KUALA LUMPUR: Sebanyak 289 kes pemerdagangan manusia direkodkan di negara ini dalam tempoh 2022 hingga setakat tahun ini.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata sebanyak 526 tangkapan dilakukan, dengan 992 mangsa diselamatkan dalam tempoh sama.
"Untuk tahun 2024 (setakat ini), sebanyak 38 kes pemerdagangan orang dan melibatkan 59 tangkapan. Sebanyak 141 orang diselamatkan," katanya pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Selasa.
Beliau menjawab pertanyaan Muhammad Ismi Mat Taib (PN-Parit) yang meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyatakan statistik kes pemerdagangan manusia di negara ini dan usaha-usaha yang diambil bagi menangani jenayah berkenaan.
Mengulas lanjut, Shamsul Anuar (BN-Lenggong) berkata Malaysia komited menangani kes pemerdagangan manusia termasuk melalui Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran yang diketuai KDN dan dianggotai 22 kementerian, agensi serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Selain itu, jelas beliau Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670) turut diperkasakan melalui pindaan pada 2022 yang memberi tumpuan kepada beberapa penambahbaikan.
"Ini termasuk mengenai definsi pemerdagangan orang yang bertujuan untuk menambah baik pengenalpastian mangsa, serta meningkatkan jumlah pendakwaan dan sabitan melibatkan kes pemerdagangan orang.
"Pindaan tersebut juga memberi tumpuan kepada aspek pencegahan dengan memberikan hukuman lebih berat kepada pesalah jenayah," ujarnya lagi.
Menjawab soalan tambahan Datuk Shamshulkahar Mohd Deli (BN-Jempol) mengenai langkah mengatasi isu rakyat Malaysia menjadi mangsa sindiket penipuan kerja pula, Shamsul Anuar berkata Malaysia menjalin kerjasama strategik dengan negara-negara jiran melalui platform ASEAN.
Ujarnya, Malaysia telah membawa isu jenayah penipuan pekerjaan ke peringkat ASEAN termasuk pada Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan dan Mesyuarat di Peringkat Pegawai-Pegawai Kanan ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan sejak 2022.
"Untuk makluman isu ini menjadi agenda tetap bagi kedua-dua mesyuarat ini dan tentunya pertukaran maklumat, kerjasama, data dan sebagainya akan dapat dilakukan," katanya.
Hasimi Muhamad
Tue Mar 12 2024
![289 kes pemerdagangan manusia dari 2022-2024 289 kes pemerdagangan manusia dari 2022-2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41710222276_TBShamsulAnuarNa.jpg)
Shamsul Anuar berkata sebanyak 526 tangkapan dilakukan, dengan 992 mangsa diselamatkan dalam 2022 hingga 2024 - Foto/JaPen
![Singapura lapor satu kes import polio berkaitan vaksin Singapura lapor satu kes import polio berkaitan vaksin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61728918105_bayi.jpg)
Singapura lapor satu kes import polio berkaitan vaksin
Pesakit merupakan seorang bayi perempuan berusia lima bulan dari Indonesia yang dipindahkan secara perubatan dari negara itu.
Usah bangkit isu perpaduan, dimanipulasi pihak tertentu
Isu perpaduan di Malaysia seharusnya tidak lagi menjadi perdebatan utama selepas lebih enam dekad negara mencapai kemerdekaan.
Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden tembakan di Brussels - Wisma Putra
Kementerian Luar mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia terlibat dalam siri insiden tembakan di beberapa lokasi di Brussels, Belgium, dalam tempoh 72 jam lalu yang mengakibatkan seorang maut dan tiga cedera.
Zelenskiy setuju tawar AS perjanjian nadir bumi dan mineral
Zelenskiy menekankan keperluan Ukraine untuk mendapatkan jaminan keselamatan daripada sekutunya sebagai sebahagian daripada sebarang penyelesaian.
Trump akan pecat ejen FBI terlibat siasatan serangan Capitol
Presiden Trump umum akan memecat ejen FBI yang didakwa korup dalam siasatan serangan 6 Januari 2021. Pentadbirannya setuju untuk tidak mendedahkan nama ejen buat sementara waktu.
Jepun gandakan perbelanjaan pertahanan
Presiden Trump umum Jepun tingkat belanja pertahanan menjelang 2027. AS komited terhadap keselamatan Tokyo, meluluskan hampir satu bilion dolar dalam jualan ketenteraan asing minggu ini.
![Pekerja ditimpa bencana kerja, penyakit khidmat tidak perlu bayar kepada klinik panel PERKESO Pekerja ditimpa bencana kerja, penyakit khidmat tidak perlu bayar kepada klinik panel PERKESO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738966316_StevenSimCheeKeon.jpg)
Pekerja ditimpa bencana kerja, penyakit khidmat tidak perlu bayar kepada klinik panel PERKESO
Semua pencarum PERKESO tidak perlu lagi membayar untuk rawatan perubatan di klinik panel bermula tahun ini.
AS, Jepun perkukuh kerjasama perdagangan dan pelaburan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menerima kunjungan Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba, di White House dan menegaskan komitmen kedua-dua negara untuk mengurangkan defisit perdagangan Amerika dengan Jepun.
Netanyahu puji tindakan Trump sekat ICC
Netanyahu, bercakap bersama Speaker Dewan Rakyat Amerika Mike Johnson, mengucapkan terima kasih di atas kerjasama berterusan dengan Israel.
Puluhan negara ikrar sokongan padu terhadap ICC
Sebanyak 79 negara tegaskan sokongan berterusan terhadap ICC, menegaskan peranan pentingnya dalam keadilan antarabangsa selepas sekatan ekonomi dan perjalanan yang dikenakan oleh Trump.
![Suatu pembaziran jika ASEAN gagal kerjasama mendepani cabaran global - Mohamad Suatu pembaziran jika ASEAN gagal kerjasama mendepani cabaran global - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737178970_TBAMM.jpg)
Suatu pembaziran jika ASEAN gagal kerjasama mendepani cabaran global - Mohamad
Kegagalan ASEAN untuk bekerjasama mendepani pelbagai cabaran global akan menjadi satu pembaziran besar.
![Pemerdagangan manusia: PGA tahan 14 warga asing, dua tekong di Ketereh Pemerdagangan manusia: PGA tahan 14 warga asing, dua tekong di Ketereh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737126640_TANGKAPANPATIDANT.jpg)
Pemerdagangan manusia: PGA tahan 14 warga asing, dua tekong di Ketereh
Serbuan pada pukul 11.45 malam itu dijalankan berdasarkan maklumat risikan berkaitan penyeludupan warga asing dalam Op Taring Delta Kelantan.
![Pelakon China hilang jadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia Pelakon China hilang jadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736317237_TBPLKNCHINA.jpg)
Pelakon China hilang jadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia
Seorang pelakon China yang dilaporkan hilang minggu lalu berhampiran sempadan Thailand-Myanmar dipercayai menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia.
![Polis Guatemala selamatkan 160 kanak-kanak dari komuniti Lev Tahor Polis Guatemala selamatkan 160 kanak-kanak dari komuniti Lev Tahor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734747967_tbchildrenrescued.jpg)
Polis Guatemala selamatkan 160 kanak-kanak dari komuniti Lev Tahor
Pihak berkuasa Guatemala menyelamatkan 160 kanak-kanak dan remaja daripada komuniti penganut Lev Tahor susulan dakwaan penderaan kanak kanak, termasuk rogol pada Jumaat.
![Ombudsman Indonesia desak peningkatan pemeriksaan pasport, banteras pemerdagangan manusia Ombudsman Indonesia desak peningkatan pemeriksaan pasport, banteras pemerdagangan manusia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733160821_JohanesWidijantoro.jpg)
Ombudsman Indonesia desak peningkatan pemeriksaan pasport, banteras pemerdagangan manusia
Beberapa mangsa pemerdagangan manusia dapat dipintas sebelum berlepas ke luar negara dengan penyeliaan imigresen yang lebih ketat.
![Sindiket penipuan pekerjaan: Lebih 80 peratus mangsa berbangsa Cina Sindiket penipuan pekerjaan: Lebih 80 peratus mangsa berbangsa Cina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715248183_TBSUHAILYPC.jpg)
Sindiket penipuan pekerjaan: Lebih 80 peratus mangsa berbangsa Cina
Hampir 80 peratus daripada mereka yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan adalah berbangsa Cina.
![Undang-undang buruh Malaysia tidak terpakai di negara asing - Mohamad Alamin Undang-undang buruh Malaysia tidak terpakai di negara asing - Mohamad Alamin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81730197197_MohamadAlamin.jpg)
Undang-undang buruh Malaysia tidak terpakai di negara asing - Mohamad Alamin
Rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara adalah tertakluk dan dilindungi di bawah undang-undang buruh serta undang-undang hak asasi manusia termasuk pemerdagangan orang di negara berkenaan.
![Pemerdagangan manusia: Graduan IT perlu hati-hati, elak jadi mangsa - Shuhaily Pemerdagangan manusia: Graduan IT perlu hati-hati, elak jadi mangsa - Shuhaily](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41728601490_Shuhaily.jpg)
Pemerdagangan manusia: Graduan IT perlu hati-hati, elak jadi mangsa - Shuhaily
Seiring perkembangan teknologi dan tawaran gaji yang menarik, golongan itu tidak terlepas daripada menjadi sasaran.
![Belanda laksanakan pemeriksaan sempadan tambahan mulai 9 Dis Belanda laksanakan pemeriksaan sempadan tambahan mulai 9 Dis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-02/51485948860_SchipholAirport.jpg)
Belanda laksanakan pemeriksaan sempadan tambahan mulai 9 Dis
Belanda akan melaksanakan pemeriksaan sempadan tambahan secara sementara bermula 9 Dis bagi membendung "migrasi tidak teratur dan pemerdagangan manusia".
![Enam lagi ahli GISB akan didakwa di Johor pada Ahad Enam lagi ahli GISB akan didakwa di Johor pada Ahad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41727085372_IGPRazarudinGISB.jpg)
Enam lagi ahli GISB akan didakwa di Johor pada Ahad
Enam lagi individu dipercayai ahli (GISB) akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi, Johor atas kesalahan jenayah seksual dan pemerdagangan manusia, pada pagi Ahad.