KUALA LUMPUR: Sebanyak 3,510 kes baharu COVID-19 direkodkan di negara ini dalam tempoh 24 jam lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menerusi hantaran di akaun Twitter beliau, Dr Noor Hisham berkata, pertambahan angka jangkitan terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan penularan COVID-19 dalam negara adalah sebanyak 2,731,713 kes.


Dalam masa sama, sebanyak 29 kes kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 direkodkan setakat tengah malam tadi.

Ini menjadikan angka keseluruhan korban disebabkan pandemik itu adalah sebanyak  31,221 orang daripada jumlah kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.