Seorang Datuk dan 28 lelaki ahli 'Geng 360 Devan' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menganggotai kumpulan jenayah terancang.

Mereka ialah ahli politik Datuk M. Kalai Arasu, 45, M. Mohan, 34, P. Subramaniam, 54, S. Ravindran, 37, P. Rajendran, 48, E. Shamuganathan, 45, A. Karpanah, 57, J.J Vignasevaran, 42, R. Premraj, 37, dan V. Arivalagan, 42.

Individu lain ialah R. Suresh Kumar, 39, M. Thananbalan, 41, M. Kalimuthu, 28, M. Saravanan, 37, R.Sundran, 61, A. Erathai Pragash, 49, T. Ravendaran, 30, M. Danes, 25, S. Sivaneswaran, 25, V. Vigny Alfred Raj, 29, R. Subramaniam, 37, R. Kannan, 33, M. Saravanan, 37, M. Jayakumar, 36, P. Karthik, 31, I. Ravindran, 30, S. Krishna, 33, Mohd Sarif Abdul Karim, 31 dan R. Yogendran,30.

Mereka didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang 'Geng 360 Devan' di MV Empayer Sdn Bhd, di No 1, Jalan Perniagaan Masria 1, Pusat Perniagaan Masria, Batu 9, Cheras, di sini, Februari lepas.

Pertuduhan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P. Kunyalam mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh kerana mereka ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan kes itu akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Hakim Noridah Adam menetapkan 18 April untuk sebutan semula kes.

Sementara itu, seorang lagi tertuduh, S. Raman, 61, turut didakwa atas kesalahan sama namun prosiding pendakwaan dijalankan di Hospital Shah Alam kerana dia sedang mendapatkan rawatan disebabkan masalah kesihatan.

-- BERNAMA