KUANTAN: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pahang menahan 277 individu termasuk 13 wanita atas pelbagai kesalahan dadah dalam Ops Hawk yang dijalankan di 11 daerah di negeri ini pada 9 dan 10 Mei lepas.
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata kesemua yang ditahan berusia lingkungan 18 hingga 60 tahun dalam operasi yang melibatkan 12 pegawai dan 112 anggota.
"Pihak JSJN Pahang telah membuat serbuan ke atas sejumlah 17 kawasan sarang dan lokasi panas yang menjalankan aktiviti penagihan dan pengedaran dadah.
"Daripada 277 ditahan, sebanyak 29 orang ditahan bawah kategori kesalahan bekalan/pengedaran, 59 kesalahan memiliki dan 189 bagi kesalahan urin," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata pihaknya turut memberkas empat lelaki yang dikehendaki atas kesalahan dadah dan sebanyak 20 tangkapan berpotensi dituduh bawah Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952.
Menurut Yahaya, 46.82 gram (g) heroin, 56.65g syabu, 5.10g ganja, 8.26g pil yaba dan 35.43 liter air ketum dengan anggaran keseluruhan RM10,972 dirampas, selain dua motosikal bernilai RM5,000 disita.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 11 2024

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pahang menahan 277 individu termasuk 13 wanita atas pelbagai kesalahan dadah dalam Ops Hawk yang dijalankan di 11 daerah di negeri ini pada 9 dan 10 Mei lepas. - Foto Facebook Polis Pahang
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

277 ditahan atas pelbagai kesalahan dadah di Pahang
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pahang menahan 277 individu termasuk 13 wanita atas pelbagai kesalahan dadah dalam Ops Hawk yang dijalankan di 11 daerah di negeri ini pada 9 dan 10 Mei lepas.

701 individu ditahan atas pelbagai kesalahan dadah
JSJN Pahang menahan 701 individu termasuk 22 wanita atas pelbagai kesalahan berkaitan dadah dalam Ops Hawk dan Ops Tapis yang dilaksanakan di negeri itu bermula 26 Feb hingga Rabu lepas.

Ops Tapis Khas: Remaja 16 tahun antara 384 ditahan menagih dadah
Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, kesemua suspek ditahan berusia 16 hingga 67 tahun di 24 kawasan penagihan dadah di seluruh negeri ini.