Seramai 200 penghuni rumah sewa dan rumah pekerja hilang tempat tinggal selepas 29 rumah musnah dalam kebakaran di Jalan Silam, Kampung Teck Guan, dekat sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.25 malam itu, kebakaran menyebabkan semua mangsa daripada 43 keluarga, iaitu pekerja dua syarikat di lokasi berkenaan, tinggal sehelai sepinggang.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasri Mansor, berkata empat buah keluarga merupakan warga tempatan dan selebihnya belum dikenal pasti.
“Sebanyak tiga pusat pemindahan sementara dibuka iaitu di Masjid Nurul Ibadah Kampung Teck Guan, Kilang Lahad Datu Tyre dan Gereja St Dominic Lahad Datu.
“Dalam pada itu, terdapat mangsa yang tinggal bersama keluarga,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Jumaat.
Menurutnya, punca kejadian sebenar masih dalam siasatan dan kebakaran tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa.
Sementara itu, Bernama memetik Ketua Operasi Kebakaran dari Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Abu Bakar Taraji berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.27 malam.
"Sebanyak empat jentera bomba dan dua kenderaan utiliti serta 31 anggota bomba digerakkan ke lokasi, termasuk pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kunak bagi operasi pemadaman api," katanya.
Menurutnya, api berjaya dikawal pada 10.35 malam dan tiada mangsa dilaporkan cedera dalam insiden tersebut.
Radhi Muslim
Fri Oct 11 2019
Api berjaya dikawal pada jam 10.35 malam dan tiada mangsa dilaporkan cedera dalam insiden tersebut. - Foto ihsan JBPM
LGM sita 42 palet getah tebus guna bernilai kira-kira RM200,000 di Klang
LGM menyita 42 palet berisi getah tebus guna seberat 70 tan metrik berserta sitaan lain bernilai kira-kira RM200,000 dalam serbuan ke sebuah kilang getah di Klang, Selangor, Rabu lepas.
Amalkan Bahasa Melayu beradab, pelihara maruah bahasa kebangsaan - Pakar
Penggunaan Bahasa Melayu secara tidak berhemah, terutama di platform media sosial, semakin meresahkan masyarakat Malaysia.
Perpaduan umat Islam dan bukan Islam prasyarat pembangunan ekonomi mampan - PM Anwar
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang terus aman dan damai, dan mepunyai ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Anwar
Beyond the Score: How Alternative Data, AI are Opening Up New Doors for Credit Access
Credit scores are often misunderstood. Erick Hamburger, Group CEO of CTOS Digital Berhad, addresses these concerns and explains how alternative data - like telco payments and streaming subscriptions - and AI are transforming credit access, even for those lacking a traditional credit history.
MCAS nafi ada kaitan dengan GISB dan pergerakan Al-Arqam
Persatuan Mualaf Singapura (MCAS) menafikan sebarang kaitan dengan GlSB Holdings Sdn Bhd (GISB) atau pergerakan Al-Arqam.
Hamas sah kematian seorang lagi komander dalam serangan di Lubnan
Kumpulan Pejuang Palestin, Hamas pada Sabtu mengesahkan kematian seorang lagi komander mereka di Lubnan, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Program larian disertai pelancong berpakaian tidak sopan bukan anjuran kerajaan Johor
Program larian yang didakwa disertai pelancong asing berpakaian kurang sopan dan mempromosi budaya songsang lesbian, gay, biseksual serta transgender (LGBT) bukan anjuran kerajaan negeri.
Imigresen serbu pusat karaoke, 39 GRO dan pelanggan ditahan
JIM Perak menyerbu empat premis pusat hiburan karaoke yang menawarkan GRO warga Myanmar dengan bayaran antara RM450 hingga RM600 di sekitar bandar raya ini, malam tadi.
AWANI Ringkas: Pendatang asing tanpa izin | Kekecohan di Wisma Transit
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tumpuan Ahad – 06 Oktober 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
29 rumah musnah kebakaran, 200 orang hilang tempat tinggal
Dalam kejadian kira-kira jam 8.25 malam itu, kebakaran menyebabkan semua mangsa daripada 43 keluarga, iaitu pekerja dua syarikat di lokasi berkenaan, tinggal sehelai sepinggang.