Sebanyak 247 syor dikemukakan dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2015 Siri 2 bagi membantu Kerajaan Persekutuan, Badan Berkanun Persekutuan dan kerajaan negeri membuat pembetulan dan penambahbaikan untuk memperbaiki kelemahan yang dilaporkan.
Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang berkata, daripada jumlah itu, Jabatan Audit Negara mengemukakan 68 syor kepada Kerajaan Persekutuan, 30 syor kepada Badan Berkanun Persekutuan dan 149 syor kepada kerajaan negeri.
"Seperti mana yang terdahulu, ketua jabatan yang berkenaan telah dimaklumkan terlebih dahulu tentang perkara yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara untuk tujuan pengesahan," katanya dalam kenyataan yang diedarkan kepada Bernama, semalam.
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2015 Siri 2, mengenai aktiviti Kerajaan Persekutuan, Badan Berkanun Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri serta Penyata Kewangan Badan Berkanun Persekutuan dan kerajaan negeri tahun 2015 dibentangkan di Parlimen hari ini selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Ambrin berkata, berdasarkan pengauditan terhadap 461 penyata kewangan kerajaan dan agensi kerajaan pada tahun lepas, sebanyak 421 penyata kewangan telah diberikan Sijil Audit Tanpa Teguran.
Katanya, sebanyak 11 penyata kewangan pula diberikan Sijil Audit Berdasarkan 'Emphasis of Matter' dan 16 penyata kewangan pula diberikan Sijil Audit Berteguran.
"Baki enam penyata kewangan masih dalam proses pengauditan, tiga penyata kewangan belum disahkan kerana lewat mengemukakan penyata kewangan dan dokumen sokongan tidak lengkap serta empat penyata kewangan belum dikemukakan untuk pengauditan," katanya.
Beliau berkata dalam Laporan Siri 2 itu juga, sebanyak 77 pengauditan prestasi dan 19 pengauditan pengurusan syarikat kerajaan dilaksanakan di peringkat persekutuan, negeri dan Badan Berkanun Persekutuan.
Katanya, pengauditan itu merangkumi bidang program, pembinaan, penyenggaraan, perolehan, pengurusan hasil, alam sekitar dan pengurusan syarikat.
Menurutnya, Kementerian Kewangan telah mengeluarkan Laporan Maklum Balas ke atas Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2015 yang memberikan ulasan serta tindakan terkini daripada Ketua Jabatan terhadap isu-isu yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara dalam laporan berkenaan.
Katanya, kandungan dan sinopsis Laporan Ketua Audit Negara 2015 Siri 2 itu boleh dilayari dalam laman sesawang Jabatan Audit Negara di http://www.audit.gov.my mulai hari ini.
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2015 Siri 1 telah dibentangkan di Parlimen pada 18 Mei lepas. -- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 21 2016
Ambrin berkata daripada jumlah itu, Jabatan Audit Negara mengemukakan 68 syor kepada Kerajaan Persekutuan, 30 syor kepada Badan Berkanun Persekutuan dan 149 syor kepada kerajaan negeri. -Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
1MDB: Najib ada hak diberi taklimat mengenai laporan audit - Saksi
Najib dikatakan berhak untuk diberi taklimat mengenai sebarang cadangan atau pembetulan serta keadaan kewangan sebenar syarikat 1MDB.
Laporan jawatankuasa diketuai Ambrin sudah diubah status - Pengerusi PAC
Menurut Pengerusi PAC, Wong Kah Woh, keputusan memuat naik laporan itu dibuat selepas statusnya diubah dan tidak lagi dianggap rahsia.
Ambrin sepatutnya putuskan maklumat diperlukan dalam laporan audit 1MDB - Saksi
Ia masih menjadi prerogatif Ambrin ketika itu untuk memutuskan sama ada menerima atau tidak cadangan yang dibuat oleh pihak yang diaudit.
Sultan Selangor berharap penjawat awam mempunyai integriti tinggi
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berharap penjawat awam khususnya di Selangor mempunyai integriti yang tinggi dalam melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.
Siasatan pinda laporan audit 1MDB dijangka siap sebelum akhir tahun
SPRM menjangkakan kertas siasatan laporan Jabatan Audit Negara mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini untuk diserahkan kepada Peguam Negara.
Saya bukan Ketua Pesuruhjaya SPRM sewaktu pindaan laporan 1MDB dibuat - Dzulkifli
Tan Sri Dzulkifli menafikan pindaan laporan Jabatan Audit Negara mengenai 1MDB berlaku ketika dia memegang jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM.
Ambrin sambung beri keterangan berkaitan laporan audit 1MDB
Bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini.
Najib, Ali Hamsa akan dipanggil isu pinda laporan 1MDB
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan antara beberapa individu yang akan dipanggil oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
Dua jam dalam kamar, Ambrin sambung inkuiri PAC
Prosiding itu diijangka hangat apabila majoriti anggota PAC berlatar belakang peguam.
PAC panggil Ambrin Buang, Madinah isu dakwaan 'ubah' laporan 1MDB
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara akan memanggil Tan Sri Ambrin Buang, Tan Sri Dr Madinah Mohamad dan Saadatul Nafisah minggu ini.