SEPANG: Sebanyak 291 penerbangan tambahan diluluskan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) ke pelbagai destinasi di dalam negara sempena Tahun Baharu Cina dalam usaha menangani kenaikan harga tiket penerbangan domestik ketika musim perayaan.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, penerbangan tambahan yang diluluskan bagi tempoh 18 Jan hingga 31 Jan itu melibatkan syarikat penerbangan antaranya Batik Air, AirAsia, Malaysia Airlines, MyAirline dan SKS Airways.
"Ini (penerbangan tambahan) merupakan satu pendekatan berkesan menangani masalah kenaikan harga tiket penerbangan khususnya semasa musim perayaan yang menjadi isu sejak sekian lama dan pendekatan sama akan diguna pakai pada musim perayaan lain termasuk hari raya," katanya
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan penerbangan tambahan ke Sabah dan Sarawak oleh Batik Air dan destinasi baharu ke Jepun, di sini, hari ini.
Turut hadir Pengerusi Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Tan Sri Mohd Khairul Adib Abdul Rahman; Pengerusi Eksekutif MAVCOM, Datuk Seri Saripuddin Kassim; Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Datuk Iskandar Mizal Mahmood dan Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air, Kapten Mushafiz Mustafa Bakri.
Loke berkata, Batik Air hari ini melancarkan 35 penerbangan tambahan ke Sabah dan Sarawak pada harga tetap iaitu RM299 ke Kuching dan RM399 ke Kota Kinabalu dalam usaha memastikan keseimbangan bekalan dengan permintaan untuk tiket sekali gus mengurangkan penetapan harga yang tinggi.
Batik Air juga menawarkan 42 penerbangan tambahan dari Subang Skypark ke Johor Bharu, Pulau Pinang, Kota Bharu dan Langkawi pada harga RM259 sehala.
Dalam pada itu, menurutnya, tiga destinasi baharu ke Jepun yang diperkenalkan Batik Air iaitu Tokyo, Sapporo dan Osaka akan memperkukuh hubungan perdagangan, pelancongan serta bidang lain antara Malaysia dan Jepun. - BERNAMA
Bernama
Fri Jan 06 2023

Sebanyak 291 penerbangan tambahan diluluskan MAVCOM ke pelbagai destinasi di dalam negara sempena Tahun Baharu Cina dalam usaha menangani kenaikan harga tiket penerbangan domestik ketika musim perayaan, kata Anthony Loke Siew Fook. - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Penerbangan tambahan dari Kuala Lumpur - Sibu sempena CNY
Hasil perbincangan MoT dan Batik Air Malaysia, kapasiti akan ditambah dengan menawarkan penerbangan tambahan pada 6 dan 7 Februari 2024.

MAG tawar penerbangan tambahan bagi tempoh perjalanan semasa Hari Raya Aidiladha
Ia akan mengadakan 37 penerbangan tambahan bagi Malaysia Airlines dan enam penerbangan tambahan bagi Firefly.

527 penerbangan tambahan diluluskan menjelang Aidilfitri
MOT menjelaskan kelulusan ini adalah 43 peratus lebih banyak berbanding kapasiti tambahan yang diluluskan pada musim perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun lepas.

MAVCOM lulus 316 penerbangan tambahan sempena Tahun Baharu Cina
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) telah meluluskan 25 lagi penerbangan tambahan bagi laluan domestik sempena Tahun Baharu Cina bermula esok hingga 31 Jan ini.

291 penerbangan tambahan diluluskan untuk Tahun Baharu Cina
Penerbangan tambahan yang diluluskan itu melibatkan Batik Air, AirAsia, Malaysia Airlines, MyAirline dan SKS Airways.

Tahun Baharu Cina: Syarikat penerbangan perlu mohon penerbangan tambahan ke Sarawak
Permohonan boleh dibuat kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri untuk pertimbangan.

AirAsia tawar penerbangan tambahan, tambang tetap untuk balik kampung
Sempena musim perayaan Aidilfitri dan Pesta Menuai tidak lama lagi, syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia menambah penerbangan lewat malam dengan tambah rendah tetap.