MELAKA: Sebanyak 28 guru atau 4.32 peratus daripada 648 guru di Melaka yang mengambil Saringan Stres, Kebimbangan dan Kemurungan (DASS) dikesan mengalami kemurungan.
Exco Kesihatan dan Antidadah negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, selain itu, 23 guru atau 3.54 peratus daripada mereka dikesan berada pada tahap stres berdasarkan ujian yang dijalankan ke atas mereka oleh Sektor Psikologi dan Kaunseling Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).
"Ujian berkenaan dilaksanakan untuk mengukur tahap stres dan kemurungan guru di Melaka dan 648 daripada 13,976 guru yang dikenal pasti menghadapi tekanan telah menjawab saringan tersebut secara sukarela melalui Sistem Pengurusan Perkhidmatan Kaunseling Kementerian Pendidikan Malaysia.
"Justeru, pelbagai tindakan diambil untuk membantu golongan guru berkenaan antaranya sesi kaunseling dan Program 3PI iaitu Pemulihan, Pencegahan, Pembangunan dan Intervensi," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di sini hari ini.
Dr Akmal (BN-Merlimau) menjawab soalan tambahan dikemukakan Hameed Myhtheen Kunju Basheer (BN-Ayer Limau) yang ingin mengetahui isu guru bersara awal di Melaka dan puncanya.
Dr Akmal mewakili Exco Pendidikan dan Teknologi negeri, Datuk Rais Yasin yang bercuti kerana sedang menunaikan haji.
Dr Akmal berkata, selain itu, program meningkatkan kesedaran kesejahteraan psikologi guru turut dilakukan bagi membendung perkara berkenaan.
Dalam pada itu, Dr Akmal berkata, sehingga hari ini, sebanyak 212 guru di negeri itu memilih bersara awal berbanding 164 orang pada tahun lepas disebabkan beberapa faktor antaranya isu kesihatan guru atau pasangannya, guru tersebut telah mencapai tempoh 25 tahun perkhidmatan, tiada lagi tanggungan anak kerana mereka telah bekerja atau berumah tangga dan mereka ingin berehat.
"Ada juga antara guru berkenaan yang memilih bersara awal kerana mereka tidak bersedia untuk diberikan tanggungjawab dalam bidang pentadbiran apabila diberikan penempatan baharu khususnya bagi guru gred 52 dan 54," katanya.
Terdahulu, menjawab soalan lisan Seah Shoo Chin (DAP-Kesidang) berkaitan perancangan untuk membina sekolah di Melaka, Dr Akmal berkata, kerajaan negeri telah membuat permohonan peruntukan berjumlah RM68.8 juta daripada kerajaan Persekutuan menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) untuk membina 13 Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka yang baharu. - BERNAMA
Bernama
Tue Jul 26 2022
Sebanyak 28 guru atau 4.32 peratus daripada 648 guru di Melaka yang mengambil Saringan Stres, Kebimbangan dan Kemurungan (DASS) dikesan mengalami kemurungan. - Gambar hiasan
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
28 guru di Melaka dikenal pasti alami kemurungan
Kesemua guru itu dikesan berada pada tahap stres berdasarkan ujian yang dijalankan ke atas mereka.