua petang tadi menurun kepada 5,294 orang berbanding 5,384 pagi tadi.
Ketidakstabilan politik jejas pembangunan Sabah - Joachim
Timbalan Ketua Menteri II Sabah Datuk Seri Joachim Gunsalam mengakui tidak seperti Sarawak, situasi politik negeri itu yang tidak stabil merencatkan pelan pembangunan dan kenajuan Sabah.
Enam klinik kesihatan di Sarawak laksana projek CCMS tahun ini
Pada tahun ini, 100 klinik kesihatan bakal melaksanakan projek CCMS ini dan enam di antaranya akan dilaksanakan di Sarawak yang memfokuskan kawasan luar bandar.
Jangan ganggu! hubungi pihak berkuasa jika ternampak buaya
Perrbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) mengingatkan orang ramai agar berhati-hati sekiranya ternampak kehadiran buaya terutama di musim banjir, sebaliknya segera menghubungi pihak berkuasa.
Peruntukan tambahan RM7.8 juta tangani isu kulat di Hospital Sibu
Kerajaan persekutuan meluluskan peruntukan tambahan RM7.8 juta bagi menangani isu kulat yang menjejaskan premis dan peralatan kesihatan di Hospital Sibu
PGA tumpaskan sindiket seludup barang kawalan
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan barang kawalan di daerah Tawau dalam satu serbuan di sebuah rumah atas air di Jalan Tawau Lama, di sini pada Rabu.
Pastikan peruntukan mencukupi hadapi bencana - Shafie Apdal
Ahli Parlimen Semporna Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berharap kerajaan dapat menyediakan peruntukan yang mencukupi bagi menghadapi bencana kerana ia boleh berlaku di mana sahaja pada bila-bila masa.
Tanah Runtuh: 16 lokasi kritikal di Belaga diperiksa
Sebanyak 16 lokasi tanah runtuh dikenal pasti di sepanjang Jalan Menjawah Belaga, dengan beberapa kawasan berada dalam keadaan kritikal dan memerlukan tindakan segera.
UNIMAS dalam proses akhir lancar Pelan Anti Rasuah Organisasi
Naib Canselor UNIMAS Prof Dr Ahmad Hata Rasit menjelaskan Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) bermatlamat membentuk warga unimas berintegriti dan mematuhi etika dalam segala aspek tatakelola sekali gus mengurangkan risiko salah laku rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
![Penunjuk perasaan Bangladesh bakar, roboh kediaman keluarga bekas PM Sheikh Hasina Penunjuk perasaan Bangladesh bakar, roboh kediaman keluarga bekas PM Sheikh Hasina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738837168_SheikhHasina.jpg)
Penunjuk perasaan Bangladesh bakar, roboh kediaman keluarga bekas PM Sheikh Hasina
Kediaman Dhanmondi 32 di Dhaka mula runtuh akibat hentaman jentolak lewat malam Rabu, selepas kebakaran tercetus di tingkat tiga bangunan itu pada sebelah malamnya.
![30,000 benih ikan baung sungai dilepaskan di Kota Tinggi 30,000 benih ikan baung sungai dilepaskan di Kota Tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81679495919_BPZAINUDIN.jpg)
30,000 benih ikan baung sungai dilepaskan di Kota Tinggi
Jabatan Perikanan Johor melepaskan 30,000 benih ikan baung sungai yang dianggarkan bernilai RM30,000 bagi meningkatkan stok dan memperkayakan sumber perairan sungai di daerah Kota Tinggi.
![Ikan baung ekor merah agresif, ancam habitat sungai tempatan Ikan baung ekor merah agresif, ancam habitat sungai tempatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41662327118_Ikanbaung.jpg)
Ikan baung ekor merah agresif, ancam habitat sungai tempatan
Ikan baung ekor merah atau Baung Mekong' ini mula dikesan di sungai-sungai di Pahang sejak 5 tahun lalu.